Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

Abang HirataBy Abang Hirata22/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda N-BOX 2027

HONDA Motor Co memperkenalkan versi dipertingkat untuk kei car paling laris jenama itu, Honda N-BOX 2027, yang dijadualkan dilancarkan secara rasmi di pasaran Jepun pada Julai 2026.

Tempahan awal sudah dibuka di seluruh rangkaian pengedar Honda Cars bermula 22 Jun 2026, dengan kemas kini utama menumpukan kepada rekabentuk luaran Honda N-BOX Custom, selain pengenalan varian istimewa, Honda N-BOX Joy BLACK STYLE.

Honda N-BOX 2027
Honda N-BOX 2027

Generasi ketiga Honda N-BOX yang diperkenalkan pada Oktober 2023 terus menjadi model penting buat Honda.

Setakat April 2026, jualan terkumpul siri N-BOX melepasi 3 juta unit, selain muncul sebagai kereta baharu paling laris di Jepun bagi tahun fiskal 2025 dan mengekalkan status kei car paling laris selama 11 tahun berturut-turut.

Honda N-BOX 2027

Selain itu, semua varian turut dilengkapi sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Honda SENSING sebagai ciri standard dan menerima rating keselamatan tertinggi 5-Bintang dalam program penilaian keselamatan Jepun (JNCAP).

N-BOX Custom Tampil Lebih Berkarisma

Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027

Perubahan paling ketara diberikan kepada Honda N-BOX Custom, yang kini menerima rekabentuk rupa depan lebih agresif dan berprestij.

Antara perubahan utama adalah:

  • Gril depan baharu dengan penampilan lebih berkuasa
  • Bampar depan direka lebih rendah dan lebar untuk imej lebih tegap
  • Lampu aksesori LED depan jenis sentiasa menyala
  • Lampu kabus bentuk petak

Honda berkata rekabentuk baharu itu bertujuan memberikan rasa bangga kepada pemilik menerusi penampilan lebih menyerlah atas jalan.

Bagi varian Honda N-BOX Custom Coordinate Style, beberapa kemasan krom gelap ditambah pada:

Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
  • Gril depan
  • Garnis sisi (side sill garnish)
  • Garnis pintu belakang (tailgate garnish)

Bahagian kabin turut menerima sentuhan lebih premium menerusi:

Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027

  • Kemasan krom
  • Hiasan hitam berkilat (Piano Black)
  • Lampu kabin LED
  • Pencahayaan dalaman warna biru gelap (Night Blue)

Honda N-BOX Joy BLACK STYLE Lebih Eksklusif

Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027
Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027

Honda turut memperkenalkan edisi khas Honda N-BOX Joy BLACK STYLE yang menampilkan penampilan lebih kemas dan eksklusif.

Model itu menerima:

Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027
Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027
  • Kemasan hitam pada garnis lampu hadapan.
  • Emblem berwarna hitam.
  • Kemasan Piano Black dalam kabin.
  • Corak kotak-kotak hitam pada tempat duduk dan ruang kargo.

Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027

Selain itu, pakej Active Face Package yang menampilkan gril khas bersama logo tulisan HONDA kini dijadikan ciri standard untuk varian terpilih.

Honda juga menjadikan lampu kabus sebagai peralatan standard selepas menerima banyak maklum balas pelanggan.

Honda N-BOX Fashion Style Kini dengan Bumbung Putih

Bagi N-BOX standard, perubahan lebih tertumpu kepada kemasan luaran.

Varian Honda N-BOX Fashion Style kini menggunakan warna bumbung dua tona baharu berwarna putih, menggantikan warna terdahulu.

Honda turut menambah kemasan krom pada:

  • Bahagian bawah gril depan
  • Kemasan nombor pendaftaran belakang

Gabungan tersebut memberikan penampilan lebih elegan dan sesuai digunakan dalam pemanduan harian.

Lebih Praktikal, Selesa

Honda N-BOX 2027
Honda N-BOX 2027

Semua model Honda N-BOX 2027 menerima beberapa penambahbaikan dari segi keselesaan dan kemudahan penggunaan.

Antara ciri baharu ialah:

  • Pengecas USB di bahagian tengah kabin
  • Poket tambahan di belakang kerusi pemandu dan penumpang depan.

Bagi varian tertentu, Honda turut menjadikan sistem navigasi 9.0 inci dan sistem tol elektronik ETC 2.0. sebagai ciri standard.

Enjin 660cc NA, Turbo Dijangka Diteruskan

Honda belum mengumumkan sebarang perubahan terhadap trenkuasa untuk model 2027 itu.

Berdasarkan model semasa, N-BOX dijangka terus ditawarkan dalam dua varian enjin 3-silinder 660cc yang dipadankan transmisi automatik CVT, berserta pilihan pacuan 2WD (FF) atau 4WD.

Enjin i-VTEC NA (S07B)

  • Enjin 3-silinder 660cc SOHC
  • Output kuasa 58ps @ 7,300rpm, dan tork 65.6Nm @ 4,800rpm

Enjin Turbo (S07C)

  • Enjin 3-silinder 660cc turbo DOHC
  • Output kuasa 64ps @ 6,000rpm, dan tork 104Nm @ 2,600rpm

Varian turbo menawarkan prestasi lebih meyakinkan terutama ketika memandu di kawasan berbukit atau membawa muatan tambahan.

Honda dijangka mengumumkan spesifikasi penuh dan harga rasmi Honda N-BOX 2027 ketika pelancaran pada Julai nanti.

Honda N-BOX 2027
Honda N-BOX 2027
Honda N-BOX 2027
Honda N-BOX 2027
Honda N-BOX 2027
Honda N-BOX 2027
Honda N-BOX 2027
Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
Honda N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style 2027
Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027
Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027
Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027
Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027
Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027
Honda N-BOX JOY Turbo Special Edition BLACK STYLE 2027
Honda N-BOX Fashion Style 2027

Honda N-BOX Fashion Style 2027

Honda Honda Motor Co Honda N-BOX Honda N-BOX 2027 Hopnda N-BOX Kei car Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.