Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

Han OthmanBy Han Othman27/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Kerajaan sedang mengusahakan tiket mampu milik berkonsep Madani untuk perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 – 4 Oktober 2026.

Anwar berkata demikian ketika ditanya kemungkinan harga tiket mahal berdasar prestij dibawa perlumbaan bertaraf dunia itu di.

Ada yang bertanya kepada saya sama ada akan ada tiket Madani? Insya-Allah. Namun, tiket ini bukanlah tempat duduk di barisan depan, mungkin agak jauh sikit dari litar.”

Jawapan itu menjawab persoalan ramai peminat tempatan yang bimbang tidak mampu menyaksikan kepulangan Formula Satu (F1) ke Malaysia selepas sembilan tahun.

Kenapa Tiket Madani Mampu Dilaksana Kali Ini?

Logo F1

Berbeza Grand Prix (GP) Malaysian dari 1999 hingga 2017 yang terpaksa dihentikan kerana kos penganjuran dan yuran lesen tinggi, edisi kali ini adalah sebagai perlumbaan gantian.

Sepang mengambil alih slot kosong antara GP Azerbaijan dan GP Singapura selepas GP Bahrain dan Arab Saudi ditangguhkan akibat konflik di Timur Tengah.

Lebih penting, laporan antarabangsa menyebut Kerajaan Bahrain akan menanggung kos penganjuran. Anwar turut mengumumkan SIC akan menjadi tuan rumah GP Bahrain dari 2 – 4 Oktober ini.

Ini memberi ruang kepada Kerajaan Malaysia dan SIC untuk menawarkan struktur harga tiket lebih inklusif dan tidak membebankan rakyat.

Apa Maksud Tiket Madani?

Walaupun harga rasmi belum diumumkan, konsep dibayangkan PM menjelaskan:

  • Bukan Grandstand Utama – Tiket Madani tidak akan berada di grandstand utama yang menghadap pit dan grid mula, yang biasanya berharga ribuan ringgit
  • Lokasi Strategik Harga Rahmah – Dijangka ditempatkan di kawasan seperti Laman Tiba, K1 atau F Grandstand yang lebih jauh dari trek, tetapi masih memberikan pengalaman menonton secara langsung dengan skrin besar dan suasana festival
  • Sasaran Rakyat Marhaen – Selari inisiatif Jualan Madani dan program Kerajaan lain, ia bertujuan membolehkan pelajar, belia dan keluarga B40 dan M40 turut merasai pengalaman F1

Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Pada masa ini, F1 dan  Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di SIC dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Dengan pengesahan Sepang akan menjadi tuan rumah untuk GP Bahrain sebagai perlumbaan gantian, dan isyarat jelas Perdana Menteri mengenai kemungkinan tiket berharga Madani akan ditawarkan untuk acara tersebut, peminat tempatan kini boleh berharap untuk kembali ke Sepang tanpa perlu berbelanja besar.

Adakah anda berminta untun mendapatkan ‘Tiket Madani‘ jika harganya bawah RM200? Atau nak murah lagi?

Auto Terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim F1 F1 Kembali ke Sepang Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia Formula Satu (F1) Litar Antarabangs Sepang (SIC) Tiket F1 Harga Madani Tiket Madani
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.