Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ZXMoto 820RR-R 2027

JENAMA motosikal China, ZXMoto terus mencuri perhatian industri dua roda apabila memperkenalkan model middleweight terbaharu, ZXMoto 820RR-R 2027, sekali gus mempeluas barisan motosikal prestasi tinggi jenama itu.

Pelancaran itu hadir ketika ZXMoto sedang menikmati musim sulung memberangsangkan dalam Kejuaraan Dunia Supersport (WorldSSP).

Apa yang padu, jentera ZXMoto 820RR mencatat enam kemenangan perlumbaan dan meletakkan pengeluar tersebut di tangga ketiga carta pengeluar, di belakang Ducati dan Yamaha.

820RR-R Terima Naik Taraf Prestasi

ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027

ZXMoto 820RR-R 2027 dibangunkan berasaskan model 820RR, tetapi menerima pelbagai penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi di litar dan jalan raya.

Model itu masih menggunakan enjin 3-silinder sebaris 819cc dengan casis aluminium, tetapi nisbah mampatan dipertingkat kepada 13.3:1, selain penggunaan injap titanium menggantikan injap keluli pada model standard.

Hasilnya, Output kuasa meningkat kepada 145hp @ 13,500rpm dan tork 83Nm, berbanding 135hp sebelum ini dan tork 80Nm, dengan had rev enjin mencecah 14,750rpm.

Lebih Ringan, Komponen Premium

ZXMoto 820RR-R 2027

Selain peningkatan kuasa, berat keseluruhan turut dikurangkan kepada sekitar 186kg (basah), iaitu kira-kira 7kg lebih ringan berbanding 820RR standard.

Pengurangan berat itu disumbangkan penggunaan rim aloi tempa, selain turut dilengkapi sistem suspensi fork boleh laras KYB 43mm di depan, monoshock KYB (belakang) dan sistem brek Brembo M50, yang lengkap dengan pam brek utama Brembo.

Turut melengkapkan pakej model middleweight itu ialah lima mod tunggang, sistem kawalan traksi (TCS) ketika membelok, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh, Quickshifter dua hala, panel meter TFT 6.2 inci berasaskan Android, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan damper stereng dwi-ruang.

Harga Jauh Lebih Murah Berbanding Pesaing Jepun

ZXMoto 820RR-R 2027

Di China, ZXMoto 820RR-R 2027 ditawarkan pada harga sekitar 65,000 yuan (RM39,060), jauh lebih rendah berbanding Yamaha YZF-R9 yang dijual pada harga hampir 144,000 yuan (RM86,530) di negara tersebut.

Walaupun lebih mahal berbanding 820RR standard yang cuma sekitar 46,000 yuan (RM27,640), model RR-R masih menawarkan nilai kompetitif berdasarkan spesifikasi dan ciri diberikan.

Larang Penunggang Baharu Beli 820 Series

ZXMoto 820RR-R 2027

Menariknya, pengasas ZXMoto, Zhang Xue mengambil pendekatan luar biasa dengan menetapkan siri 820 tidak boleh dibeli individu dengan pengalaman menunggang kurang setahun di China.

Menurut syarikat itu, langkah tersebut diambil atas faktor keselamatan kerana prestasi motosikal berkenaan dianggap terlalu tinggi untuk penunggang baharu.

Lebih unik, ZXMoto turut menawarkan ganjaran 5,000 yuan (RM3,010) kepada mana-mana individu yang melaporkan pembeli yang didapati tidak memenuhi syarat pengalaman menunggang, selepas laporan tersebut disahkan pengeluar.

ZXMoto 820RR-R 2027

Peluasan Pasaran Global Sedang Bermula

ZXMoto kini giat meluaskan operasi ke pasaran antarabangsa. Jenama itu sudah mengumumkan kemasukan ke pasaran Britain dengan menawarkan model 500RR dan MX250, manakala 820RR dan 500F dijangka menyusul 2027.

Pengeluar itu turut menyenaraikan Amerika Syarikat (AS) sebagai antara destinasi pasaran masa depan, sekali gus menunjukkan hasrat bersaing dengan jenama motosikal utama dunia dalam segmen motosikal prestasi tinggi.

SUMBER: CycleWorld

ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027
ZXMoto 820RR-R 2027
sportbike supersport bike WorldSSP ZXMoto ZXMoto 820RR-R
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.