Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

Abang HirataBy Abang Hirata10/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Tekton 2027

NISSAN memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C baharu, Nissan Tekton 2027, yang debut dunia di India sebagai model penting dalam strategi pemulihan pengeluar itu menerusi pelan Re:Nissan.

Dibangunkan dan dikeluarkan di India menerusi kerjasama dengan Renault, SUV kompak itu bukan sekadar ditawarkan untuk pasaran domestik, tetapi akan dieksport ke 50 pasaran global termasuk Timur Tengah dan Afrika, sekali gus mengukuhkan peranan India sebagai hab pembuatan dan eksport utama Nissan.

Dibina di India untuk Dunia

Nissan Tekton 2027

Nissan Tekton 2027 dibangunkan berasaskan platform Alliance CMF-B, menggunakan falsafah ‘One Car, One World‘, iaitu model yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan pelbagai pasaran.

Model itu menjadi produk kedua Nissan di India bagi 2026 selepas Nissan Gravite, selain memainkan peranan penting dalam memperkukuh portfolio SUV jenama itu.

Pengerusi Nissan bagi rantau AMIEO, Massimiliano Messina berkata, India kini menjadi pemacu utama pertumbuhan Nissan, dengan Tekton membuktikan keupayaan negara itu menghasilkan produk bertaraf global untuk pelanggan antarabangsa.

Nissan Tekton 2027 menjadi model penting dalam usaha Nissan memperkukuh kedudukan di India sebelum dipeluas  ke pasaran eksport di Timur Tengah dan Afrika.

Rekabentuk Ilham Nissan Patrol

Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027

Nissan Tekton 2027 direka berilhamkan SUV legenda Nissan Patrol dengan imej tegap dan lasak, tetapi masih mengekalkan sentuhan premium moden.

Antara elemen rekabentuk luaran ialah:

Nissan Tekton 2027

  • Lampu utama LED lima ruang bentuk-C
  • Lampu belakang LED bersambung (SynchroFlow C-Shaped)
  • Gril krom penuh ilham Patrol
  • Pelindung bawah (Double-C Contrast Skid Plate)
  • Rel bumbung rata
  • Gerbang roda lebar
  • Spoiler dioptimum dari aspek aerodinamik
  • Kemasan hitam kilat Majestic Himalayan Crest pada bahagian belakang

Secara keseluruhan, Nissan Tekton 2027 menampilkan identiti lebih berani dan mampu menonjol dalam antara segmen SUV paling kompetitif dunia.

Kabin Premium dengan Sentuhan Jepun

Bahagian dalaman menampilkan konsep kabin tiga tona yang menggabungkan warna kuning air (beige), ungu (burgundy) dan kemasan emas merah (rose gold), selain menggunakan kulit sintetik premium, permukaan lembut (soft-touch) serta sulaman eksklusif.

Ruang pemandu direka berorientasi pemandu menerusi:

Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
  • Stereng Double D-cut
  • Dua paparan digital
  • Konsol tengah tinggi
  • Tuil gear elektronik (Fly-by-Wire E-Shifter)
  • Pelbagai kawalan elektronik mudah capai

Kerusi depan Active Comfort Seats pula menawarkan fungsi:

Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
  • Boleh laras elektrik
  • Ventilasi
  • Sokongan lumbar boleh laras
  • Perehat kepala rekaan Boomerang Profile

Menurut Nissan, kabin Nissan Tekton 2027 direka supaya sesuai digunakan setiap hari, sama ada keluarga atau perjalanan jarak jauh.

Google Built-In, Lebih 200 Aplikasi

Aatara tarikan utama Nissan Tekton 2027 adalah penggunaan Google built-in, sekali gus menjadi antara model paling moden dalam kelas.

Unit infotainmen terdiri daripada:

  • Skrin sentuh Tek-Link HD 10.1 inci
  • Kluster meter digital definisi tinggi (HD) 10.25 inci

Google built-in merangkumi:

  • Google Maps
  • Google Assistant
  • Google Play

Nissan Tekton 2027

Pemilik juga boleh mengakses lebih 200 aplikasi, selain log masuk menggunakan akaun Google sendiri bagi melaraskan tetapan, aplikasi dan pengalaman penggunaan.

Google Assistant turut membolehkan arahan suara digunakan untuk navigasi, multimedia, panggilan telefon, penyaman udara dan pelbagai fungsi kenderaan.

Turut disediakan aplikasi MyNISSAN dengan lebih 55 ciri sambungan pintar.

Ciri Premium

Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027

Selain teknologi digital, Nissan Tekton 2027 turut dilengkapi pelbagai ciri premium seperti:

  • Bumbung suria panoramik Infinity View
  • Penyaman udara dwi-zon dengan kawalan suara
  • Lampu ambien 48 warna
  • Sistem audio bunyi keliling Arkamys 3D Auditorium Surround Sound
  • Pengecas telefon wayarles dengan sistem penyejukan aktif
  • Penapis udara pintar dengan ion Plasmacluster dan paparan Indeks Kualiti Udara (AQI)
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027

Dari aspek praktikaliti, Tekton menawarkan kapasiti ruang but sehingga 700 liter, antara terbesar dalam segmen.

SUV itu juga mempunyai jarak tinggi bumi 212mm, selain sudut dekat (approach angle) dan sudut lepas (departure angle) terbaik dalam kelas bagi meningkatkan keupayaan meredah pelbagai permukaan jalan.

Dua Pilihan Enjin Turbo

Semua varian Nissan Tekton 2027 menggunakan enjin turbo dalam dua pilihan kuasa.

Turbo T160

  • Enjin 1.0L Turbo
  • Transmisi manual 6-kelajuan
  • Kecekapan bahan api sehingga 19.4km per liter

Turbo T280

  • Enjin 1.3L Turbo
  • Output kuasa 163ps, dan tork 280Nm
  • Transmisi manual 6-kelajuan, atau dual-klac (DCT) 6-kelajuan jenis klac basah dengan E-Shifter
  • Kecekapan bahan api 18.5km per liter

Kedua-dua enjin menggunakan teknologi daripada Nissan GT-R, iaitu Salutan Cermin Gerek (Mirror Bore Coating) yang membantu mengurangkan geseran dalaman bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan bahan api.

Turut disediakan:

  • Dua mod pemanduan dengan lampu ambien
  • Sistem stereng dua mod (Dual-Mode Steering)
  • Absorber ditala semula
  • Bar antirol kembar (Dual Anti-Roll Bars) bagi meningkatkan kestabilan dan pengendalian

Keselesaan, Kemudahan

 

Nissan Tekton 2027 turut menawarkan pelbagai ciri kemudahan seperti:

  • Pintu belakang kuasa dengan fungsi antijepit (anti-pinch)
  • Nyah kunci automatik apabila berdekatan kenderaan (Approach Unlock)
  • Kunci automatik apabila pemandu beredar (Walk Away Lock)
  • Bantuan Parkir 360º
  • Monitor Pandang Keliling Pintar (IAVM) 3D
  • Pengecas wayarles dengan sistem penyejukan aktif
  • Pelbagai fungsi kawalan menerusi aplikasi MyNISSAN

Lebih 40 Ciri Keselamatan Standard, 17 Ciri ADAS

Aspek keselamatan turut diberi perhatian menerusi penggunaan struktur monokok dengan 62 peratus keluli kekuatan tinggi, termasuk keluli ultra kekuatan tinggi pada pilar-A dan -B.

Ciri keselamatan standard seperti:

  • Enam beg udara
  • Lebih 40 ciri keselamatan standard
  • Lebih 17 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)

Antara ciri ADAS ditawarkan ialah:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Stop & Go
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Amaran Keletihan Pemandu (Driver Attention Alert, DAA)
  • Pengecam Isyarat Trafik (TSR)

Semua ciri itu disokong Bantuan Parkir 360º dan 3D IAVM untuk  pandangan menyeluruh sekeliling kenderaan.

Menariknya, pemandu boleh memilih sendiri fungsi ADAS yang mahu diaktifkan mengikut keperluan.

Harga Nissan Tekton 2027 di India

Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
  • VISIA T160 MT – 1,049,000 rupee (RM44,800)
  • VISIA+ T160 MT – 1,114,000 rupee (RM47,600)
  • Acenta T160 MT – 1,179,000 rupee (RM50,300)
  • N-Connecta T160 MT – 1,369,000 rupee (RM58,400)
  • Tekna T160 MT – 1,539,000 rupee (RM65,700)
  • Tekna+ T160 MT – 1,649,000 rupee (RM70,400)
  • N-Connecta T280 MT – 1,499,000 rupee (RM64,000)
  • Acenta T280 DCT – 1,499,000 rupee (RM64,000)
  • Tekna T280 MT – 1,639,000 rupee (RM70,000)
  • N-Connecta T280 DCT – ₹1,649,000 rupee (RM70,400)
  • Tekna T280 DCT – 1,779,000 rupee (RM75,900)
  • Tekna+ T280 DCT – 1,859,000 rupee (RM79,300)
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Nissan Tekton 2027
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Tekton Nissan Tekton 2027 Re:Nissan Roda4 SUV kompak SUV Segmen-C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.