Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

Han OthmanBy Han Othman19/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia

DUNLOP mengukuhkan komitmen jangka panjang di Malaysia menerusi peluasan pesat rangkaian pengedar, penawaran rangkaian produk tayar lebih meluas dan pelaburan berterusan dalam produk direka untuk keperluan pemandu Malaysia yang semakin berubah.

Dalam tempoh hanya beberapa bulan, Dunlop sudah meluaskan rangkaian pengedar di seluruh negara sebanyak lebih 30 peratus, daripada kira-kira 150 cawangan kepada lebih 200 cawangan sejak Mei 2026.

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia

Peluasan itu mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan pengedar dan rakan kongsi servis automotif terhadap jenama tersebut.

Pencapaian itu membina legasi Dunlop yang sudah lama bertapak di Malaysia. Pada 1963, Dunlop menjadi pengeluar tayar pertama yang memulakan pengeluaran tempatan di negara ini, sekali gus meletakkan asas sebagai salah satu jenama paling dikenali di Malaysia.

Hari ini, di bawah kelolaan Toyotsu Binter Malaysia Sdn Bhd dan disokong kepakaran kejuruteraan Sumitomo Rubber Industries, Dunlop menumpukan menjadikan teknologi tayar premium lebih mudah diakses, sambil mengukuhkan kedudukan dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Strategi Premium Mudah Diakses

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia

Pasaran tayar gantian di Malaysia terus berkembang dengan permintaan terhadap produk yang menawarkan keselamatan, prestasi dan nilai untuk kereta penumpang, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan elektrik (EV).

Pengarah Urusan Toyotsu Binter Malaysia Sdn Bhd, Marcus Lim (foto atas) berkata, Malaysia ialah pasaran penting untuk Dunlop dan pihaknya melihat peluang besar untuk pertumbuhan jangka panjang.

Pemilik kenderaan mencari produk yang menawarkan kualiti, keselamatan dan prestasi, tetapi mereka juga mengharapkan nilai sebenar.

“Di situlah peluang Dunlop. Cita-cita kami adalah menetapkan Dunlop sebagai jenama premium yang sedang berkembang dengan menjadikan prestasi premium lebih mudah diakses lebih ramai pemandu Malaysia,” katanya.

Menurut Lim, strategi pertumbuhan syarikat melangkaui penambahan kedai fizikal.

Kami mahu Dunlop tersedia di mana saja pelanggan memilih untuk membeli dan menyelenggara tayar mereka, sama ada melalui pengedar tayar yang mantap, pusat servis automotif atau saluran runcit masa depan yang meningkatkan kemudahan dan akses.

Teras strategi kami adalah membina perkongsian jangka panjang yang kukuh di seluruh pasaran automotif selepas jualan di Malaysia,” katanya.

Portfolio Produk untuk ICE, Hibrid dan EV

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia

Bagi menyokong strategi tersebut, Dunlop terus meluaskan portfolio produk merentasi segmen utama pasaran. Barisan produk seperti:

  • Blue Response TG untuk kenderaan penumpang harian
  • SP Sport Maxx 060+ untuk pemandu yang mahukan prestasi dan pengendalian dipertingkat
  • Grandtrek R/T01 untuk SUV dan trak pikap
  • e.Sport Maxx yang sedang dalam persiapan dilancarkan, dibangunkan khas untuk memenuhi keperluan prestasi unik EV

Pendekatan itu memastikan Dunlop kekal relevan sama ada untuk kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid atau EV, dengan tayar yang direka untuk memberikan keselamatan, keselesaan, ketahanan dan keyakinan pemanduan.

Rakan OEM Utama, Keyakinan Pengeluar

Selain pasaran gantian, Dunlop kekal komited menyokong rakan pengeluar barangan tulen (OEM), dengan membekalkan tayar untuk model terpilih daripada jenama automotif terkemuka seperti Toyota, Lexus, Isuzu, Mazda dan Leapmotor.

Perkongsian itu mencerminkan keyakinan pengeluar kenderaan terhadap kejuruteraan, kualiti dan kebolehpercayaan Dunlop. Toyotsu Binter Malaysia dan Sumitomo Rubber Industries komited mengekalkan standard tertinggi dari segi kualiti produk, reliabiliti rantaian bekalan dan sokongan pelanggan yang responsif.

Inovasi 130 Tahun Sebagai Teras Masa Depan

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia

Pengarah Urusan Sumitomo Rubber Asia (Tyre) Pte Ltd, Takehiko Asai (paling kanan) berkata, masa depan Dunlop terus dipandu semangat inovasi yang sudah membentuk jenama tersebut lebih 130 tahun.

Inovasi sentiasa menjadi teras Dunlop. Sepanjang sejarah kami, kami terus berkembang seiring kemajuan dalam mobiliti, membangunkan teknologi yang meningkatkan keselamatan, prestasi dan keyakinan pemanduan untuk pemandu di seluruh dunia.

“Hari ini, fokus kami melangkaui pembangunan tayar konvensional. Kami melabur dalam teknologi generasi akan datang yang meningkatkan kecekapan tenaga, memperbaiki cengkaman dalam cuaca basah, mengurangkan rintangan gulingan dan kebisingan kabin, sambil meneroka teknologi tayar pintar yang akan menyokong masa depan mobiliti yang bersambung dan berelektrik,” katanya.

Dengan Malaysia dikenal pasti sebagai pasaran pertumbuhan utama, Dunlop akan terus melabur dalam rangkaian pengedar, memperkenalkan produk yang dibangunkan untuk situasi pemanduan tempatan, dan memperkukuh perkongsian di seluruh pasaran automotif selepas jualan.

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
aksesori Dunlop Dunlop Malaysia Sumitomo Rubber Industries Tayar Dunlop tayar EV tayar kereta Toyotsu Binter Malaysia Sdn Bhd
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

By Abang Hirata13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.