Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 – Gear Manual Tanpa Transmisi Manual!
Roda4

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 – Gear Manual Tanpa Transmisi Manual!

Abang HirataBy Abang Hirata07/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

FERRARI 12Cilindri Manuale 2027 diperkenalkan sebagai model edisi khas berasaskan Ferrari 12Cilindri yang mengembalikan pengalaman pemanduan menggunakan tuil gear manual, tetapi berbeza daripada transmisi manual konvensional.

Model itu menampilkan sistem sistem manual elektronik Manuale By-Wire, iaitu teknologi baharu yang membolehkan pemandu mengendalikan anjakan gear menggunakan tuil gear dan pedal klac, sambil mengekalkan kelebihan transmisi dual-klac (DCT) F1 8-kelajuan.’

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Sistem itu dibangunkan di Maranello bagi menggabungkan emosi pemanduan Ferrari Gran Turismo era 1950 – 1970-an dengan ketepatan teknologi moden, sekali gus mewujudkan hubungan lebih langsung antara pemandu dan jentera.

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 dihasilkan dalam jumlah 1,499 unit sahaja, iaitu angka yang dipilih sempena sesaran enjin V12 Ferrari pertama yang diperkenalkan pada 1947.

Manuale By-Wire: Pengalaman Manual Tanpa Transmisi Manual

Keunikan Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 terletak pada sistem Manuale By-Wire, yang dibangunkan bagi memberikan pengalaman pertukaran gear analog tanpa membangunkan kotak gear manual baharu.

Sebaliknya, Ferrari mengekalkan transmisi F1 DCT 8-kelajuan sedia ada dan menumpukan kepada inovasi antaramuka pemandu menerusi tuil gear, pedal klac elektronik dan perisian kawalan enjin serta transmisi.

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Menurut Ferrari, pendekatan itu membolehkan sistem menawarkan ketepatan, konsistensi dan kemudahan penggunaan seperti transmisi moden, tetapi masih mengekalkan rasa mekanikal ketika menukar gear.

Pembangunan sistem tersebut turut melibatkan pasukan projek Hypersail, yang menggunakan pendekatan teknologi by-wire dalam pembangunan sistem kawalan untuk sektor nautika.

Manual 6-Kelajuan, Automatik 8-Kelajuan

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Walaupun menggunakan transmisi DCT 8-kelajuan, hanya enam gear depan dan gear undur dikendalikan secara manual menggunakan tuil gear.

Dua lagi gear dikekalkan bagi operasi automatik, yang membolehkan pemandu memilih antara pengalaman pemanduan lebih mengasyikkan atau keselesaan ketika memandu harian.

Tidak seperti Ferrari moden lain, 12Cilindri Manuale juga tidak lagi menggunakan pedal gear (paddle shift) pada stereng.

Sebaliknya, semua anjakan gear bergantung sepenuhnya kepada penggunaan tuil gear dan pedal klac, sekali gus mengembalikan pengalaman pemanduan lebih tradisional.

Tuil Gear Dibangunkan daripada Sifar

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Walaupun tidak menggunakan transmisi manual sebenar, Ferrari membangunkan modul tuil gear serba baharu bagi memastikan setiap pergerakan menghasilkan respons seperti kotak gear manual klasik.

Modul itu dibina daripada blok keluli kekuatan tinggi yang dimesin daripada logam padu dan dilengkapi:

  • Mekanisme kinematik khas
  • Sensor sudut setiap paksi
  • Fungsi self-centering yang mengembalikan tuil ke kedudukan neutral secara automatik
  • Mekanisme klik dan variasi daya ketika menukar gear
  • Talaan bunyi mekanikal bagi meningkatkan pengalaman pemanduan

Jika pedal klac tidak ditekan atau gear dipilih tidak dibenarkan, sistem akan menghalang tuil daripada memasuki gear tersebut.

Gear undur pula hanya boleh dipilih dengan menekan tuil ke bawah sebelum mengalihkannya ke kedudukan kiri atas, sama seperti transmisi manual Ferrari klasik.

Keseluruhan modul mempunyai berat kurang 3.5kg.

Pedal Klac Elektronik Fiil Mekanikal

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Ferrari turut membangunkan susunan tiga pedal baharu, dengan pedal klac menggunakan teknologi klac elektronik Clutch-by-Wire sebagai penghubung antara pemandu dan transmisi.

Sensor ketepatan tinggi akan membaca setiap pergerakan pedal sebelum menghantar arahan kepada unit kawalan transmisi DCT untuk mengawal operasi klac.

Bagi memastikan fiil pedal menyerupai transmisi manual tradisional, Ferrari menggunakan gabungan spring prabeban, cam dan roller yang menghasilkan lengkung tekanan pedal seperti sistem mekanikal.

Hasilnya, pemandu masih perlu melaraskan penggunaan pedal klac dan terotel ketika menukar gear.

Jika dilakukan tepat, anjakan gear berlaku lancar dan tepat. Sebaliknya, koordinasi kurang sempurna boleh menyebabkan sentakan atau enjin mati (stall), sekali gus mengekalkan karakter pemanduan manual sebenar.

Pemanduan Lebih Mengasyikkan, Heel-and-Toe

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Ferrari menyatakan interaksi antara tuil gear, pedal klac dan pedal terotel menjadi elemen utama pengalaman memandu Ferrari 12Cilindri Manuale 2027.

Sistem itu membolehkan pemandu melakukan teknik pemanduan klasik seperti heel-and-toe, selain memberikan respons tork yang lebih natural ketika menukar gear.

Pada masa sama, Ferrari turut membangunkan logik kawalan khas bagi memastikan peralihan antara mod Manual dan Automatik berlangsung lancar, termasuk fungsi coasting yang membolehkan kenderaan memperlahankan kelajuan sehingga melahu tanpa menghasilkan sentakan.

Kabin Ilham Ferrari Manual Klasik

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Ruang dalaman menerima beberapa perubahan yang menyerlahkan identiti Manuale tanpa mengubah rekabentuk asas Ferrari 12Cilindri.

Konsol tengah direka semula bagi memudahkan operasi tuil gear, manakala gear shift gate ikonik Ferrari kembali memainkan fungsi sebenar dan bukan sekadar elemen hiasan.

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Antara ciri utama ialah:

  • Corak gear 6-kelajuan klasik dengan gear undur di bahagian kiri atas
  • Tombol gear aluminium anod dengan paparan lampu putih dan amber yang menunjukkan gear aktif, serta mod Manual atau Automatik
  • Struktur aluminium berbentuk tuning fork yang menggabungkan panel kawalan dan ruang simpanan kunci
  • Susun atur tiga pedal yang direka bagi meningkatkan ergonomik pemanduan

Ferrari berkata setiap perubahan itu direka supaya pengalaman menggunakan tuil gear terasa natural, sambil mengekalkan rekabentuk moden Ferrari 12Cilindri.

Enjin V12 6.5L Tanpa Perubahan

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Ferrari mengekalkan enjin aspirasi natural (NA) V12 65º 6.5L (6,496cc) tanpa sebarang perubahan mekanikal.

Ferrari menjelaskan karakter enjin sehingga 9,500rpm menjadi padanan paling sesuai untuk sistem Manuale By-Wire kerana setiap pertukaran gear dapat dirasai lebih jelas, selain mengekalkan hantaran kuasa linear dan bunyi V12 yang menjadi identiti.

Spesifikasi Enjin

  • Enjin NA 6,496cc V12 65° 
  • Output kuasa 830ps @ 9,250rpm (termasuk 5PS Dynamic Overboost menggunakan petrol RON98), dan tork 678Nm @ 7,250rpm
  • Had rev enjin 9,500rpm
  • Nisbah mampatan 13.5:1

Prestasi

  • Kelajuan maksimum Lebih 340kmj
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 2.9 saat
  • Pecutan 0 – 200kmj kurang 7.9 saat
  • Jarak membrek 100 – 0kmj 31.4 meter
  • Jarak membrek 200 – 0kmj 122 meter

Tailor Made Eksklusif intuk 1,499 Pemilik

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Ferrari 12Cilindri Manuale bukan sekadar menerima sistem transmisi baharu, tetapi dibezakan menerusi spesifikasi eksklusif bawah program Tailor Made.

Lencana sisi menerima logo model menggunakan teknologi laser, manakala spliter depan dan sayap belakang dihiasi kemasan pinstripe sebagai tribut kepada Ferrari 365 GTB4.

Model tersebut turut dilengkapi rim tempa lima jejari rekaan khas, Scudetto timbul yang dihasilkan menggunakan teknik menyerupai pembuatan syiling berharga, dan sil pintu aluminium dengan logo model atau pilihan kemasan gentian karbon.

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

Ferrari turut menawarkan pilihan liveri enam jalur yang melambangkan enam gear manual, manakala kerusi versi Comfort dan Racing menerima kemasan kulit atau Alcantara bersama enam jalur vertikal yang mengulangi tema tersebut.

Pelanggan boleh memilih 25 warna ikonik Ferrari, termasuk warna pelancaran Rosso Rubino, selain Argento Nürburgring, Nero Daytona, Rubino Micalizzato, Rosso Dino, Giallo Montecarlo, Verde Zeltweg, Azzurro La Plata, Blu Pozzi, Bianco Mille Miglia dan Viola Hong Kong.

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027

 

Ferrari Ferrari 12Cilindri Ferrari 12Cilindri Manuale Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 Ferrari Gear Manual gear manual Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.