
KGM Motors UK memperkenalkan Musso Rhino dan Musso Rhino+, generasi baharu kepada pikap Musso yang tampil dengan reka bentuk lebih lasak, kabin lebih moden serta keupayaan kerja yang dipertingkat.
Musso terbaru ini (generasi kedua) terlebih dahulu dilancarkan di Korea Selatan pada Disember 2025.

Musso baharu diletakkan di atas varian Musso Rebel dan Saracen di UK, sekali gus meneruskan legasi lebih 70 tahun pengalaman KGM dalam pembangunan kenderaan komersial.
Nama Musso, yang bermaksud badak sumbu dalam bahasa Korea, terus dikekalkan sebagai simbol ketahanan, kekuatan dan keupayaan utiliti.
Legasi Pikap KGM Sejak 2002
Sejarah pikap KGM bermula pada 2002 menerusi Musso Sports, yang dibangunkan berasaskan SUV Musso asal sebelum diubah suai dengan ruang kargo terbuka bagi menghasilkan Sports Utility Truck (SUT) pertama dari Korea Selatan.
Sejak itu, KGM (dahulunya SsangYong Motor) terus mengembangkan segmen pikap menerusi model yang menggabungkan keupayaan membawa muatan untuk kegunaan kerja dengan keselesaan dan fleksibiliti sebuah SUV moden, sekali gus memenuhi keperluan pengguna komersial serta gaya hidup.
Pengguna di Malaysia juga pernah menikmati pikap buatan Korea Selatan menerusi SsangYong Actyon SUT yang diperkenalkan pada 2007. Model itu tampil dengan reka bentuk yang sporty dan berbeza daripada kebanyakan pikap pada zamannya.
Actyon SUT kemudiannya kekal berada di pasaran selama beberapa tahun sebelum menerima model rupa baharu yang dikenali sebagai Actyon Sports pada 2012, sekali gus meneruskan kehadiran jenama SsangYong dalam segmen pikap di negara ini.
Reka Bentuk Lebih Garang, Identiti Off-Road Lebih Menonjol

Musso Rhino dan Rhino+ (lebih panjang) menerima rekaan bahagian hadapan serba baharu dengan penampilan lebih tegap serta karakter off-road yang lebih jelas.
Antara pembaharuan luaran termasuk:
- Lampu posisi tengah
- Lampu utama HID LED
- Kluster lampu LED
- Gril hadapan baharu
- Rim aloi 18 inci kemasan krom berus
- Pemijak sisi berwarna perak
- Rel bumbung hitam/perak
- Grafik Rhino
- Pintu belakang dengan logo timbul KGM
Enjin Diesel 2.2 Liter, 202PS dan 400Nm

Kuasa dijana enjin diesel 2.2 liter e-XDi yang menghasilkan 202PS pada 3,800rpm dan 400Nm pada 1,400-2,800rpm.
Enjin dipadankan bersama transmisi automatik Aisin enam kelajuan, yang direka menawarkan kuasa tarikan pada kelajuan rendah, prestasi pemanduan harian yang lebih lancar serta keupayaan membawa beban dan menunda.
Sistem 4WD Dengan Gear Rendah

Kedua-dua model didatangkan dengan sistem pacuan empat roda (Selectable 4WD) yang membolehkan pemandu memilih:
- 2WD High
- 4WD High
- 4WD Low
Turut melengkapkan keupayaan pikap ini ialah:
- Bantuan Mula Mendaki
- Kawalan Menuruni Bukit
- Diferensial Pengunci
Sistem tersebut membantu meningkatkan cengkaman di permukaan licin seperti lumpur dan salji.
Keupayaan Off-Road
Musso Rhino
- Kelegaan tanah minimum: 245mm
- Sudut mendaki depan: 30.9 darjah
- Sudut pelepasan belakang: 27.8 darjah
Musso Rhino+
- Kelegaan tanah minimum: 248mm
- Sudut mendaki depan: 30.6 darjah
- Sudut pelepasan belakang: 24.5 darjah
Tunda 3.5 Tan, Muatan Sehingga 1,200kg

Keupayaan kerja terus menjadi kekuatan utama Musso. Kedua-dua model menawarkan:
- Kapasiti menunda sehingga 3.5 tan
- Trailer Sway Control
- Kamera undur
- Clear Sight View
- Sistem pemantauan sekeliling 360 darjah 3D
Berat Gabungan Maksimum (Gross Train Weight) pula ialah:
- Musso Rhino: 6,750kg
- Musso Rhino+: 6,900kg (antara yang tertinggi dalam segmen)
Ruang Kargo Lebih Besar

Musso Rhino menawarkan:
- Kapasiti ruang kargo: 1,011 liter
- Muatan maksimum: 1,090kg
Sementara Musso Rhino+ menyediakan:
- Kapasiti ruang kargo: 1,262 liter
- Muatan maksimum: 1,200kg
Menurut KGM, Rhino+ menawarkan ruang kargo terbesar dalam kalangan pikap di pasaran berdasarkan isipadu.

Dimensi ruang kargo adalah seperti berikut:
Musso Rhino
- Panjang: 1,300mm
- Lebar: 1,570mm
- Kedalaman: 570mm
Musso Rhino+
- Panjang: 1,610mm
- Lebar: 1,570mm
- Kedalaman: 570mm
Kedua-duanya turut dilengkapi:
- Pelapik ruang kargo standard
- Lapan cangkuk pengikat
- Lampu LED ruang kargo
- Pintu kargo belakang bukaan luas
- Anak tangga pada bucu bampar belakang
Musso Rhino dibina menggunakan struktur keluli berkekuatan tinggi bersama casis Ultra-Rigid Quad Frame.
Turut disediakan:
- Enam beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESP), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Bantuan Brek (BAS).
- Bantuan Kekal Lorong, Amaran Pertukaran Lorong, Pengesan Titik Buta, Amaran Trafik Melintas Belakang dan Amaran Keluar Kenderaan dengan Selamat.
- Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Menuruni Bukit dan Kawalan Olengan Treler (Trailer Sway Control).
Harga di UK

Di United Kingdom, Musso Rhino dijual pada harga bermula £38,995 (RM212,834.71) (tidak termasuk VAT), manakala Musso Rhino+ bermula £39,995 (RM218,292.71) (tidak termasuk VAT).
Kedua-dua model turut didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 100,000 batu.
KGM Musso Rhino+ 2027 UK
KGM Musso Rhino dan Musso Rhino+ 2027 UK


























































































