Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Konsep kapal boleh terapung atas air

MELIHAT kapal kontena atau kapal persiaran dengan berat mencecah puluhan ribu tan terapung atas laut sememangnya menimbulkan persoalan. Logiknya, besi lebih tumpat daripada air, tetapi kenapa kapal tidak terus tenggelam?

Jawapannya terletak pada satu prinsip fizik yang dikenali sebagai Prinsip Archimedes, iaitu daya apungan (buoyant force).

Konsep daya apungan ditemui ahli matematik Yunani, Archimedes
Archimedes menemui konsep daya apungan pada 1547
Archimedes menemui konsep daya apungan pada 1547 ketika sedang mandi
Prinsip inilah membolehkan kapal bersaiz gergasi, seperti kapal tangki minyak atau kapal perang kekal terapung atas air walaupun dibuat hampir sepenuhnya daripada keluli.

Prinsip Archimedes: Rahsia Sebalik Daya Apungan

Prinsip Archimedes menyatakan, sesuatu objek di dalam cecair akan menerima daya apungan ke atas yang bersamaan berat cecair yang dipindahkan objek tersebut.

Apabila sebuah kapal berada atas air, badannya menolak sejumlah besar air ke tepi. Air yang dipindahkan itu menghasilkan daya ke atas yang menampung berat kapal. Jika daya apungan sama atau lebih besar daripada berat kapal, kapal akan terus terapung.

Fahamkan?

Kenapa Besi Tenggelam, Tapi Kapal Besi Tidak?

Konsep kapal boleh terapung atas air

Jika anda menjatuhkan seketul besi ke dalam air, objek itu akan tenggelam kerana isipadu kecil, tetapi berat pula tinggi. Ini menyebabkan ketumpatan besi lebih besar daripada ketumpatan air.

Namun sebuah kapal bukan sekadar bongkah besi, kerana rekabentuk badan berongga dan dipenuhi ruang udara.

Walaupun dibuat daripada keluli, isipadu keseluruhan kapal menjadi sangat besar berbanding berat. Akibatnya, ketumpatan purata keseluruhan kapal menjadi lebih rendah daripada ketumpatan air.

Bentuk Badan Kapal Sangat Penting

Sebuah kapal kargo berlayar di laut

Rekabentuk badan kapal (hull) memainkan peranan utama dalam memastikan daya apungan mencukupi. Bahagian bawah kapal direka supaya mampu menolak sejumlah besar air tanpa menambah berat berlebihan.

Semakin besar isipadu air dipindahkan, semakin besar daya apungan terhasil. Sebab itulah kapal kargo yang membawa ribuan kontena masih boleh terapung, selagi muatan tidak melebihi had direka jurutera.

Kenapa Kapal Tidak Boleh Bawa Muatan Tanpa Had?

Bagaimanakah kapal cruise boleh terapung?

Setiap kapal ada had muatan maksimum, dikenali garis Plimsoll atau Load Line. Tanda itu dicat pada sisi kapal bagi menunjukkan paras maksimum kapal boleh tenggelam ke dalam air dengan selamat.

Jika muatan terlalu berat, kapal akan tenggelam lebih dalam sehingga isipadu air yang dipindahkan tidak lagi mampu menghasilkan daya apungan mencukupi.

Situasi itu boleh meningkatkan risiko kapal dimasuki air, hilang kestabilan atau dalam situasi ekstrem – tenggelam.

Air Laut Lebih Mudah Apungkan Kapal

Air laut lebih tumpat berbanding air tawar

Anda mungkin perasan, kapal lebih mudah terapung di laut berbanding tasik atau sungai. Ini kerana air laut mengandungi garam yang lebih tumpat daripada air tawar.

Semakin tinggi ketumpatan air, semakin besar daya apungan dihasilkan. Atas sebab itu, kapal akan terapung sedikit lebih tinggi di laut berbanding di sungai atau tasik.

Kapal Besi Boleh Terapung,  Tapi Besi Tidak

Walaupun dibuat daripada keluli dengan berat mencecah puluhan atau ratusan ribu tan, kapal mampu terapung kerana gabungan rekabentuk badan berongga, isipadu besar dan Prinsip Archimedes.

Apa yang menentukan sama ada sesuatu objek terapung atau tenggelam bukan semata-mata jenis bahan digunakan, tetapi ketumpatan purata keseluruhan berbanding ketumpatan air.

Sebab itulah kapal gergasi boleh belayar merentasi lautan selama berbulan-bulan, sedangkan seketul besi kecil akan terus tenggelam sebaik saja dijatuhkan ke dalam air.

Bentuk Badan Kapal besi buoyant force Daya Apungan Kapal Kapal Besi kapal kontena Prinsip Archimedes
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah-Ubah?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.