Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Denza Z Tampil Di China, Lebih 1,000 ps, 0-100 km/j Tak Sampai 2 Saat!
Auto Terkini

Denza Z Tampil Di China, Lebih 1,000 ps, 0-100 km/j Tak Sampai 2 Saat!

Abang HirataBy Abang Hirata28/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kumpulan BYD sebelum ini terkenal dengan kereta hiper Yangwang U9 dan bakal menarik perhatian sekali lagi melalui Denza Z. Jika U9 tampil berada dalam kelompok kereta hiper, Denza Z yang dibawa ke Auto China 2026 pula merupakan sebuah kereta super elektrik yang nampak sesuai untuk dipandu secara harian.

Denza mendakwa model ini merupakan kereta super elektrik pintar pertama di dunia.

Model yang dipamerkan di Beijing adalah dalam bentuk produksi convertible yang dilengkapi dengan bumbung fabrik boleh laras. Denza Z ialah sebuah karya yang dihasilkan oleh pasukan global yang diketuai oleh Pengarah Reka Bentuk Global BYD iaitu Wolfgang Egger.

Falsafah Rekabentuk dan Aerodinamik

Denza Z menerapkan falsafah reka bentuk Pure Emotion yang menggabungkan penggunaan gentian karbon dengan prestasi aerodinamik yang lancar bagi menghasilkan gayaan yang anggun dan dinamik.

Bentuk badan turut dipengaruhi oleh fungsi dengan rongga pada hud bertindak sebagai saluran udara. Fungsi utama saluran ini adalah untuk membantu meningkatkan tahap daya mendap pada kelajuan tinggi.

Bahagian casis pula menggunakan DiSus M iaitu sistem kawalan badan magnetoreologi atau elektro magnetik pintar. Sistem ini direka khusus untuk mengendalikan prestasi tinggi yang luar biasa.

Trenkuasa

Denza tidak memaklumkan secara terperinci butiran teknikal kecuali sistem rangkaian kuasa Denza Z mampu menghasilkan prestasi yang amat berkuasa.

Selain itu, selari dengan produk baharu, Denza Z menggunakan Bateri Bilah generasi kedua dan sistem pengecasan Flash terbaru daripada Kumpulan BYD.

  • Kuasa Motor Elektrik: Melebihi 735 kW (1,000 ps)
  • Pecutan 0 ke 100 km/j: Kurang daripada 2 saat
  • Teknologi Bateri: Bateri Bilah (Blade Battery) Generasi Ke 2
  • Sistem Pengecasan: FLASH Charging

Ujian Nürburgring dan Goodwood

Denza Z kini telah pun memulakan sesi ujian dan cubaan rekod pusingan di litar legenda Nürburgring Nordschleife. Pelancaran antarabangsa dijadualkan berlangsung pada di Festival Kelajuan Goodwood di United Kingdom.

Spesifikasi Ringkas Denza Z

  • Kuasa Maksimum: Melebihi 735 kW (1,000 ps)
  • Pecutan 0 ke 100 km/j: Kurang daripada 2 saat
  • Sistem Kawalan Badan: DiSus M (Magnetoreologi Pintar)
  • Teknologi Bateri: Bateri Bilah Generasi Ke 2
  • Pilihan Edisi: Standard, Convertible dan Track
BYD DENZA Denza Z
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.