DENZA memperkenalkan Denza Z 2027, supercar elektrik (EV) pertama jenama premium milik BYD itu di Goodwood Festival of Speed 2026.
Dibangunkan berasaskan e3 Sports Car Platform, model EV itu terlebih dahulu ditayangkan di China, April lalu.
Ada empat varian Denza Z 2027 ditawarkan, iaitu Coupe, Spider, Racing dan Special Edition, dengan varian terakhir dibangunkan khas untuk percubaan rekod di Litar Nürburgring Nordschleife, Jerman.
Prestasi Mantap
Denza Z 2027 dipacu konfigurasi tiga motor elektrik, terdiri satu motor di depan dan dua motor independan di belakang, serta dipadankan sistem pacuan semua roda (AWD).
- Output kuasa 1,180kW (1,604ps) dan tork 1,240Nm, dengan motor depan menghasilkan 500kW (680ps), manakala setiap motor belakang menyumbang 340kW (462ps)
- Pecutan 0 – 100kmj sepantas 2.25 saat (Coupe), 2.3 saat (Spider) dan 1.96 saat (Racing dengan tayar semi slik), manakala Special Edition mampu memecut kurang 1.7 saat
- Kelajuan maksimum mencecah 300kmj, atau 350kmj untuk Racing dengan pakej tayar pilihan, manakala Special Edition menghasilkan kuasa lebih 2,000ps
Platform Baharu dengan Teknologi Canggih
Denza Z 2027 dibangunkan menggunakan e3 Sports Car Platform yang menggabungkan sistem kawalan tork tiga motor, teknologi sel kepada badan Cell-to-Body (CTB), suspensi pintar DiSus-M dan Pengecasa FLASH.
- Unit pacuan elektrik 15-dalam-1 menggabungkan pelbagai komponen elektronik dalam satu sistem kompak bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan ruang dan membolehkan motor berputar sehingga 30,000rpm
- Sistem Kawalan Gerak Kenderaan (VMC) melaraskan operasi brek, stereng, suspensi dan agihan kuasa dengan masa respons 10 milisaat (ms)
- Turut disediakan fungsi Kawalan Letupan Tayar (TBC) untuk membantu mengekalkan kestabilan jika tayar pecah, selain ciri Belokan Kompas (Compass Turn) yang membolehkan kenderaan berpusing menggunakan gandar depan sebagai paksi
Bateri Bilah Generasi Kedua, Pengecasan FLASH
- Semua varian menggunakan Bateri Bilah (Blade Battery) 76kWj Generasi Kedua berasaskan Litium-Besi-Fosfat (LFP) yang dipasang menggunakan teknologi Cell-to-Body (CTB)
- Teknologi CTB menjimatkan ruang sehingga 20 peratus berbanding rekabentuk konvensional, selain meningkatkan rigiditi torsi badan melebihi 40,000Nm setiap darjah
- Jarak pemanduan mengikut piawaian WLTP ialah 410km (Coupe), 400km (Spider) dan 380km (Racing)
- Sistem FLASH Charging menyokong kuasa pengecasan sehingga 1,500kW, membolehkan cas 10 – 70 peratus dalam 5 minit dan 10 – 97 peratus dalam 9 minit, malah 20 – 97 peratus dalam 12 minit pada suhu -30°C
Menurut Denza, teknologi itu menawarkan pengalaman mengecas hampir menyamai tempoh mengisi minyak kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Selain menyokong pengecasan ultra pantas, Blade Battery Generasi Kedua turut melepasi ujian penembusan paku ketika pengecasan tanpa berlaku larian termal (thermal runaway), asap atau kebakaran, selain mengurangkan degradasi kapasiti bateri 2.5 peratus berbanding generasi terdahulu.
Aerodinamik, Casis untuk Litar
Rekabentuk Denza Z 2027 bukan sekadar menitik berat penampilan, tetapi setiap elemen dibangunkan bagi meningkatkan prestasi aerodinamik dan penyejukan.
- Varian Racing menerima spliter gentian karbon, generator pusaran udara bawah badan, ventilator udara tambahan dan sayap belakang boleh laras yang menghasilkan sehingga 1,060kg daya tekan pada 350kmj
- Special Edition menggunakan panel badan gentian karbon sepenuhnya bersama sistem aerodinamik aktif yang menghasilkan lebih 2,000kg daya mendap (downforce) pada 300kmj
- Suspensi depan jenis double wishbone dan Multilink (belakang) yang dipadankan sistem DiSus-M, manakala Coupe dan Spider menggunakan suspensi udara, sementara Racing menerima spring koil
Kabin Premium, 4-Kerusi
Walaupun dibangunkan sebagai supercar, Denza Z 2027 masih menawarkan konfigurasi 4-kerusi, yang menjadikan model EV itu lebih praktikal berbanding kebanyakan pesaing.
- Kabin dilengkapi kluster instrumen digital 8.88 inci, unit infotainmen 12.8 inci dengan Google Built-in, sistem audio Devialet berserta Dolby Atmos, pengecas telefon wayarles, fungsi kenderaan kepada beban Vehicle-to-Load (V2L) dan pintu tutup lembut (soft close)
- Kerusi depan boleh laras elektrik 8-tetapan, sokongan lumbar, pemanas, ventilasi dan fungsi urutan, manakala Coupe dan Spider turut menerima sokongan sisi aktif ketika mengambil selekoh
- Ruang simpanan 250 liter untuk Coupe dan Racing boleh dipeluas kepada 550 liter apabila tempat duduk belakang dilipat, manakala Spider menawarkan kapasiti 131 – 176 liter
Mod Track, Keselamatan Lengkap
Denza Z 2027 turut dilengkapi pelbagai teknologi bagi meningkatkan pengalaman pemanduan di litar dan keselamatan harian.
- Mod Track menyediakan analisis masa pusingan, data daya-G, Kawalan Luncur, mod Drift dan pelbagai tetapan casis yang boleh disesuaikan mengikut gaya pemanduan
- Mod Boost pula meningkatkan tork 30 peratus selama 20 saat untuk memberikan pecutan lebih agresif
- Ciri keselamatan membabitkan Pemantau Keletihan Pemandu (DAW), Amaran Trafik Lintas Depan (FCTA) dan Belakang (RCTA) dengan Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Jelajah Pintar (ACC), Pemantau Titik Buta (BSM) dan beg udara depan, sisi dan tirai.
Tempahan varian Coupe, Spider dan Racing akan dibuka di pasaran terpilih bermula musim panas tahun ini, dengan penghantaran pertama dijangka sebelum penghujung 2026.
Varian Special Edition akan meneruskan program pembangunan sebelum membuat percubaan rekod di Litar Nürburgring Nordschleife.
Spesifikasi Ringkas Denza Z 2027
Kuasa, Prestasi
- Platform e3 Sports Car Platform dengan pacuan semua roda (AWD)
- Tiga motor elektrik menghasilkan 1,604ps (1,180kW) dan tork 1,240Nm
- Motor depan 680ps (500kW), dan tork 440 lNm
- Dua motor belakang 462ps (340kW), dan tork 410Nm setiap satu
- Pecutan 0 – 100kmj Coupe 2.25 saat, Spider 2.3 saat, Racing 1.96 saat (dengan tayar semi slik
- Pecutan 0 – 200kmj Coupe 6.36 saat, Spider 6.46 saat, Racing 6.0 saat
- Kelajuan maksimum 300kmj, atau 350kmj (Racing dengan pakej tayar pilihan)
Bateri, Pengecasan
- Blade Battery Generasi Kedua (LFP) 76kWj
- Teknologi Sel-Kepada-Badan (CTB)
- Pengecasan AC 11kW
- Pengecasan FLASH (DC) sehingga 1,500kW
- 10 – 70 peratus dalam 5 minit
- 10 – 97 peratus dalam 9 minit
- 20 – 97 peratus dalam 12 minit pada suhu -30°C
Jarak Pemanduan (WLTP)
- Coupe 410km
- Spider 400km
- Racing 380km
Dimensi
- Coupe: Panjang 4,780mm, lebar 1,975mm, dan tinggi 1,330mm
- Spider: Panjang 4,780mm, lebar 1,975mm, dan tinggi 1,350mm
- Racing: Panjang 4,870mm, lebar 1,990mm, dan tinggi 1,350mm
- Jarak roda 2,780mm
Suspensi, Brek
- Suspensi double-wishbone (depan), dan Multi-Link (belakang)
- Suspensi udara (Coupe, Spider)
- Spring koil (coil spring) (Racing)
- Brek karbon seramik dengan kaliper 6-piston (hadapan) dan kaliper 4-piston (belakang)
Ruang Simpanan
- Coupe/Racing: 250 liter (sehingga 550 liter apabila tempat duduk belakang dilipat)
- Spider: 131 – 176 liter
Ciri Utama
- Kluster instrumen digital 8.88 inci
- Unit infotainmen 12.8 inci skrin sentuh dengan Google Built-in
- Sistem audio Devialet dengan Dolby Atmos
- Kerusi depan elektrik dengan fungsi pemanas, ventilasi dan urutan
- Fungsi kendeaan kepada beban Vehicle-to-Load (V2L), pengecas telefon pintar wayarles dan pintu tutup lembut (soft close)
- Mod Track, Mod Boost, Kawalan Gerakan Kenderaan (VMC), Kawalan Letupan Tayar (Tyre Burst Control) dan Belokan Kompas (Compass Turn)




















































