Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

SyafieBy Syafie01/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Harga diesel Semenanjung Malaysia

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pembatalan sepenuhnya arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat yang dikeluarkan pada 27 Mac 2026, berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Keputusan itu dibuat susulan pelaksanaan Program BUDI Diesel, yang menyaksikan harga diesel bersubsidi diseragamkan kepada RM2.10 seliter, selain penggunaan mekanisme baharu pembelian diesel bersubsidi menggunakan MyKad di stesen minyak di seluruh negara.

Selaras Dengan Pelaksanaan BUDI Diesel

Dalam satu kenyataan, KPDN memaklumkan semua pemegang lesen barang kawalan berjadual runcit yang menjual petrol atau diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diminta mengambil maklum bahawa arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat tidak lagi berkuat kuasa mulai hari ini.

Menurut kementerian itu, mekanisme baharu yang diperkenalkan kerajaan diyakini mampu memastikan pengagihan diesel bersubsidi dilaksanakan dengan lebih bersasar, cekap dan berkesan kepada golongan yang benar-benar layak.

Pengguna Layak Kini Lebih Mudah Dapat Diesel Bersubsidi

KPDN turut menjelaskan pelaksanaan pembelian menggunakan MyKad dijangka memudahkan urusan pengguna yang layak, di samping mengukuhkan sistem pemantauan bagi mengelakkan ketirisan subsidi.

Sehubungan itu, semua pihak termasuk pengusaha stesen minyak diminta mematuhi sepenuhnya arahan serta mekanisme baharu yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Sebelum Ini Had Pembelian Sehingga 150 Liter

Untuk rekod, bermula 1 April 2026, semua stesen minyak di Malaysia Timur diwajibkan melaksanakan kawalan penjualan diesel kepada kenderaan pengangkutan darat mengikut kategori kenderaan.

Ketika itu, had transaksi ditetapkan pada 50 liter, 100 liter dan 150 liter, bergantung kepada jenis kenderaan.

Langkah berkenaan diperkenalkan bagi mengelakkan penyalahgunaan diesel bersubsidi, termasuk kegiatan penyeludupan serta penggunaan oleh sektor industri yang tidak layak menerima subsidi.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Budi Madani Diesel (BUDI Diesel) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan Sabah Sarawak
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.