Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam06/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR motosikal, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk model moped popular Yamaha Y15ZR dan Y15ZR Special Edition (SE) bagi tahun 2026. Kemas kini ini memberi lebih banyak pilihan kepada peminat moped berprestasi yang mahukan penampilan lebih segar tanpa mengubah pakej mekanikal sedia ada.

Bagi varian Y15ZR Special Edition (SE), warna Royal Maroon diperkenalkan bagi menggantikan imej lebih premium dan eksklusif. Sementara itu, Y15ZR standard menerima warna baharu Cyan Jade, yang mengetengahkan gabungan elemen moden dan sporty untuk penunggang muda.

Y15ZR SE Lebih Premium Dengan Aksesori Eksklusif

Selain kemasan Royal Maroon yang lebih elegan, Yamaha Y15ZR SE turut dilengkapi beberapa aksesori eksklusif yang membezakannya daripada model standard.

Antara kelengkapan tersebut ialah Sports Visor khas yang memberikan penampilan lebih agresif, selain Yamaha Premium Basket yang didatangkan bersama port pengecas USB Type-C terbina dalam. Ciri ini memberi nilai tambah kepada pengguna yang sering menggunakan telefon pintar ketika menunggang, tanpa mengorbankan aspek praktikal.

Y15ZR Cyan Jade Ganti Mecha Green

Bagi Yamaha Y15ZR standard, pilihan warna Cyan Jade diperkenalkan bagi menggantikan warna Mecha Green yang sebelum ini ditawarkan di pasaran Malaysia.

Walaupun menerima warna baharu, HLYM masih mengekalkan dua pilihan sedia ada iaitu Aqua Violet dan Blue Spark, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli mengikut cita rasa masing-masing.

Harga Bermula RM8,998

Yamaha Y15ZR SE dalam warna Royal Maroon sudah mula berada di semua rangkaian pengedar sah Yamaha di seluruh negara sejak 1 Julai 2026 dengan harga jualan disyorkan RM9,498, tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.

Sementara itu, Yamaha Y15ZR standard dengan pilihan warna Cyan Jade ditawarkan pada harga RM8,998, juga tidak termasuk pendaftaran dan insurans. Setiap pembelian kedua-dua model turut menerima Yamaha Safety Disc Lock bernilai RM100 secara percuma sebagai tawaran nilai tambah kepada pelanggan.

Masih Menggunakan Enjin 150cc Sama

Dari aspek prestasi, tiada perubahan dilakukan pada kedua-dua model. Yamaha Y15ZR dan Y15ZR SE terus dijana enjin silinder tunggal 150cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair yang terkenal dengan prestasi responsif untuk tunggangan harian.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 11.3 kW pada 8,500 rpm dan tork puncak 13.8 Nm pada 7,000 rpm, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan yang menjadi antara faktor utama populariti Y15ZR dalam segmen kapcai berprestasi di Malaysia.

Yamaha Y15ZR 2026

Yamaha Y15ZR SE 2026

aksesori eksklusif Hong Leong Yamaha Motor Y15ZR Special Edition Yamaha Safety Disc Lock Yamaha Y15ZR
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.