Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur
Roda2

Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam03/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, Harley-Davidson Malaysia memperkenalkan koleksi motosikal edisi terhad Liberty Edition 2026 dalam satu majlis khas yang berlangsung di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Pelancaran tersebut turut diserikan dengan konvoi melibatkan 25 ahli Harley Owners Group (H.O.G.) yang menunggang masuk ke lokasi acara sebagai simbol semangat kebebasan dan budaya motosikal Amerika yang sinonim dengan jenama Harley-Davidson sejak sekian lama.

Inspirasi Daripada Model Ikonik Tahun 1976

Liberty Edition 2026 merupakan interpretasi moden kepada model Harley-Davidson Bicentennial Liberty Edition yang diperkenalkan pada tahun 1976 sempena sambutan 200 tahun kemerdekaan Amerika Syarikat.

Rekaan asal model bersejarah itu dihasilkan oleh legenda Harley-Davidson, Willie G. Davidson bersama artis terkenal Paul Smith, sebelum diberikan nafas baharu menerusi koleksi edisi khas terbaru ini.

Kemasan Khas Dengan Identiti Patriotik Amerika

Antara elemen paling menonjol pada Liberty Edition ialah penggunaan warna eksklusif Midnight Ember Paint yang memberikan penampilan lebih premium dan agresif.

Turut melengkapkan identiti tersebut ialah grafik Liberty Eagle bersama logo ikonik “Number One” yang menghiasi tangki bahan api dan panel badan, diinspirasikan daripada karya seni asal yang diperkenalkan lima dekad lalu.

Jahitan Eksklusif, Logo Ulang Tahun Khas

Bahagian tempat duduk menerima sentuhan jahitan berwarna merah, putih dan biru yang melambangkan warna rasmi bendera Amerika Syarikat.

Selain itu, setiap model turut menerima medallion khas ulang tahun ke-250 pada tangki minyak bersama kemasan grafik Liberty Edition pada beberapa komponen termasuk penutup penapis udara dan penutup derby enjin.

Tiga Model Ditawarkan Dalam Jumlah Sangat Terhad

Harley-Davidson menawarkan pakej Liberty Edition ini untuk tiga model utama dalam portfolio mereka yang dihasilkan dalam jumlah pengeluaran terhad di peringkat global.

Setiap unit hadir dengan nombor siri tersendiri dan tidak akan dihasilkan semula selepas pengeluaran tamat, sekali gus menjadikannya antara model yang berpotensi tinggi menjadi koleksi masa depan.

Street Glide Liberty Edition

Model pertama ialah Street Glide Liberty Edition yang dibangunkan berasaskan platform Grand American Touring dan mengekalkan rekaan fairing Batwing yang cukup ikonik.

Ia dijana enjin Milwaukee-Eight 117 dengan sistem penyejukan cecair serta dipadankan bersama skrin TFT bersaiz 12.3 inci yang menggunakan sistem operasi Skyline OS generasi terkini.

Heritage Classic Liberty Edition

Bagi peminat gaya klasik, Heritage Classic Liberty Edition mengekalkan identiti cruiser tradisional Harley-Davidson yang dipadankan bersama cermin hadapan boleh tanggal dan beg sisi keras berkunci.

Model ini turut dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan moden termasuk sistem bantuan keselamatan ketika mengambil selekoh atau Cornering Rider Safety Enhancements.

Street Glide 3 Limited Liberty Edition

Harley-Davidson turut menawarkan Street Glide 3 Limited Liberty Edition yang dibangunkan khusus untuk penggemar motosikal tiga roda bagi tujuan jelajah jarak jauh.

Model tersebut menggunakan enjin Milwaukee-Eight VVT berprestasi tinggi selain menerima casis baharu, kotak simpanan Grand Tour-Pak lengkap pembesar suara terbina serta tempat duduk dengan fungsi pemanas untuk penunggang dan pembonceng.

Koleksi Yang Tidak Akan Dikeluarkan Lagi

Menurut Harley-Davidson, Liberty Edition merupakan sebahagian daripada program Enthusiast Motorcycle Collection yang dihasilkan dalam kuantiti terhad untuk pengumpul dan peminat setia jenama itu.

Sebaik sahaja pengeluaran bagi kombinasi warna dan lencana khas ini tamat, Harley-Davidson tidak akan mengeluarkannya semula pada masa hadapan, sekali gus meningkatkan nilai eksklusif model tersebut di pasaran global.

250 tahun Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat ke-250 Harley-Davidson Harley-Davidson Liberty Edition 2026 Model Ikonik
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.