Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

McLaren 788HS 2027

JENAMA supercar dari Britain, McLaren memperkenalkan supercar edisi khas McLaren 788HS (High Sport) sebagai penutup tirai famili siri 720S, 765LT dan 750S sebelum beralih ke generasi baharu.

Supercar prestasi tinggi itu ditawarkan dalam dua pilihan badan, Coupe dan Spider, dengan pengeluaran dihadkan hanya 200 unit seluruh dunia, iaitu 100 unit setiap varian.

Enjin V8 4.0L Twin-Turbo Jana 777hp

McLaren 788HS 2027

 

Nadi pacuan McLaren 788HS 2027 masih menggunakan enjin V8 4.0L Twin-Turbo, tetapi ditala semula bagi meningkatkan kuasa kepada 777hp dan tork 800Nm.

Peningkatan itu membolehkan 788HS mampu memecut 0 – 100kmj sepantas 2.8 saat, manakala pecutan 0 – 200kmj sepantas 7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 330kmj.

Lebih Ringan, Nisbah Kuasa kepada Berat Terbaik

McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027

Bagi mereka yang mengejar prestasi maksimum, varian Coupe adalah pilihan kerana mempunyai berat kering hanya 1,265kg, sekali gus menawarkan nisbah kuasa kepada berat terbaik dalam siri itu, iaitu 614hp per tan metrik.

McLaren turut menawarkan pilihan badan penuh gentian karbon menerusi divisyen McLaren Special Operations (MSO) untuk pelanggan yang mahukan pengurangan berat tambahan dan penampilan lebih eksklusif.

Aerodinamik Ilham F1

McLaren 788HS 2027

Selain peningkatan kuasa, McLaren turut memberi perhatian terhadap aspek aerodinamik dengan mendakwa 788HS menghasilkan 10 peratus lebih daya mendap (downforce) berbanding 765LT.

Antara komponen baharu seperti spliter depan, difuser belakang ilham teknologi Formula Satu (F1), spoiler belakang aktif lebih tinggi dan saluran udara S-Duct pada bonet bagi mengurangkan gangguan aliran udara.

Casis Lebih Tajam, Brek McLaren Senna

McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027

Sistem suspensi hidraulik turut ditala semula dengan gandar depan direndahkan 5mm berbanding 750S bagi meningkatkan kestabilan ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Kuasa membrek pula diserahkan kepada brek cakera karbon-seramik yang diadaptasi daripada McLaren Senna, dan dipadankan rim tempa baharu menggunakan sistem kunci tengah (centre-lock), juga kali pertama diperkenalkan pada siri supercar McLaren itu.

Model ‘High Sport’ Ketiga dalam Sejarah McLaren

McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027

McLaren 788HS 2027 ialah model ketiga menggunakan lencana High Sport (HS) selepas MP4-12C HS (2012) dan MSO HS (2016).

Semua 200 unit akan disiapkan divisyen MSO, yang membolehkan setiap pelanggan menghasilkan konfigurasi unik mengikut cita rasa peribadi.

Dengan jumlah pengeluaran sangat terhad dan prestasi lebih ekstrem, 788HS dijangka menjadi antara model koleksi paling eksklusif dalam sejarah McLaren.

SUMBER: Motor1.com

McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
McLaren 788HS 2027
High Sport (HS) McLaren McLaren 788HS McLaren Special Operations (MSO) Supercar Supercar McLaren Twin-Turbo
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    Roda4

    Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.