Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MUSIM baharu MotoGP pada 2027 bakal menyaksikan perubahan besar apabila kejuaraan dunia itu beralih daripada enjin 1,000cc kepada 850cc, dan menurut pelumba ujian Yamaha, Augusto Fernandez, perubahan tersebut dijangka menjadikan perlumbaan lebih sengit serta menghiburkan.

Bekas juara dunia Moto2 itu percaya jentera generasi baharu MotoGP lebih menyeronokkan untuk ditunggang kerana pelumba perlu kembali bergantung kepada kemahiran sebenar berbanding terlalu bergantung kepada bantuan elektronik serta peranti kawalan ketinggian (ride height device) yang akan diharamkan bermula 2027.

Menurut Fernandez, motosikal 850cc yang diuji bersama Yamaha YZR-M1 di Brno baru-baru ini memberikan pengalaman tunggangan yang lebih semula jadi dan hampir menyerupai motosikal produksi biasa.

“Ia terasa lebih seperti motosikal sebenar kerana anda menunggang tanpa bantuan peranti tersebut. Pelumba perlu mengawal motosikal sendiri dan bukannya bergantung kepada sistem elektronik,” katanya.

Beliau mengakui kuasa enjin baharu sedikit berkurangan berbanding jentera 1,000cc semasa, namun perbezaannya tidak terlalu ketara.

“Memang ada sedikit kehilangan kuasa, tetapi tidak terlalu banyak. Sebaliknya, ia memberikan pengalaman tunggangan yang lebih asli dan menyeronokkan,” tambahnya.

Tayar Pirelli Dijangka Rapatkan Aksi Perlumbaan

Selain perubahan kapasiti enjin, MotoGP juga akan bertukar kepada tayar Pirelli yang menggantikan Michelin sebagai pembekal rasmi siri perlumbaan itu mulai 2027.

Fernandez percaya penggunaan tayar baharu itu akan membantu pelumba berlumba dengan lebih rapat tanpa risiko tinggi seperti yang berlaku ketika ini akibat isu tekanan tayar hadapan Michelin ketika mengekori motosikal di depan.

Menurutnya, gabungan motosikal yang lebih ringan, kurang bergantung kepada aero ekstrem serta karakter tayar Pirelli bakal menghasilkan lebih banyak aksi memotong dan pertarungan roda ke roda.

“Saya rasa tahap hiburan akan meningkat kerana pelumba boleh bermain lebih banyak dengan motosikal. Kami mungkin boleh berlumba lebih rapat tanpa risiko terlalu tinggi,” jelasnya.

Perbezaan Karakter Michelin, Pirelli

Sebagai pelumba ujian Yamaha, Fernandez kini perlu menyesuaikan diri dengan dua jenis tayar berbeza kerana beliau menggunakan Michelin ketika perlumbaan wildcard MotoGP manakala sesi ujian motosikal 850cc menggunakan Pirelli.

Beliau mengakui perbezaan karakter kedua-dua tayar itu sangat ketara sehingga memerlukan pelumba mengubah gaya tunggangan setiap kali bertukar jentera.

“Kadang-kadang saya perlu berhenti seketika untuk mengingatkan diri saya tayar mana yang sedang digunakan kerana kedua-duanya memerlukan gaya tunggangan yang berbeza,” katanya.

Fernandez turut mendedahkan beliau pernah mengalami kemalangan akibat secara automatik menggunakan pendekatan tunggangan yang sesuai untuk satu jenama tayar tetapi tidak sesuai untuk jenama satu lagi.

Yamaha Fokus Pembangunan 2027

Walaupun pembangunan jentera 2027 menjadi fokus utama, Yamaha masih meneruskan usaha meningkatkan prestasi motosikal semasa untuk baki musim ini.

Fernandez mendedahkan beliau akan menggunakan pakej aerodinamik baharu ketika aksi MotoGP Belanda di Assen hujung minggu ini bagi mengumpul data untuk pasukan.

Menurutnya, penggunaan tayar Pirelli ketika ujian menjadikan proses pembangunan motosikal semasa lebih sukar kerana data yang diperoleh tidak sepenuhnya mewakili keadaan perlumbaan sebenar menggunakan Michelin.

Pakej Aerodinamik Baharu

Namun begitu, Yamaha masih dapat menguji beberapa komponen seperti pakej aerodinamik dan elemen tertentu yang berpotensi digunakan sepanjang baki musim 2026.

Sekiranya segala perubahan yang dirancang menjadi kenyataan, era baharu MotoGP 850cc pada 2027 mungkin bakal membawa kembali aksi perlumbaan yang lebih rapat, agresif dan menghiburkan buat peminat sukan permotoran di seluruh dunia.

SUMBER: Crash.net

850cc Augusto Fernandez Moto2 MotoGP regulasi 2027 Tayar Pirelli Yamaha YZR-M1
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Sambung Kontrak Dua Tahun Lagi Bersama Ducati

    26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: Marquez Menang Bergaya di GP Brno, Gelaran Juara Dunia 2026 Kembali Terbuka

    23/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    08/06/2026
    RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.