Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!
Roda4

Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

Abang HirataBy Abang Hirata08/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KETIKA peminat bola sepak di seluruh dunia sedang menikmati aksi Piala Dunia FIFA 2026, nama striker atau penyerang pastinya antara yang paling kerap disebut. Menariknya, pengeluar automotif Romania, Dacia, turut memilih nama Striker untuk model crossover baharu.

Namun, bagi Dacia, nama Striker bukan merujuk kepada posisi penyerang dalam bola sepak. Sebaliknya, ia membawa maksud making a strike atau mengena sasaran, melambangkan cita-cita jenama itu untuk menawarkan alternatif baharu dalam segmen C menerusi gabungan kelebihan SUV, wagon dan sedan.

Model baharu itu turut menandakan langkah penting Dacia dalam memperkukuh kehadiran dalam segmen C, selaras pelan strategik syarikat menjelang 2030 yang menyasarkan peningkatan sumbangan segmen tersebut daripada 20 peratus kepada 33 peratus daripada keseluruhan jualan.

Gabungan SUV, Wagon dan Sedan

Dacia Striker dibangunkan sebagai crossover yang menggabungkan tiga karakter berbeza dalam satu pakej.

Antaranya ialah kedudukan pemanduan tinggi serta keupayaan meredah laluan mencabar seperti SUV, ruang dalaman dan praktikaliti sebuah wagon, selain kecekapan aerodinamik serta pengendalian yang menghampiri sedan.

Menurut Pengarah Rekaan Dacia, David Durand, Striker merupakan jawapan baharu kepada keperluan pengguna masa kini yang mahukan sebuah kenderaan lebih seimbang berbanding SUV konvensional.

Rekaan Serba Baharu

Dari segi penampilan, Striker tampil bergaya dan tidak nampak seperti sebuah produk murah. Konsep sebegini perlu diberi perhatian oleh jenama kereta yang berpegang kepada kereta murah perlu dibuat dengan rekaan ringkas dan sekadar cukup syarat.

Striker direka dengan garis bumbung lebih rendah dan memanjang, cermin hadapan lebih condong serta bahagian belakang yang direka bagi meningkatkan kecekapan aerodinamik.

Satu elemen utama ialah garisan bahu yang menghubungkan lampu hadapan dan belakang, sekali gus membentuk identiti rekaan model tersebut.

Striker juga menjadi model pertama Dacia menggunakan lampu LED berbentuk T pada keempat-empat penjuru badan, dipadankan bersama gril hitam berkilat yang menampilkan logo Dacia Link.

Walaupun memiliki jarak kelegaan tanah setanding SUV segmen C iaitu 200 mm (4×4) dan 190 mm (4×2), ketinggian keseluruhannya hanya 1.53 meter, lebih rendah berbanding kebanyakan SUV segmen sama yang lazimnya melebihi 1.60 meter.

Dacia Striker berukuran 4.62 meter panjang, menggunakan rim standard 17 inci, manakala rim 18 inci dan 19 inci ditawarkan sebagai pilihan.

Dua Gaya Berbeza

Striker ditawarkan dalam dua gaya utama. Varian Extreme disasarkan kepada pengguna aktif dengan kemasan pelindung Starkle®, upholsteri sintetik Microcloud, tikar getah, sistem pacuan 4×4, selain fungsi Kawalan Penurunan Curam.

Sementara itu, varian Journey lebih menumpukan pada keselesaan perjalanan jauh menerusi kerusi pemandu larasan kuasa, kerusi hadapan serta stereng dengan fungsi pemanas, pintu but berkuasa elektrik dan pelbagai ciri premium lain.

Kabin Moden dan Praktikal

Bahagian dalaman Striker menampilkan papan pemuka tiga lapisan dengan skrin sentuh tengah 10.1 inci sebagai kelengkapan standard.

Turut disediakan kluster instrumen digital LightVisio 7 inci, manakala varian lebih tinggi menerima sistem Media Nav Live lengkap navigasi masa nyata, kemas kini peta selama lapan tahun dan sistem audio Arkamys 3D enam pembesar suara.

Dacia turut memperkenalkan beberapa penyelesaian praktikal seperti sistem aksesori YouClip dengan sehingga sembilan cagak pemasangan di dalam kabin dan ruang simpanan bawah perehat tangan berkapasiti 6.7 liter.

Menariknya, Dacia turut membekalkan pengikis ais dan disorokkan dalam papan pemuka serta pemegang cawan boleh tanggal.

Ruang Kargo Sehingga 600 liter

Striker mampu membawa lima penumpang dan menawarkan ruang but sehingga 600 liter, antara yang terbesar dalam segmen C.

Model ini turut dilengkapi sistem Easy Trunk Opening yang membuka pintu but secara automatik apabila pengguna berdiri berhampiran kenderaan bersama kunci pintar.

Selain itu, lantai but tiga bahagian boleh dilaraskan mengikut keperluan, manakala tempat duduk belakang 60:40 boleh dilipat terus dari ruang but menerusi sistem Easy Fold.

Dua Pilihan Trenkuasa Hibrid

Striker ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa elektrifikasi.

Pilihan pertama ialah Hybrid 155 yang menggabungkan enjin petrol 1.8 liter berkuasa 109 hp, dua motor elektrik (49 hp), bateri 1.4 kWj (280V) serta transmisi automatik tanpa klac.

Menurut Dacia, varian ini mampu bergerak menggunakan kuasa elektrik sehingga 80 peratus masa pemanduan dalam bandar, selain menghasilkan pelepasan karbon dioksida kurang daripada 100 g/km.

Pilihan kedua ialah Hybrid 150 4×4 yang menggunakan enjin 1.2 liter hibrid ringan 48V berkuasa 140 hp dan 230 Nm, dipadankan transmisi automatik klac berkembar 6-kelajuan bersama pedal penukar gear.

Gandar belakang pula menerima motor elektrik berkuasa 31 hp dan 87 Nm dengan transmisi dua kelajuan, menghasilkan kuasa gabungan 150 hp.

Sistem itu menawarkan lima mod pemanduan iaitu Auto, Eco, Snow, Mud/Sand dan Off-Road, selain fungsi Kawala Penurunan Curam sebagai kelengkapan standard untuk varian Extreme.

Lebih Mesra Alam

Striker turut meneruskan pendekatan Eco-Smart Dacia dengan penggunaan lebih 32 peratus bahan daripada ekonomi kitaran.

Model ini mengandungi 47 kg plastik kitar semula, iaitu 3.4 kg lebih banyak berbanding Bigster dan 5.5 kg lebih banyak daripada Duster, sekali gus menjadi rekod tertinggi bagi Dacia.

Selain penggunaan bahan Starkle®, Dacia juga tidak lagi menggunakan kemasan kulit asli dan krom pada model baharunya bagi mengurangkan jejak karbon pengeluaran.

Harga Dacia Striker

Dacia Striker akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Essential, Expression, Extreme dan Journey.

Di pasaran United Kingdom, harga permulaan Dacia Striker ditetapkan di bawah £25,000 (RM136,007), menjadikannya antara model paling berdaya saing dalam segmen crossover C.

Dacia Dacia Striker
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    KGM Musso Rhino di UK
    Trak dan Lori

    Trak Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino, Musso Rhino+ 2027

    08/07/2026
    JPJ dan AADK tahan pemandu kenderaan komersil positif dadah di Plaza Tol Gombak
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.