Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

Abang HirataBy Abang Hirata16/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LAMBORGHINI memperkenalkan versi paling eksklusif Temerario Ad Personam setakat ini menerusi dua model khas Temerario yang tampil di Goodwood Festival of Speed 2026.

Model istimewa itu dibangunkan menerusi program tempahan khas Ad Personam, yang menggabungkan prestasi kereta super dengan ketelitian kraf tangan Itali serta inspirasi dunia alta moda (fesyen mewah).

Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt

Tidak sekadar menukar warna atau kemasan, kedua-dua Temerario ini dihasilkan sebagai karya unik hasil kerjasama Ad Personam dan Centro Stile Lamborghini, dengan setiap perincian dibangunkan sebagai satu visi reka bentuk yang menyatukan kejuruteraan, inovasi dan seni pembuatan tangan.

Dua Interpretasi Eksklusif

Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra

Rekaan luaran diinspirasikan daripada lakaran awal pereka automotif, dengan garisan halus pada badan kereta yang menyerupai garisan pembinaan (construction lines) yang digunakan ketika menentukan bentuk dan perkadaran sesebuah model.

Lamborghini menghasilkan dua interpretasi berbeza yang menampilkan karakter tersendiri:

  • Grigio Crater Matt dipadankan dengan liveri Grigio Artis, menonjolkan bentuk badan Temerario menerusi penampilan yang lebih anggun dan sofistikated.
  • Celeste Fedra bersama aksen Bianco Phanes serta pakej Alleggerita kemasan kusam, memberikan penampilan lebih tenang dan ekspresif yang diinspirasikan daripada ilustrasi teknikal serta fesyen kontemporari.

Menurut Lamborghini, program Ad Personam membolehkan pelanggan menghasilkan sebuah Lamborghini yang benar-benar unik menerusi pilihan hampir tanpa had membabitkan warna luaran, kemasan, material kabin, sulaman, jahitan serta pelbagai perincian khas.

Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt

Kabin Inspirasi Dunia Fesyen Itali

Keistimewaan utama Temerario Ad Personam terletak pada bahagian dalaman yang diinspirasikan daripada seni jahitan sut tempahan Itali.

Buat pertama kali dalam sejarah Lamborghini, sebuah model produksi menggunakan sisipan fabrik eksklusif Gessato, yang diperbuat daripada bulu dara (virgin wool) dengan corak jalur halus (pinstripe).

Ia dipadankan dengan kulit premium, gentian karbon terdedah, sulaman buatan tangan serta jahitan khas.

Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt
Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt

Sisipan Gessato itu digunakan pada panel pintu, dinding belakang dan pelapik bumbung, sekali gus membawa sentuhan fesyen Itali ke dalam kokpit tanpa menjejaskan karakter prestasi Temerario.

Dibangunkan menggunakan bulu dara berwarna hitam, Gessato menampilkan corak jalur perak (pinstripe) yang sengaja direka tidak berterusan, sekali gus menghasilkan ilusi pergerakan dan dinamisme yang selari dengan permukaan badan yang tajam serta karakter prestasi Temerario.

Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra

Hasil anyaman benang yang berbeza turut menghasilkan kesan visual tiga dimensi apabila terkena cahaya, selain menawarkan tekstur semula jadi, pengudaraan yang baik dan sentuhan lebih selesa. Ia turut mewujudkan kontras menarik dengan paparan digital, rekaan seni bina kabin moden dan kemasan gentian karbon.

Bagi versi yang dilengkapi pakej Alleggerita, sisipan Gessato digantikan dengan bahan Corsa Tex by Dinamica yang lebih ringan.

Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra

Bahan itu masih mengekalkan kesan visual corak pinstripe, namun menggunakan fabrik teknikal yang dibangunkan bagi mengurangkan berat, memberikan sokongan badan yang lebih baik serta memaksimumkan prestasi ketika pemanduan agresif.

V8 4.0L Turbo Berkembar Dengan Tiga Motor Elektrik

Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt

Temerario dikuasakan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar yang dibangunkan sepenuhnya di Sant’Agata Bolognese.

Enjin tersebut menghasilkan 800 PS pada 9,000 hingga 9,750 rpm dan mampu berputar sehingga 10,000 rpm, menjadikannya enjin V8 produksi pertama Lamborghini yang mencapai putaran lima digit.

Ia dipadankan dengan tiga motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan sistem sebanyak 920 PS.

Prestasi Temerario adalah seperti berikut:

  • Enjin V8 4.0 liter twin turbo
  • Kuasa enjin 800 PS
  • Putaran maksimum 10,000 rpm
  • Tiga motor elektrik
  • Kuasa keseluruhan sistem 920 PS
  • Pecutan 0-100 km/j dalam 2.7 saat
  • Pecutan 0-200 km/j dalam 7.1 saat
  • Kelajuan maksimum 343 km/j
Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra

Sistem hibrid turut menawarkan penghantaran tork elektrik secara serta-merta, memberikan pecutan yang berterusan serta dipadankan dengan bunyi enjin baharu yang dibangunkan bagi mengekalkan pengalaman pemanduan tipikal Lamborghini.

Casis Baharu Lebih Kukuh

Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra

Temerario dibina menggunakan casis spaceframe aluminium serba baharu yang menawarkan ketegaran kilasan lebih 20 peratus berbanding model terdahulu.

Ia turut dipadankan dengan struktur ringan, aerodinamik yang dipertingkat dan talaan casis berinspirasikan perlumbaan bagi memberikan pengendalian lebih tepat sama ada di jalan raya mahupun litar.

Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra

Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra
Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra
Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra
Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra
Lamborghini Temerario Ad Personam Celeste Fedra

Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt

Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt
Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt
Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt
Lamborghini Temerario Ad Personam Grigio Crater Matt
Lamborghini Lamborghini Ad Personam Lamborghini Temerario Lamborghini Temerario Ad Personam
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Auto Terkini

    PETRONAS Sprinta Ladies Dilancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.