Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modenas perkenal Program Z1GT Care

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) melancarkan Program Z15GT Care, iaitu inisiatif perkhidmatan selepas jualan yang menawarkan pemeriksaan motosikal percuma kepada semua pemilik Modenas Z15GT seluruh negara.

Program yang berlangsung 15 Julai – 31 Ogos 2026 itu dilaksanakan menerusi 57 pengedar sah Modenas terpilih di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sebagai usaha meningkatkan pengalaman pemilikan dan memperkukuh keyakinan pelanggan terhadap produk pengeluar nasional itu.

Pemeriksaan Percuma, Bantuan Selepas Jualan

Modenas Z15GT

Sepanjang tempoh kempen, pemilik Modenas Z15GT boleh membawa motosikal mereka ke pusat servis yang mengambil bahagian untuk menjalani pemeriksaan dan diagnosis percuma daripada juruteknik bertauliah.

Selain pemeriksaan teknikal, pelanggan juga akan menerima bantuan berhubung baik pulih dan tuntutan waranti bagi kes yang layak.

Modenas turut menyediakan komponen gantian dan alat ganti diperlukan, tertakluk hasil pemeriksaan teknikal dan ketersediaan stok.

Persediaan Menyeluruh Sebelum Program Dilaksana

Modenas Z15GT

Menurut Modenas, pelbagai persiapan sudah dilakukan sebelum pelaksanaan program itu bagi memastikan mutu perkhidmatan yang konsisten di semua pusat servis terlibat.

Antara langkah diambil adalah penilaian teknikal terhadap model Z15GT, latihan kepada juruteknik, taklimat kepada rangkaian pengedar dan perancangan bekalan alat ganti.

Modenas turut bekerjasama rapat dengan pasukan teknikal, kawalan kualiti, perkhidmatan selepas jualan dan pembekal bagi menambah baik produk dan proses sokongan kepada pelanggan.

Utamakan Keselamatan, Kepuasan Pelanggan

Modenas Z15GT

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, kepuasan dan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan syarikat.

Menurutnya, Program Z15GT Care diwujudkan bagi memudahkan pemilik mendapatkan pemeriksaan dan perkhidmatan selepas jualan di pengedar sah berhampiran, selain menjadi platform untuk Modenas mendengar respons pengguna dan terus mempertingkat mutu produk serta pengalaman pemilikan pada masa akan datang.

Pemilik Digalak Buat Janji Temu Awal

Modenas Z15GT

Modenas turut menggalakkan semua pemilik Modenas Z15GT menghubungi pengedar sah yang mengambil bahagian bagi menetapkan janji temu sebelum hadir ke pusat servis.

Pelanggan disaran membawa bersama sijil pendaftaran motosikal dan dokumen waranti atau rekod servis bagi memudahkan proses pemeriksaan dijalankan.

Senarai penuh pengedar yang mengambil bahagian boleh didapati menerusi laman web dan saluran media sosial rasmi Modenas.

Senarai Pengedar Sah Terpilih untuk program ‘Z15GT Care’

Auto Terkini Modenas Modenas Z15GT Program Z15GT Care roda2 Z15GT Care Program
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.