
JETOUR Malaysia menawarkan dua pilihan varian untuk SUV lasak bergaya urban, Jetour T1, iaitu 1.5 TGDi 2WD dan 2.0 TGDi XWD. Walaupun kedua-duanya berkongsi reka bentuk sama, perbezaan sebenar terletak pada trenkuasa, sistem pacuan serta beberapa ciri premium yang eksklusif untuk varian lebih tinggi.
Enjin 1.5L vs 2.0L – Perbezaan Prestasi
Varian asas 1.5 TGDi 2WD menggunakan enjin 1.5 liter turbo petrol yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Dual Clutch (7DCT).
Ia menghasilkan kuasa 125kW (170PS) dan tork 270Nm, selain mencatat penggunaan bahan api sekitar 6.8 liter/100km, menjadikannya pilihan lebih menjimatkan untuk pemanduan harian.
Sementara itu, 2.0 TGDi XWD menerima enjin 2.0 liter turbo petrol bersama transmisi 7DCT, tetapi dengan sistem XWD (All-Wheel Drive).
Output meningkat kepada 180kW (245PS) dan 375Nm, manakala penggunaan bahan api dianggarkan 7.6 liter/100km.
Apa Yang Dikongsi oleh Kedua-dua Varian?
Jetour tidak mengurangkan kelengkapan asas pada varian 1.5 kerana kedua-duanya hadir dengan ciri berikut:
- Transmisi automatik 7-kelajuan DCT
- 6 beg udara SRS
- ADAS Tahap 2
- Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
- Panoramic View Monitoring System (kamera 540 darjah)
- Lampu hadapan dan belakang LED penuh
- Rim aloi 18 inci
- Power Tailgate
- Kerusi Leatherette
- Kerusi pemandu larasan kuasa
- Kerusi hadapan dengan fungsi ventilasi
- Skrin infotainmen 12.8 inci dengan Voice Assistant
- Apple CarPlay dan Android Auto wayarless
- Sistem audio 8 pembesar suara
- Pengecas telefon wayarless 50W
- 7 port USB
Apa Yang Eksklusif pada Varian 2.0 TGDi XWD?
Dengan tambahan sekitar RM10,000, varian 2.0 TGDi XWD menawarkan beberapa naik taraf yang agak ketara.
Antaranya adalah:
- Sistem pacuan semua roda (XWD)
- 7 mod pemanduan tambahan termasuk mod off-road
- Rim aloi 19 inci
- Welcome Lamps
- Panoramic Sunroof
- Kerusi pemandu dengan fungsi Memory & Welcome
- Kerusi penumpang hadapan larasan kuasa lengkap dengan Leg Rest
- Skrin infotainmen lebih besar 15.6 inci
- Sistem audio Sony Premium 9 pembesar suara
Mana Patut Dipilih?
Jika penggunaan anda lebih tertumpu kepada ulang-alik harian di bandar dan lebuh raya, Jetour T1 1.5 TGDi 2WD sudah memadai kerana menawarkan pakej kelengkapan yang lengkap, ADAS Tahap 2 serta penggunaan bahan api yang lebih rendah.
Namun, bagi mereka yang mahukan prestasi lebih bertenaga, sistem pacuan semua roda, serta ciri premium seperti panoramic sunroof, skrin 15.6 inci, audio Sony dan kerusi penumpang dengan leg rest, maka 2.0 TGDi XWDadalah pilihan yang lebih menarik.
Tambahan kuasa hampir 75PS dan 105Nm juga memberikan pengalaman pemanduan yang jauh lebih responsif, terutama ketika memotong atau melalui laluan berbukit.

















