Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Alpinestars Supertech R10

JENAMA Alpinestars Malaysia memperkenalkan helmet premium Supertech R10 bagi pasaran tempatan, direka khusus untuk kegunaan prestasi tinggi dan penunggang motosikal sportbike.

Dibawa masuk Sinar Puncak Sdn Bhd, model itu ditawarkan pada harga RM3,999 untuk versi Plain Carbon dan White, manakala enam pilihan grafik premium dijual pada harga RM4,799.

Direka daripada Teknologi Perlumbaan MotoGP

Alpinestars Supertech R10

Supertech R10 dibangunkan menggunakan pengalaman Alpinestars dalam perlumbaan elit seperti Kejuaraan Dunia MotoGP, dengan pematuhan kepada piawaian keselamatan FIM, ECE 22.06 dan DOT.

Helmet itu turut menggunakan konfigurasi Asian Fit yang lebih sesuai untuk bentuk kepala penunggang di rantau Asia, selain didatangkan bersama visor jernih, visor gelap, lensa anti-kabus Pinlock, tear-off dan deflektor nafas (breath deflector) sebagai ciri standard.

Struktur Keselamatan Prestasi Tinggi

Alpinestars Supertech R10

Bahagian dalaman menggunakan lapisan busa polistirena (EPS) ketumpatan pelbagai, terdiri daripada lapan komponen berasingan bersama lapisan geseran rendah (low-friction liner) yang dibangunkan khas untuk perlumbaan.

Menurut Alpinestars, teknologi tersebut menawarkan tahap perlindungan yang melebihi syarat ECE 22.06 dengan peningkatan sehingga 37 peratus bagi impak linear dan 65 peratus bagi impak putaran.

Cengkerang Gentian Karbon Pelbagai Lapisan

Alpinestars Supertech R10

Di bahagian luar, Supertech R10 menggunakan struktur komposit berasaskan karbon yang menggabungkan bahan seperti karbon 3K ketumpatan tinggi, karbon sehala (unidirectional carbon), gentian aramid dan gentian kaca yang dicantum menggunakan resin epoksi khas.

Sistem pelapik dalaman boleh ditanggalkan untuk tujuan pembersihan, manakala rekabentuk kusyen kepala dan leher membantu mengurangkan daya hentakan yang disalurkan ke bahagian kepala, leher dan otak ketika kemalangan.

Rekabentuk Aerodinamik dengan 11 Liang Pengudaraan

Alpinestars Supertech R10

Bagi memastikan aliran udara optimum, Alpinestars melengkapkan Supertech R10 dengan 11 liang pengudaraan yang terdiri daripada enam saluran masuk dan lima saluran keluar.

Model grafik pula menerima spoiler belakang perlumbaan tambahan yang membantu mengurangkan rintangan angin sehingga 4.54 peratus, selain dipadankan winglet sisi untuk meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Sesuai Kegunaan Trek, Jalan Raya

Alpinestars Supertech R10

Helmet itu ditawarkan dalam empat saiz cangkerang dan empat saiz lapisan EPS bagi memastikan padanan lebih tepat untuk pelbagai bentuk kepala penunggang.

Turut disediakan ialah sistem pelarasan A-Head Fitment yang membolehkan pengguna melakukan talaan lebih terperinci mengikut bentuk dan saiz kepala masing-masing.

Ciri Tambahan Fokus Keselamatan Penunggang

Alpinestars Supertech R10

Supertech R10 dilengkapi sistem bebas pantas Quick Release pada pad pipi bagi memudahkan proses menanggalkan helmet ketika kecemasan, selain rekabentuk sisi yang direka khas untuk mengurangkan risiko kecederaan ke atas tulang selangka jika berlaku kemalangan.

Selain itu, saluran untuk sistem hidrasi turut disediakan pada bahagian pad pipi kanan, yang lebih praktikal untuk kegunaan litar.

Berat 1.54kg, Mula Jual Jun 2026

Alpinestars Supertech R10

Menurut Alpinestars, Supertech R10 bersaiz M mempunyai berat sekitar 1,540 gram, menjadikannya antara helmet perlumbaan premium yang masih mengekalkan keseimbangan antara perlindungan dan keselesaan.

Stok Alpinestars Supertech R10 kini boleh didapati di semua pengedar sah Alpinestars Malaysia bermula Jun 2026.

Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Supertech R10
Alpinestars Malaysia Alpinestars Supertech R10 Helmet premium MotoGP piawaian keselamatan FIM Plain Carbon Sinar Puncak Sdn Bhd White
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.