Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Sportage (2021) Eropah Diperkenal, Lebih Kompak daripada Model Global, Harga Mula RM150k
Roda4

Kia Sportage (2021) Eropah Diperkenal, Lebih Kompak daripada Model Global, Harga Mula RM150k

Abang HirataBy Abang Hirata05/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SPORTAGE ialah model penting Kia peringkat global. Kepentingan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu semakin terserlah apabila menjadi model terlaris Kia di peringkat dunia, termasuk Eropah.

Di pasaran tempatan, Sportage generasi pertama berjaya mencetuskan fenomena tersendiri untuk jenama buatan Korea.
Pengedar tempatan pula tidak lupa memperkenalkan setiap generasi Sportage untuk dihidangkan kepada pengguna Malaysia.

Kini memasuki generasi kelima, Sportage (2021) baharu diperkenalkan pada Jun 2021 dan disusuli model Eropah pada September dan Amerika Syarikat (AS) pada Oktober lalu. Menarik mengenai Sportage versi Eropah, dimensi SUV tersebut lebih pendek berbanding model global.

Mari kita perincikan spesifikasi Sportage (2021) versi Eropah:

  • Secara am, ada dua jenis Sportage, iaitu jarak roda panjang (LWB) untuk pasaran global dan AS, dan versi jarak roda pendek (SWB) untuk Eropah.
  • Dimensi Sportage LWB berukuran panjang 4,660mm, lebar 1,864mm, tinggi 1,661mm inci dan jarak roda 2,755mm, manakala Sportage SWB (atau versi Eropah) pendek sedikit dengan panjang 4,516mm inci dan jarak roda 2,679mm. Model sama dengan ukuran berbeza adalah perkara biasa seperti mana dilakukan Volkswagen menerusi Tiguan dan Tiguan Allspace.
  • Dari segi rekabentuk, ada perbezaan kecil pada bahagian depan dan perubahan ketara adalah tiada tingkap suku pada pilar-C.

BACA >>> #PanduUji: Memang Senyum Lebar Dapat Pandu VW Tiguan Allspace R-Line

  • Sama ada versi global atau Eropah, Sportage generasi kelima menampilkan rekabentuk depan berani dengan gril lebar dan lampu unik.
  • Kia menggunakan rekabentuk revolusi berbanding evolusi. Ini keputusan sangat berani memandangkan betapa pentingnya Sportage buat pengeluar dari Korea itu.
  • Dibangunkan di Eropah untuk pengguna Eropah. Dalam sejarah 28 tahun Sportage, ini kali pertama model berasingan dibangunkan khusus untuk pelanggan benua itu.
  • Saiz kompak dikekalkan supaya ideal untuk jalan raya Eropah. Kompak bukan bermakna lebih kecil, tetapi mempunyai ekstra ruang but, kepala dan kaki berbanding Sportage terdahulu. Sportage baharu juga mempunyai ruang kaki penumpang belakang terbaik dalam kelas.
  • Di Britain, pelanggan ditawarkan pelbagai jenis trenkuasa, daripada hibrid ringan (MHEV), hibrid, petrol dan diesel hingga hibrid plug-in (PHEV).

  • Pilihan Sportage bermula varian 2, 3, 4 dan varian sporty GT-Line serta GT-Line S.
  • Sportage dilengkapi enjin petrol 1.6L T-GDi (148hp) dengan sistem pacuan dua roda (2WD) pada harga bermula £26,745 (RM150,300).
  • Jika mahukan varian lebih sporty, Kia menawarkan Sportage GT Line dalam lima pilihan trenkuasa iaitu:
    • 1.6L T-GDi petrol dengan transmisi manual 6-kelajuan
    • 1.6L CRDi diesel dengan transmisi  manual 6-kelajuan
    • 1.6L T-GDi 48-volt MHEV petrol dengan transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan
    • 1.6L CRDi MHEV diesel (134hp) dengan transmisi DCT 7-kelajuan
    • 1.6L T-GDi PHEV (226hp) dan transmisi DCT 6-kelajuan (AWD)
  • Kia UK turut menawarkan varian perdana, Sportage GT-Line S dengan enjin 1.6L T-GDi petrol 48-volt MHEV (148hp) dan transmisi DCT 7-kelajuan dan AWD.
  • Pelanggan juga ada pilihan enjin 1.6L T-GDi hibrid (226hp) dan dua jenis pacuan.
  • Sportage PHEV GT-Line S dengan transmisi DCT 6-kelajuan dan AWD ialah varian tertinggi Sportage pada harga bermula £43,795 (RM246,110).

SPORTAGE MALAYSIA?

Dengan pelbagai varian dan juga dua saiz berbeza, bagaimanakah pula Sportage untuk pasaran tempatan? Berdasarkan rekod, belum pernah generasi Sportage tidak ditawarkan di Malaysia dan mempunyai kelompok peminat tersendiri. Apapun, pengesahan penawaran perlu diberikan pengedar baharu Kia.

BACA >>> Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design
BACA >>> Kia Tayang K8 Serba Baharu dengan Rekabentuk Ilham Kapal Layar Mewah Termaju

Kia Sportage UK
Kia Sportage Global
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia Sportage Kia Sportage (2021) Roda4 SUV SUV Segmen-C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.