Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon
Auto Terkini

Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

SyafieBy Syafie01/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan

RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas kini mempunyai pilihan untuk memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku sama ada lima tahun atau 10 tahun, bermula 1 Julai 2026.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif itu diperkenalkan bagi memberi lebih fleksibiliti kepada rakyat, khususnya mereka yang kerap ke luar negara atas urusan pekerjaan, perniagaan, pengajian mahupun bersama keluarga.

Pasport 10 Tahun Hanya RM350

Menurut beliau, kadar bayaran bagi pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun ditetapkan pada RM350, sekali gus menawarkan penjimatan RM50 berbanding memperbaharui pasport lima tahun sebanyak dua kali dalam tempoh yang sama.

Beliau berharap inisiatif itu bukan sahaja memudahkan urusan rakyat, malah terus mengukuhkan kedudukan pasport Malaysia sebagai antara dokumen perjalanan yang diyakini dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Dilengkapi 94 Ciri Keselamatan Baharu

Selain menawarkan tempoh sah laku lebih panjang, PMA baharu turut dipertingkatkan dengan 94 ciri keselamatan, berbanding hanya 49 ciri pada versi terdahulu.

Antara teknologi keselamatan yang digunakan termasuk hologram, cetakan ultraungu (UV), latent image dan pelbagai elemen perlindungan lain bagi mengurangkan risiko pemalsuan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan dokumen perjalanan negara.

Dilaksanakan Secara Berperingkat

Saifuddin berkata, pasport baharu itu akan diperkenalkan secara berperingkat di 71 pejabat pasport di seluruh negara bermula Julai ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport sedia ada kerana ia masih sah digunakan sehingga hampir tamat tempoh sah lakunya.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

    01/07/2026
    Lesen memandu vokasional GDL, PSV
    Auto Terkini

    Selamatkan Nyawa Di Jalan Raya, ‘Pilot Darat’ Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

    01/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.