FILEM pelindung cat (paint protection film, PPF) mungkin sudah biasa dalam kalangan pemilik kenderaan, tetapi kini hadir satu lagi alternatif yang menawarkan konsep perlindungan hampir sama menerusi kaedah semburan.
Nippon Paint Automotive Refinish Malaysia memperkenalkan Semburan Pelindung Cat Lutsinar (Invisible Armor Paint Protective Spray-On, AI-PPS) sebagai sistem perlindungan cat jenis semburan dengan teknologi sembuh sendiri (self-healing) pertama di Malaysia.
Alternatif PPF Konvensional

Berbeza PPF biasa yang menggunakan lapisan filem dan perlu dipasang pada permukaan badan kenderaan, AI-PPS diaplikasi menerusi kaedah semburan, hampir sama seperti proses kerja cat automotif.
Sistem itu direka untuk memberikan perlindungan pada permukaan cat kenderaan, termasuk membantu mengurangkan kesan kerosakan akibat penggunaan harian.
Antara perlindungan ditawarkan adalah:
- Calar ringan (minor scratches)
- Kesan kekuningan
- Kesan serpihan batu (stone chips)
- Mengurangkan lekatan kekotoran pada kenderaan
- Mengurangkan kesan sinaran UV
Ada Fungsi ‘Self-Healing’
Salah satu ciri utama AI-PPS ialah teknologi self-healing, yang membantu permukaan pulih daripada kesan calar ringan.
Selain membantu melindungi warna cat daripada cepat pudar, lapisan perlindungan ini juga direka untuk mengekalkan kemasan badan kenderaan supaya terus berkilat, selain memberikan perlindungan terhadap pendedahan sinaran UV.
Lima Komponen Utama AI-PPS

Sistem AI-PPS terdiri daripada beberapa produk yang memainkan fungsi berbeza sepanjang proses aplikasi.
AI Clean and Seal
- Pembersih permukaan berkesan
- Bebas silikon
AI Primecoat
- Salutan anti-lekat
- Meningkatkan kelicinan permukaan
- Mudah tanggal (peelable)
AI Topcoat, Base and Hardener
- Cepat kering
- Tahan sinaran UV
- Boleh tanggal
- Tahan calar
AI Clearcoat and Clear Hardener
- Kemasan reflektif seperti cermin
- Tahap kekerasan baik
- Tahan calar
- Tahan sinaran UV
AI Thinner
- Mesra pengguna dengan sifat aliran baik
- Membantu menghasilkan kemasan berkualiti tinggi
Apa Beza AI-PPS vs PPF?
Perbezaan paling ketara antara PPF konvensional dan AI-PPS adalah kaedah aplikasi dan kos.
PPF menggunakan filem perlindungan yang dipotong dan dipasang pada panel badan kenderaan, manakala AI-PPS menggunakan sistem semburan. Kaedah itu menjadikan proses aplikasi lebih fleksibel, terutama pada bahagian badan yang mempunyai bentuk atau lengkungan kompleks.
Dari segi kos pula, AI-PPS ditawarkan sebagai alternatif yang lebih mampu milik berbanding PPF, selain lebih mudah diaplikasi.
Ketahanan hingga Lima Tahun
Menurut maklumat produk, lapisan perlindungan AI-PPS mampu bertahan sehingga lima tahun, bergantung penggunaan dan penjagaan kenderaan.
Satu lagi kelebihan sistem itu adalah proses tanggal lebih mudah apabila pemilik mahu memperbaharui lapisan perlindungan atau melakukan kerja baik pulih pada badan kenderaan.
Bagi pemilik yang mahukan perlindungan cat dengan fungsi hampir menyerupai PPF, tetapi menerusi kaedah semburan, AI-PPS boleh menjadi satu lagi pilihan untuk dipertimbang.
Maklumat lanjut mengenai produk serta lokasi pemasangan boleh didapati menerusi laman rasmi Nippon Paint Automotive Refinish Malaysia.
@pandulaju Pakai spray, tapi effect macam pakai PPF?? 🤔 Inilah Nippon Paint Armor Invisible Paint Protective Spray-On (AI-PPS), self-healing protective spray pertama di Malaysia! #nipponpaint #aipps #pandulaju ♬ original sound – PanduLaju








