Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

Han OthmanBy Han Othman08/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Malaysia bakal jadi hab EV Asean

CITA-cita Malaysia menjadi pusat pembuatan kenderaan elektrik (EV) serantau nampaknya bukan lagi sekadar atas kertas.

Buktinya, Jun lalu menyaksikan detik bersejarah apabila unit pertama XPENG G6 pemasangan tempatan (CKD) berjaya disiapkan di kilang EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Hicom Pegoh, Melaka.

Kilang EPMB di Hicom Pegoh, Melaka

Pencapaian itu berlaku kurang enam bulan selepas XPENG dan EPMB menandatangani perjanjian kerjasama, yang membuktikan kepantasan pelaksanaan ekosistem EV di Malaysia.

Perjanjian tersebut bukan saja merangkumi kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik G6 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) premium X9, termasuk varian PowerX REEV, tetapi memberikan hak pertama kepada EPMB untuk memasang tiga model XPENG akan datang.

Logo XPENG

Ini isyarat paling jelas XPENG melihat Malaysia bukan lagi sebagai destinasi eksport semata-mata, tetapi pangkalan pembuatan strategik jangka panjang, sebaris kilang di China, Indonesia, dan Austria (melalui Magna Steyr).

Perubahan Strategi Gergasi China

Peta Asean

Selama bertahun lama, Asia Tenggara hanya dianggap pasaran menerima kereta yang dibina di China, tetapi hari ini, strategi itu berubah sepenuhnya.

Pengeluar kini memilih membuat kereta di sini kerana beberapa faktor utama seperti:

  • Mengurangkan kos logistik dan penghantaran
  • Memendekkan masa menunggu pelanggan
  • Meningkatkan ketahanan rantaian bekalan
  • Mematuhi peraturan Kerajaan tempatan dengan lebih pantas

Malaysia menawarkan pakej lengkap yang sukar ditandingi: pengalaman puluhan tahun dalam pembuatan automotif, rantaian pembekal yang matang, infrastruktur perindustrian moden, dan kepakaran luas dalam menghasilkan kenderaan pemanduan kanan (RHD) untuk pasaran domestik dan eksport.

XPENG Bukan Sendirian

XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia

XPENG hanyalah bukti terbaharu dalam gelombang pelaburan besar-besaran. Malaysia kini menjadi pilihan utama hampir semua jenama EV China seperti:

  • Leapmotor memilih Malaysia sebagai hab pengeluaran Asean melalui kilang Stellantis di Gurun, Kedah
  • MG memulakan pemasangan tempatan model S5 EV melalui EPMB di Melaka
  • Great Wall Motor (GWM) turut memasang kenderaan elektrifikasi bersama EPMB
  • BYD, jenama EV nombor satu dunia juga mengumumkan perancangan menubuhkan operasi pembuatan di Malaysia

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

Gabungan pelaburan itu bukan lagi operasi pemasangan terpencil, tetapi sedang membentuk satu ekosistem perindustrian EV lengkap.

Usaha berkenaan turut disokong pengeluar tempatan seperti Proton yang meneruskan momentum selepas kejayaan e.MAS 7 dan sedang meluaskan barisan model elektrik jenaam itu dengan teknologi daripada Geely, membuktikan aspirasi EV Malaysia bukan hanya bergantung kepada pelaburan asing.

Infrastruktur Turut Berkembang Seiring

Stesen pengecas EV di Malaysia.

Pembangunan kilang tidak bermakna tanpa infrastruktur sokongan. Hanya beberapa minggu selepas XPENG G6 CKD pertama keluar, Kuala Lumpur menyaksikan pembukaan hab pengecasan AC terbesar di Malaysia di Merdeka 118 dengan 32 ruang pengecasan.

Ini menunjukkan Malaysia sedang melabur dalam dua arah serentak, iaitu membina EV dan membina kemudahan untuk menggunakannya.

Logo ChargEV
Logo Gentari
Logo Jom Charge

Rangkaian pengecasan lebuh raya daripada chargEV, Gentari, dan JomCharge juga terus berkembang pesat di seluruh negara.

Masa pelaburan juga sangat signifikan. Fasa awal dasar Kerajaan yang memberi insentif cukai untuk EV import (CBU) berjaya merangsang permintaan.

Kini, dasar Kerajaan mula beralih ke fasa kedua, iaitu menekankan penciptaan nilai tempatan melalui pemasangan CKD, pembuatan komponen, dan pemindahan teknologi. Itulah yang sedang dilakukan semua pengeluar tersebut.

Lebih penting, negara kita tidak hanya memasang EV peringkat permulaan. XPENG G6 yang dipasang di Melaka itu dibina berasaskan platform 800V SEPA 2.0 termaju, dan turut menyokong pengecasan pantas (DC) ultra-laju serta dilengkapi sistem bantuan pemandu pintar XPENG. Ini ialah teknologi mobiliti elektrik terkini.

Malaysia Laksana Pendekatan Menyeluruh

Perodua QV-E 2026

Apa membezakan Malaysia dan negara lain adalah pendekatan menyeluruh. Banyak negara hanya menumpukan satu aspek, sama ada insentif, atau infrastruktur, atau pembuatan.

Sebaliknya, Malaysia sedang melaksanakan ketiga-tiga aspek itu serentak. Pemasangan kenderaan semakin rancak, infrastruktur pengecasan semakin meluas, pembekal tempatan semakin terlibat, dan dasar Kerajaan terus konsisten menggalakkan pelaburan.

Dengan XPENG sebagai bukti terbaharu, ini mengesahkan satu perkara, Malaysia bukan lagi sekadar pasaran, tetapi sedang muncul sebagai hab pembuatan EV seterusnya di Asia Tenggara.

Auto Terkini autotainment EV Hab EV Asean Hab EV Asia Tenggara Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 sembang deras XPENG G6 CKD
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.