Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor
Auto Terkini

G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam07/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise

JENAMA motosikal, CFMoto Malaysia terus meluaskan rangkaian pengedar menerusi pembukaan rasmi CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise Sdn Bhd di Kuala Selangor.

Pembukaan Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) itu menjadikan cawangan premium keempat jenama tersebut di Selangor dan ke-11 di seluruh negara.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya, bersama wakil pengurusan CFMoto Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Zhejiang CFMoto Power Co Ltd dari China dan G C Ann Motor Enterprise Sdn Bhd.

Bermula Sebagai Bengkel Motosikal pada 1999

CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise

G C Ann Motor Enterprise bukan nama baharu dalam industri motosikal di Kuala Selangor. Diasaskan Gan Chee Ann pada 1999, syarikat itu memulakan operasi sebagai sebuah bengkel membaiki motosikal yang menawarkan perkhidmatan mampu milik kepada penduduk setempat.

Selepas lebih 25 tahun beroperasi, syarikat tersebut berkembang menjadi pengedar motosikal lengkap dengan kemudahan pembiayaan, perkhidmatan penyelenggaraan profesional dan urusan tukar beli motosikal, sekali gus memenuhi keperluan pelanggan di kawasan sekitar.

Kerjasama dengan Mforce Percepat Perkembangan

CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise

Satu lagi fasa penting bermula pada 2023 apabila G C Ann Motor Enterprise menjalinkan kerjasama lebih erat dengan pengedar rasmi CFMoto di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

Hasil kerjasama itu, syarikat kini mengendalikan sebuah CFMoto Flagship Store yang menawarkan pengalaman pembelian dan pemilikan motosikal secara lebih menyeluruh.

Pelanggan bukan saja boleh melihat barisan model terkini, tetapi menikmati kemudahan servis selepas jualan dan bekalan alat ganti di bawah satu bumbung.

Tampil Pengalaman Premium kepada Pelanggan

CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise

Pembukaan pusat perdana baharu itu turut mencerminkan keyakinan CFMoto terhadap perkembangan jenama tersebut di Malaysia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CFMoto semakin mendapat perhatian menerusi penawaran motosikal yang menampilkan teknologi moden, rekabentuk kontemporari dan prestasi kompetitif dalam pelbagai segmen.

Melalui fasiliti baharu itu, pelanggan di Kuala Selangor dan kawasan berhampiran dijangka menikmati pengalaman lebih selesa ketika membeli motosikal, melakukan penyelenggaraan berkala atau mendapatkan khidmat nasihat daripada kakitangan terlatih.

Pelbagai Aktiviti Sempena Majlis Pembukaan

CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise

Majlis pembukaan turut dimeriahkan pelbagai aktiviti seperti persembahan tarian singa, sesi tunggang uji, cabutan bertuah dan pameran beberapa model motosikal CFMoto yang dijangka memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Selain itu, pengunjung yang hadir turut menikmati tawaran istimewa berupa diskaun 18 peratus bagi pembelian barangan rasmi terpilih, selain peluang membawa pulang pelbagai hadiah menerusi cabutan bertuah yang diadakan sepanjang acara berlangsung.

Kukuh Kehadiran CFMoto di Malaysia

CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise

Pembukaan CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise memperlihatkan komitmen berterusan CFMoto Malaysia dalam mempeluas rangkaian pengedar premium di seluruh negara, selain meningkatkan standard perkhidmatan kepada pelanggan.

Dengan sokongan Mforce Bike Holdings, Zhejiang CFMoto Power Co Ltd, rangkaian pengedar dan komuniti pemilik motosikal CFMoto, pusat perdana baharu di Kuala Selangor itu dijangka menjadi antara hab utama jenama berkenaan di kawasan Pantai Barat Semenanjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati CFMOTO Flagship Store CFMoto Malaysia terus meluaskan rangkaian pengedar menerusi pembukaan rasmi CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise Sdn Bhd di Kuala Selangor. G.C. Ann Motor Enterprise Sdn. Bhd JENAMA motosikal kuala selangor Mforce Pusat 3S CFMoto roda2
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.