Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini
Auto Terkini

Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

SyafieBy Syafie01/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nozel RON95 dan RON97

KERAJAAN mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi sebanyak 10 sen seliter bagi tempoh 1 Julai hingga 8 Julai 2026, selaras dengan pelaksanaan mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM) serta penyusutan purata harga petroleum di pasaran antarabangsa.

Bermula hari ini, harga RON97 ditetapkan pada RM4.00 seliter, turun daripada RM4.10 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi pula turun kepada RM3.37 seliter berbanding RM3.47 sebelum ini. Bagi diesel tanpa subsidi, harga baharu ialah RM3.97 seliter, berkurangan daripada RM4.07 seliter minggu lalu.

Harga Bahan Api Bersubsidi Kekal

Kementerian Kewangan turut memaklumkan bahawa harga bahan api bersubsidi tidak berubah. RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter, manakala Diesel (BUDI Diesel) ditetapkan pada RM2.10 seliter.

Bagi pengguna di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), harga dikekalkan pada RM2.05 seliter, sementara Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula kekal pada RM2.15 seliter.

BUDI Diesel Bermula 1 Julai

Pengumuman harga minggu ini dibuat bagi menyelaraskan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang bermula 1 Julai 2026. Melalui inisiatif tersebut, rakyat Malaysia yang layak boleh membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menggunakan pengesahan MyKad di stesen minyak di seluruh negara.

Harga Minyak Dunia Menurun, Namun Pasaran Belum Stabil

Menurut Kementerian Kewangan, penurunan harga minggu ini didorong oleh penyusutan purata harga petroleum antarabangsa susulan pemulihan bekalan global serta jangkaan pengurangan risiko gangguan bekalan minyak mentah.

Bagaimanapun, kerajaan mengingatkan bahawa pasaran petroleum global masih belum pulih sepenuhnya. Risiko terhadap harga minyak mentah, kos penghantaran serta kestabilan rantaian bekalan masih wujud selagi konflik geopolitik belum mencapai penyelesaian.

Kerajaan Gesa Penggunaan Bahan Api Secara Berhemah

Walaupun bekalan bahan api negara ketika ini mencukupi, kerajaan menyeru orang ramai supaya terus menggunakan bahan api secara berhemah. Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memastikan bekalan negara terus terjamin selain mengurangkan beban perbelanjaan subsidi kerajaan.

Auto Terkini harga diesel harga ron95 harga ron97 Harga Runcit Produk Petroleum Kementerian Kewangan (MOF)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.