Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata29/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01

MAZDA memperkenalkan kemas kini 2026/2027 untuk model sports 2-kerusi ikonik, Mazda Roadster (soft-top) dan Mazda Roadster RF (retractable fastback), dengan tempahan di Jepun dibuka bermula 26 Jun sebelum penghantaran bermula sekitar awal September depan.

Antara pembaharuan menarik adalah pengenalan varian edisi khas Mazda Roadster PS, selain penambahbaikan talaan casis, sistem kawalan enjin, pematuhan peraturan bunyi luaran yang lebih ketat dan warna badan baharu Zinc Green Metallic.

Sejak diperkenalkan pada 1989, Mazda Roadster sudah melalui empat generasi dan mencatat jualan melebihi 1.26 juta unit di seluruh dunia, menjadikan model itu antara kereta sports roadster 2-kerusi paling berjaya dalam sejarah.

Mazda Roadster PS – Tumpuan Pengalaman Pemanduan

Varian baharu PS dibangunkan menggunakan teknologi dan pengalaman yang diperoleh daripada pembangunan Mazda Spirit Racing Roadster, dengan matlamat menawarkan pengalaman pemanduan lebih tulen, sama ada di jalan bandar atau laluan berselekoh.

Antara ciri eksklusif model tersebut ialah:

  • Bumbung lembut (soft top) fabrik kelabu dengan cermin belakang kaca
  • Rim aloi RAYS 16 inci kemasan hitam
  • Brek Brembo dengan cakera ventilasi dan kaliper 4-piston
  • Absorber Bilstein
  • Kemasan ventilator penyaman udara hitam/perak
  • Tombol penyaman udara dan lingkaran butang penghidup enjin hitam

Prestasi Dipertingkat Hasil Pengalaman Mazda Spirit Racing

Mazda turut menambah baik karakter pemanduan Roadster menerusi beberapa penambahbaikan mekanikal dan elektronik.

Antaranya adalah talaan baharu suspensi bersama absorber Bilstein (untuk varian PS dan RS), kawalan respons pecutan dipertingkat untuk model transmisi manual dan fungsi bantuan tumit dan kaki (heel-and-toe assist) bagi memudahkan padanan rev ketika menurunkan gear.

Selain itu, sistem kawalan enjin (ECS) kini membolehkan enjin terus menghasilkan kuasa maksimum sehingga hampir mencapai had rev (rev limiter), sekali gus memberikan karakter pecutan lebih konsisten.

Patuh Regulasi Bunyi Baharu Tanpa Menjejaskan Keseronokan

Bagi memastikan Roadster kekal relevan, Mazda turut mengemask ini model tersebut supaya mematuhi regulasi bunyi luaran terkini.

Antara perubahan dilakukan adalah:

  • Penggunaan tayar lebih senyap
  • Talaan semula stereng mengikut karakter tayar baharu
  • Peredam ekzos (silencer) lebih besar
  • Talaan bunyi sistem ambilan udara dan ekzos menggunakan resonator dan rib baharu
  • Sistem peningkat bunyi induksi (Induction Sound Enhancer, ISE) kini menjadi ciri standard untuk Roadster bumbung lembut

Bagi Mazda Roadster RF, penggunaan peredam ekzos baharu turut menyebabkan kedalaman ruang but dikurangkan sedikit.

Warna Zinc Green Metallic, Penambahbaikan Lain

Mazda turut memperkenalkan warna badan baharu, Zinc Green Metallic (hijau) yang menampilkan gabungan imej lasak dan sofistikated.

Selain itu, beberapa perubahan lain turut dilakukan seperti:

  • Rekabentuk dan tinggi perehat kepala baharu bagi memenuhi piawaian keselamatan terkini
  • Panel sentuhan (touch panel) untuk Apple CarPlay dan Android Auto

Enjin SkyActiv Pacuan Roda Belakang (RWD)

Enjin

  • Roadster (soft top 1.5L): Skyactiv-G 1.5 (P5-VP/P5-VPR), 4-silinder sebaris DOHC 16-injap dengan suntikan terus (DI)
  • Roadster RF (hard top 2.0L): Skyactiv-G 2.0 (PE-VPR), 4-silinder sebaris DOHC 16-injap dengan suntikan terus (DI)

Output Kuasa, Tork

  • Roadster 1.5L: 136ps @ 7,000rpm, dan tork 152Nm @ 4,500rpm
  • Roadster RF 2.0L: 182ps @ 7,000rpm, dan tork 206Nm @ 4,700rpm

Transmisi, Padanan Varian

  • Manual 6-kelajuan (6MT) sahaja: Varian S, PS (Model Khas), RS dan NR-A (Roadster 1.5L), dan RS (Roadster RF 2.0L).
  • Pilihan 6MT atau automatik 6-kelajuan (6EC-AT): Varian S Special Package, S Leather Package dan S Leather Package V Selection (Roadster 1.5L), dan S dan VS (Roadster RF 2.0L).

Sistem Pacuan: 2WD (pacuan roda belakang/FR).

Penggunaan Bahan Api (WLTC)

Roadster (Soft Top 1.5L) – 6MT

  • Purata: 16.9km per liter
  • Bandar / pedalaman / lebuh raya: 12.3 / 17.4 / 19.7km per liter

Roadster (Soft Top 1.5L) – 6EC-AT

  • Purata: 17.3km per liter
  • Bandar / pedalaman / lebuh raya: 12.9 / 18.0 / 19.7km per liter

Roadster RF (hard top 2.0L) – 6MT (S/VS/RS)

  • Purata: 15.9km per liter
  • Bandar / pedalaman / lebuh raya: 12.0 / 16.4 / 18.1km per liter

Roadster RF (hard top 2.0L) – 6EC-AT (S/VS)

  • Purata: 15.3km per liter
  • Bandar / pedalaman / lebuh raya: 11.0 / 15.5 / 18.1km per liter

Dimensi, Berat

Dimensi (P × L × T)

  • Roadster (soft top): 3,915 × 1,735 × 1,235mm
  • Roadster RF (hard top): 3,915 × 1,735 × 1,245mm

Dimensi Dalaman (P × L × T)

  • Roadster (soft top): 940 × 1,425 × 1,055mm
  • Roadster RF (hard top): 940 × 1,425 × 1,040mm

Jarak Roda: 2,310mm

Kelegaan Tanah

  • Roadster (soft top): 140mm
  • Roadster RF (hard top): 145mm

Berat:

  • Roadster 1.5L: 1,010-1,080kg
  • Roadster RF 2.0L: 1,110-1,150kg

Harga di Jepun

Mazda Roadster

  • 2,959,000 yen (RM74,800) – 4,070,000 yen (RM102,900)

Mazda Roadster RF

  • 3,850,000 yen (RM97,300) – 4,697,000 yen (RM118,700)
Mazda Roadster (MX-6) 2027
Mazda Roadster (MX-6) 2027
Mazda Roadster (MX-6) 2027
Mazda Roadster (MX-6) 2027
Mazda Roadster (MX-6) 2027
Mazda Roadster (MX-6) 2027
Kereta Sport mazda Mazda MX-5 Mazda Roadster Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.