
JETOUR Malaysia terus meluaskan barisan kenderaan utiltii sukan (SUV) tempatan menerusi pelancaran rasmi Jetour T1, sebagai SUV segmen-C yang menyasarkan pengguna urban dengan gabungan rekabentuk moden, teknologi pintar dan ciri praktikal untuk kegunaan harian.
Model baharu itu dibangunkan berasaskan falsafah Travel+ Jetour yang memberi penekanan kepada keselesaan, teknologi dan fleksibiliti bagi memenuhi keperluan keluarga dan penggemar aktiviti mengembara.
Naib Presiden Jetour Auto Malaysia, Nicholas Ng berkata, pelancaran Jetour T1 adalah sebahagian strategi jangka panjang syarikat itu untuk memperkukuhkan portfolio SUV di Malaysia, selain menawarkan produk lebih relevan dengan kehendak pengguna tempatan.
Rekabentuk Moden, Platform Monokok
Jetour T1 menampilkan konsep rekabentuk utilitarian curvy, yang menggabungkan elemen lasak dan premium menerusi lampu utama LED Storm-Eye, gril depan besar dan garisan badan kemas.
SUV itu dibina berasaskan platform monokok dengan jarak roda 2,800mm, sekali gus menjanjikan ruang kabin lebih luas dan pengalaman pemanduan lebih stabil serta selesa.

Ada empat pilihan warna ditawarkan, iaitu:
- Khaki White (putih)
- Aviation Silver (perak)
- Sand Gold (emas)
- Carbon Black (hitam)
Dua Pilihan Enjin – 1.5L dan 2.0L
Jetour Malaysia menawarkan Jetour T1 dalam dua varian, iaitu:
i. Jetour T1 1.5L TGDi 2WD
Varian asas menggunakan enjin turbo 1.5 liter yang menghasilkan:
- Kuasa: 170PS (125kW)
- Tork: 270Nm
- Transmisi klac berkembar (DCT) 7-kelajuan
- Pacuan roda hadapan (2WD)
ii. Jetour T1 2.0L TGDi XWD

Varian tertinggi pula menerima enjin turbo 2.0 liter bersama sistem pacuan semua roda pintar (XWD).
Spesifikasi utama:
- Kuasa: 245PS (180kW)
- Tork: 375Nm
- Sistem pacuan semua roda pintar (XWD)
Kabin Moden dengan Teknologi Lengkap
Kedua-dua varian didatangkan dengan pelbagai ciri premium sebagai standard, seperti:
- Kluster instrumen digital 10.3 inci
- Pedal syif
- Kerusi kulit sintetik (leatherette)
- Kerusi pemandu noleh laras elektrik
- Kerusi depan dengan fungsi ventilasi
- Lampu ambien
- Pembantu suara
- KonktivitiApple CarPlay dan Android Auto wayarles
- Pengecas telefon wayarles 50W
- Tujuh port USB
- Wiper automatik dengan sensor hujan
- Pintu but elektrik
Varian XWD Lebih Premium
Varian 2.0L TGDi XWD menerima beberapa ciri tambahan seperti:
- Rim aloi 19 inci
- Bumbung suria panoramik
- Kerusi penumpang depan boleh laras elektrik
- Perehat kaki kerusi penumpang
- Unit infotainmen skrin sentuh 15.6 inci
- Sistem audio Sonydengan sembilan pembesar suara
Sementara itu, varian 1.5L TGDi 2WD hadir dengan:
- Rim aloi 18 inci
- Unit infotainmen skrin sentuh 12.8 inci
- Sistem audio dengan lapan pembesar suara
ADAS Tahap 2, Asean NCAP 5-Bintang
Aspek keselamatan kedua-dua varian dilengkapi:
- Enam beg udara SRS
- Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2
- Kamera panoramik 360º
Menariknya, Jetour T1 turut menerima rating lima bintang Asean NCAP dengan skor keseluruhan 87.67 mata.
Harga Jetour T1 di Malaysia
Harga rasmi Jetour T1, atas jalan tanpa insurans ialah:
- Jetour T1 1.5L TGDi 2WD – RM129,800
- Jetour T1 2.0L TGDi XWD – RM146,800
Pembeli turut menerima:
- Waranti kenderaan tujuh [7] tahun atau 150,000km
- Wanati trenkuasa 10 tahun atau 1,000,000km
- Lima [5] kali servis percuma
Sempena pelancaran, 2,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan Jetour T1 akan menikmati rebat RM2,000 serta kadar pembiayaan bermula 1.68 peratus (tertakluk terma dan syarat).






































































































































