Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

Abang HirataBy Abang Hirata15/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

URBAN Automotive meraikan ulang tahun ke-10 penyertaannya di Goodwood Festival of Speed dengan memperkenalkan dua projek terbesar berasaskan Land Rover Defender, iaitu Urban Widetrack Avontur Prototype dan program talaan khas Defender OCTA.

Kedua-dua projek berkenaan turut menggambarkan perancangan Urban Automotive untuk menghasilkan rekaan yang lebih berani, meningkatkan pelaburan dalam pembangunan produk dan keupayaan kejuruteraan dalaman, selain menawarkan kenderaan yang lebih eksklusif kepada pelanggan.

Urban Widetrack Avontur – Defender berubah menjadi Kenderaan Utiliti mewah

Urban Widetrack Avontur Prototype membuat kemunculan sulung dunia di Goodwood Festival of Speed 2026.

Dibangunkan berasaskan Land Rover Defender 110 Hard Top, Avontur mengubah SUV utiliti itu menjadi kenderaan utiliti gaya hidup mewah yang menggabungkan kemewahan, praktikaliti dan keupayaan komersial dalam satu pakej.

Model ini turut menjadi antara program pembangunan kenderaan terbesar pernah dihasilkan Urban Automotive, selain projek utama pertama syarikat selepas menyertai AM Group.

Avontur direka untuk digunakan dalam pelbagai situasi sama ada di kawasan estet, marina persendirian, pusat bandar mahupun di kawasan luar bandar tanpa mengorbankan prestasi atau kemewahan.

Lebih 36 Komponen Khas Dibangunkan

Bagi menghasilkan Avontur, Urban membangunkan struktur kejuruteraan baharu lengkap dengan rangka badan serta sistem perlindungan terbalik (rollover ) yang direka khusus bagi memastikan ketegaran struktur, tahap penghalusan dan karakter pemanduan asal Defender terus dikekalkan.

Menggunakan platform Widetrack, Avontur dilengkapi lebih 36 komponen khas, termasuk:

  • Bonet gentian karbon baharu.
  • Kemasan sisi gentian karbon.
  • Rekaan belakang badan serba baharu.
  • Ruang kargo terbuka menggunakan gentian karbon sepenuhnya.
  • Sistem rel utiliti modular terbina dalam.
  • Logo UA Icon pada lantai ruang kargo.
  • Pintu belakang asal yang masih berfungsi.
  • Pemegang botol terbina dalam pada pintu belakang.
  • Struktur kejuruteraan dan rangka rollover khas.

Pelanggan boleh memilih kemasan Forged Carbon, Urban 2×2 Carbon Fibre atau Urban 4×4 Carbon Fibre, masing-masing dengan pilihan kemasan berkilat atau kusam.

Defender OCTA Tampil Dengan Pakej Talaan Lengkap

Turut membuat penampilan rasmi ialah program talaan baharu untuk Land Rover Defender OCTA, yang dibangunkan khas untuk model prestasi tertinggi Defender itu.

Program ini mencerminkan komitmen Urban Automotive terhadap reka bentuk asli, kejuruteraan dan pembuatan komponen sendiri, selain memperkenalkan evolusi terkini bahasa reka bentuk syarikat.

Antara komponen yang ditawarkan ialah:

  • Bonet gentian karbon dengan saluran udara.
  • Canard hadapan gentian karbon.
  • Perumah lampu DRL dan gril gentian karbon.
  • Kemasan gril tengah gentian karbon.
  • Liang sisi gentian karbon.
  • Sambungan arka roda hadapan dan belakang.
  • Spoiler belakang baharu.
  • Kemasan ekzos gentian karbon.
  • Penutup tayar simpanan khas dengan sisipan gentian karbon.

Selain itu, beberapa komponen dihasilkan menggunakan teknologi cetakan 3D PA12 bagi meningkatkan ketepatan pemasangan.

Defender OCTA ini turut dipadankan dengan rim tempa Urban-Vossen 23 inci yang dihasilkan secara buatan tangan di Miami khusus untuk model tersebut.

Seperti Avontur, pelanggan boleh memilih kemasan Forged Carbon, Urban 2×2 Carbon Fibre atau Urban 4×4 Carbon Fibre, bersama pilihan lapisan berkilat atau matte.

Keseluruhan pakej talaan ini kini boleh ditempah melalui Urban Automotive dan rangkaian pengedar global.

Barisan Model Mewah Lain 

Selain dua projek Defender berkenaan, Urban Automotive turut mempamerkan beberapa model lain yang menggunakan pakej Widetrack seperti Rolls-Royce Cullinan Series II, Lamborghini Urus SE, Mercedes-Benz G-Class dan Range Rover Autobiography hasil kerjasama Urban x Visionnaire.

Urban Widetrack Avontur

Land Rover Defender OCTA

Defender OCTA Urban Urban Automotive Urban Widetrack Avontur
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.