Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Elektrifikasi»Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

Han OthmanBy Han Othman26/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4

SELAMA ini, apabila disebut teknologi hibrid, kebanyakan pengguna akan mengaitkannya dengan satu perkara sahaja: penjimatan bahan api. Memang benar, teknologi hibrid selama ini dibangunkan dengan fokus utama terhadap kecekapan bahan api.

Namun, bagaimana jika terdapat sistem hibrid baharu yang bukan saja menjimatkan, malah mampu menawarkan pecutan lebih pantas, kestabilan lebih baik, dan kecerdasan kawalan yang melangkaui sistem pacuan empat roda (4WD) konvensional?

Logo GWM | Malaysia

Inilah diperkenalkan GWM menerusi teknologi yang dinamakan Hi4, iaitu singkatan kepada Hybrid Intelligent 4WD.  Secara mudahnya, Hi4 ialah sistem pacuan pintar yang dibangunkan khas untuk era elektrifikasi baharu.

Kelemahan Sistem AWD Mekanikal Konvensional

Bagi memahami kelebihan Hi4, perlu dilihat dahulu bagaimana sistem 4WD tradisional berfungsi. 4WD konvensional menghantar kuasa dari enjin di depan ke roda belakang melalui aci pacu mekanikal, iaitu satu batang besi panjang di bawah lantai kenderaan.

Pendekatan itu membawa beberapa kekangan seperti:

  • Peningkatan Berat: Penambahan aci pacu, diferensial belakang dan komponen berkaitan meningkatkan berat keseluruhan kenderaan
  • Respons Lewat: Kuasa mengambil masa untuk disalurkan ke belakang kerana sistem perlu diaktifkan secara mekanikal terlebih dahulu, menyebabkan wujud sedikit kelewatan
  • Penggunaan Bahan Api Lebih Tinggi: Enjin perlu bekerja lebih kuat untuk memutarkan komponen tambahan tersebut
  • Ruang Tidak Efisien: Kehadiran terowong aci pacu mengurangkan ruang lantai kabin

Disebabkan kekangan itu, GWM mengambil pendekatan berbeza apabila industri automotif beralih ke fasa elektrifikasi.

Prinsip Hi4: Tanpa Aci Pacu, dengan Dua Motor Elektrik

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM

Perbezaan utama Hi4 berbanding 4WD biasa adalah tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sistem mekanikal. Hi4 menggunakan motor elektrik berasingan di gandar depan dan gandar belakang. Tiada lagi sambungan fizikal antara kedua-dua gandar.

Kelebihan utama pendekatan tersebut adalah:

  • Tork Segera: Motor elektrik mampu menghantar tork maksimum serta-merta. Apabila sistem mengesan keperluan cengkaman tambahan, motor belakang akan diaktifkan serta-merta tanpa kelewatan mekanikal. Ini menghasilkan pecutan awal yang jauh lebih pantas dan responsif
  • Agihan Kuasa Fleksibel: Sistem boleh mengagihkan kuasa secara berubah-ubah, sama ada 100 peratus ke depan, 100 peratus ke belakang, atau nisbah lain mengikut keperluan pemanduan, dan semua berlaku dalam kiraan milisaat (ms)

Mengapa Hi4 Digelar ‘Fasa Seterusnya’ Elektrifikasi?

Teknologi GWM Hi4

Hi4 bukan sekadar meletakkan dua motor elektrik dan dilabelkan sebagai 4WD hibrid. Kekuatan sebenar Hi4 terletak pada unit kawalan pintar, iaitu ‘otak’ sistem yang sentiasa membuat pengiraan secara masa nyata.

Sistem itu berupaya menentukan:

  • Berapa banyak kuasa perlu dihantar ke setiap gandar
  • Bilakah motor belakang perlu diaktifkan untuk cengkaman optimum
  • Bagaimana mengimbangi antara prestasi dan kecekapan mengikut gaya pemanduan semasa

Ini bermakna Hi4 bukan saja direka untuk penjimatan, tetapi untuk mentakrifkan semula fungsi 4WD dengan memikirkan mengenai kestabilan ketika mengambil selekoh, keyakinan pemanduan atas permukaan licin, dan kuasa pecutan apabila diperlukan.

Teknologi Hibrid Tahap Baharu

Layout enjin GWM Wey G9 Hi4 PHEV

Jelas di sini persepsi mengenai teknologi hibrid hanya untuk penjimatan bahan api perlu diubah. Menerusi pengenalan sistem seperti GWM Hi4, teknologi hibrid kini sudah memasuki tahap baharu.

Ia bukan saja lebih cekap, tetapi juga lebih responsif dengan menawarkan kestabilan pemanduan lebih baik, dan lebih bijak dalam menyesuaikan diri dengan kondisi jalan serta gaya pemanduan.

Ringkasnya, apabila disebut Intelligent Hybrid 4WD, nama yang perlu diingati ialah Hi4 daripada GWM, kerana inilah antara hala tuju utama elektrifikasi yang sedang dibawa jenama berkenaan, bukan sekadar menambah bateri, tetapi menambah kecerdasan pada sistem pacuan.

Pada pandangan anda, adakah sistem 4WD hibrid pintar seperti Hi4 wajar dijadikan standard untuk SUV generasi akan datang? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

AWD elektrik elektrifikasi GWM GWM Hi4 GWM Malaysia Hi4 vs AWD Hybrid Intelligent AWD sistem AWD hybrid teknologi hybrid baharu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Roda4

Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.