Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’
Auto Terkini

Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

Han OthmanBy Han Othman22/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Castrol Edge Roving Truck 2026

BOSAN dengan iklan di Facebook dan TikTok? Castrol Malaysia mengambil pendekatan berbeza dengan membawa jenama minyak pelincir premium Castrol EDGE terus atas jalan raya melalui kempen Castrol EDGE Roving Truck.

Dalam era semua jenama kejar pemasaran digital, Castrol memilih melakukan pemasaran ‘experiential’ secara fizikal.

Lori dengan paparan LCD besar dan menarik perhatian itu meronda secara berkala sepanjang tahun ini untuk berhubung terus dengan pemandu di mana mereka berada.

Lokasi Tumpuan: Lembah Klang, Utara

Fasa semasa, lori itu menumpukan dua kawasan utama sepertyi berikut:

Lembah Klang (20 lokasi):

Castrol Edge Roving Truck 2026

Ampang, Bukit Jalil, Cheras, Damansara, Gombak, Kelana Jaya, Kajang, Klang, Kuala Lumpur, Kuchai Lama, Mid Valley, Mont Kiara, Petaling Jaya, Putrajaya, Seri Kembangan, Setapak, Setia Alam, Semenyih, Shah Alam, Sunway, Wangsa Maju.

Utara Semenanjung (6 bandar):

Castrol Edge Roving Truck 2026

Alor Setar, Bukit Mertajam, Butterworth, Georgetown, Sungai Petani, Taiping.

Menurut Castrol, objektif kempen ini bukan sekadar menayang iklan, tetapi untuk mengumpul maklum balas terus daripada pengguna di lapangan dan melihat sendiri bagaimana pemandu bertindak balas terhadap pemasaran sebegini.

Tentang Castrol EDGE

Castrol EDGE

Lori akan mempromosikan produk perdana, Castrol EDGE. Apa membezakan berbanding minyak enjin lain di pasaran adalah teknologi dipatenkan:

Teknologi Bendalir TITANIUM

Castrol EDGE

Secara ringkas, teknologi ini mengubah struktur fizikal minyak untuk menjadi lebih kuat apabila enjin berada bawah tekanan tinggi.

Enjin moden hari ini menghasilkan tekanan yang boleh menyebabkan geseran, dan geseran itu boleh membazirkan sehingga 10 peratus prestasi enjin.

Castrol EDGE

Teknologi Bendalir TITANIUM bertindak:

  • Mengekalkan lapisan minyak antara komponen logam
  • Mengurangkan geseran ketika memecut atau membawa beban berat
  • Membuka prestasi sebenar enjin untuk lebih kuasa dengan bahan api sama

Hasilnya, pemanduan lebih lancar, responsif dan yakin.

Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026

Kempen itu dianjurkan Castrol Malaysia, yang mempunyai lebih 100 tahun pengalaman dalam ‘kejuruteraan bendalir‘ dan kilang pengeluaran di Pelabuhan Klang dengan rangkaian merangkumi lebih 14,000 bengkel dan kedai seluruh negara.

Selepas ini jika anda terserempak lori skrin besar Castrol EDGE di lampu isyarat atau parkir beli-belah, itu bukan kebetulan, tetapi sebahagian strategi mengingatkan anda tentang prestasi enjin.

Pernah nampak lori Castrol EDGE ni? Di mana? Kongsikan lokasi di komen!

Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Castrol EDGE Castrol Malaysia Castrol roving truck Fluid TITANIUM kempen Castrol lori Castrol Minyak Enjin Castrol
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026
Auto Terkini

Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

19/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.