Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

Abang HirataBy Abang Hirata02/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Vespa Edizione Ottantesimo 2026

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-80, Vespa memperkenalkan model khas Vespa Edizione Ottantesimo, sebuah edisi koleksi berasaskan Vespa GTS 310 yang dihasilkan dalam jumlah terhad hanya 1,946 unit di seluruh dunia.

Model istimewa itu diperkenalkan di Foro Italico, Rome pada 25 Jun lalu sebagai sebahagian acara ’80 Years of an Icon’, dan sudah boleh ditempah menerusi laman rasmi Vespa.

Rai ulang tahun Verspa ke-80
Rai ulang tahun Verspa ke-80

Tribut Vespa 98 Tahun – 1946

Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026

Jumlah pengeluaran 1,946 unit dipilih sebagai penghormatan kepada tahun kelahiran Vespa menerusi pengenalan Vespa 98 pada 1946.

Setiap unit didatangkan dengan nombor siri tersendiri, menjadikann model itu eksklusif yang menyasarkan pengumpul dan peminat tegar Vespa.

Kemasan Ilham Badan Keluli Ikonik Vespa

Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026

Identiti utama Vespa Edizione Ottantesimo 2026 ialah kemasan badan unik yang diilhamkan daripada besi/keluli mentah, sebagai tribut kepada struktur badan monokok keluli yang menjadi antara ciri paling ikonik Vespa sejak diperkenalkan lapan dekad lalu.

Kemasan bertekstur itu digabungkan sentuhan moden melalui penggunaan warna hijau khas pada beberapa komponen utama, sekali gus menghasilkan gabungan elemen klasik dan kontemporari.

Rekabentuk Eksklusif dengan Sentuhan Klasik

Vespa Edizione Ottantesimo 2026

Antara elemen unik model itu adalah:

  • Pelana hijau dengan jahitan tona sama dan corak jahitan melintang
  • Penutup pelana belakang jenis keras bolehtanggal untuk penampilan seperti jentera lumba Vespa klasik
  • Pelana masih diluluskan untuk dua penunggang walaupun menampilkan imej pelana tunggal
  • Rim hijau diilhamkan daripada rim keluli tekan (stamping) milik Vespa 98 (1946), lengkap dengan kemasan potongan berlian (diamond-cut)
  • Grafik angka 80 tiga dimensi (3D) pada kedua-dua sisi badan menggunakan warna hijau sama, dengan rekaan menggabungkan logo heksagon ulang tahun dan bentuk menyerupai kepala bolt sebagai simbol karya tangan Vespa
  • Plak peringatan bernombor dipasang di bawah pelana

Enjin 310 HPE Paling Berkuasa

Enjin Vespa HPE - Vespa GTS 310

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 dibangunkan menggunakan platform Vespa GTS 310 dan dikuasakan enjin silinder tunggal 310 HPE (High Performance Engine), iaitu enjin paling berkuasa pernah digunakan pada sebuah Vespa.

Enjin 4-lejang, 4-injap dengan suntikan bahan api elektronik (EFI) dan sistem penyejukan cecair itu menghasilkanoutput kuasa 25hp @ 6,500rpm, dan tork 28.9Nm @ 5,250rpm.

Enjian dipadankan transmisi automatik CVT dan torque server serta klac sentrifugal kering automatik yang dilengkapi damper getaran.

Menurut Vespa, model itu menawarkan penggunaan bahan api sekitar 31.25km per liter dan memenuhi piawaian emisi Euro 5+.

Ciri Standard

Vespa Edizione Ottantesimo 2026

  • Panel meter LED penuh dengan paparan TFT berwarna 5 inci
  • Sistem konektiviti VESPA MIA sebagai ciri standard
  • Sistem penghidup tanpa kunci (keyless)
  • Lampu ihsan di belakang apron depan dan ruang simpanan bawah pelana
  • Regulasi Gelincir Pecutan (ASR), atau kawalan traksi
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

Helmet Khas

Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026

Setiap pembelian Vespa Edizione Ottantesimo 2026 turut menerima helmet edisi khas yang direka sepadan skuter tersebut.

Helmet itu menggunakan kemasan Matte Grey (kelabu kusam) yang menyerupai tekstur badan Vespa, dan dipadankan aksen hijau, dengan grafik angka 80 tertera belakang helmet menggunakan rekaan sama seperti badan skuter.

Pelbagai Aksesori Rasmi

Vespa turut menawarkan beberapa aksesori rasmi untuk Vespa Edizione Ottantesimo 2026, seperti:

  • Kotak simpanan belakang 36 liter dengan warna sepadan badan
  • Kusyen penyandar belakang menggunakan material dan warna sama seperti pelana
  • Rak barang depan dan belakang
  • Pelindung sisi
  • Fairing
  • Visor angin
  • Sistem penggera elektronik

Setiap Pembelian Dapat Buku Eksklusif Assouline

Setiap unit Vespa Edizione Ottantesimo 2026 turut disertakan buku meja (coffee table book) eksklusif terbitan Assouline, iaitu jenama penerbitan mewah yang terkenal dengan buku berkaitan seni, budaya, gaya hidup dan rekabentuk.

Buku khas itu memaparkan perjalanan legenda Vespa menerusi koleksi imej ikonik, termasuk bahan arkib yang jarang ditayangkan dari arkib Piaggio, selain mengimbas evolusi Vespa dan pengaruh terhadap budaya dan gaya hidup penunggang seluruh dunia.

Spesifikasi Vespa Edizione Ottantesimo 2026

Vespa Edizione Ottantesimo 2026

  • Enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal HPE 310cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI)
  • Output kuasa 25hp @ 6,500rpm, dan tork 28.9Nm @ 5,250rpm
  • Transmisi automatik CVT dengan torque server
  • Struktur badan kepingan logam (sheet metal) jenis bering beban  (load-bearing)
  • Suspensi swingarm sisi tunggal dengan spring koil kawalan hidraulik (depan), dan absorber kembar hidraulik dengan spring boleh laras prabeban 4-tetapan
  • Brek cakera 220mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, dan cakera 220mm dengan ABS (belakang)
  • Kawalan traksi ASR
  • Tayar tiubles 120/70-12 (depan), dan 130/70-12 (belakang)
  • Dimensi panjang 1,980mm, lebar 765mm, dan jarak roda  1,380mm
  • Tinggi pelana 790mm
  • Penggunaan bahan api 31.25km per liter
  • Kapasiti tangki bahan api 8.5 liter
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Vespa Vespa Edizione Ottantesimo Vespa GTS 310
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.