Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak
Auto Terkini

Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JPJ dan AADK tahan pemandu kenderaan komersil positif dadah di Plaza Tol Gombak

DUA pemandu kenderaan komersial, masing-masing memandu lori balak dan teksi ditahan selepas disahkan positif dadah dalam Op Bersepadu Penguatkuasaan Dadah yang dijalankan di Plaza Tol Gombak, baru-baru ini.

Operasi tersebut melibatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa agensi penguatkuasa lain bagi mengesan pemandu yang memandu di bawah pengaruh bahan terlarang.

Positif Syabu, Ganja

JPJ dan AADK tahan pemandu kenderaan komersil positif dadah di Plaza Tol Gombak

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, kedua-dua lelaki berusia 31 dan 41 tahun itu ditahan AADK selepas gagal ujian saringan air kencing yang dijalankan di lokasi operasi.

Menurut beliau, keputusan ujian awal mendapati kedua-dua pemandu terbabit positif mengambil dadah jenis metamfetamin (syabu) dan ganja.

Menurutnya, JPJ akan mengambil tindakan menggantung lesen memandu kedua-dua individu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika disahkan penagih dadah.

Lebih 200 Kenderaan Komersial Diperiksa

Operasi bersepadu yang disertai 59 anggota pelbagai agensi penguat kuasa itu menumpukan kepada kenderaan komersial yang menggunakan laluan di Plaza Tol Gombak.

Sepanjang operasi dijalankan, 228 kenderaan komersial diperiksa, manakala 75 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dikesan.

Bas Henti-Henti Turut Disita

Selain tindakan terhadap pemandu positif dadah, pihak berkuasa turut menyita sebuah bas henti-henti kerana didapati melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang.

JPJ menegaskan operasi seumpama itu akan diteruskan semasa ke semasa bagi memastikan pemandu kenderaan komersial sentiasa mematuhi undang-undang, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

SUMBER: Bernama

Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) DUA pemandu kenderaan komersial Hamidi Adam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Dadah Pengarah JPJ Kuala Lumpur Plaza Tol Gombak Seksyen 36 Akta Pengangkutan Jalan 1987
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.