
BMW Group Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW M2 CS Baharu, model BMW M2 paling ringan dan paling berkuasa pernah dihasilkan.
Coupe berprestasi tinggi edisi khas ini dibangunkan berinspirasikan dunia perlumbaan dan hadir ke Malaysia sebagai model pengeluaran terhad dengan pelbagai naik taraf dari aspek prestasi, aerodinamik serta teknologi.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, BMW M2 CS direka khusus untuk mereka yang mahukan pengalaman pemanduan BMW M paling autentik dalam sebuah kereta jalan raya, sambil mengekalkan falsafah Sheer Driving Pleasure yang menjadi identiti jenama itu.
Rekaan Lebih Agresif, Lebih Ringan

BMW M2 CS tampil dengan identiti tersendiri menerusi Kidney Grille baharu yang lebih terbuka, spoiler hadapan hitam matte, lampu Adaptive LED bersama M Lights Shadowline serta logo M2 CS eksklusif.
Antara perubahan terbesar adalah penggunaan pelbagai komponen gentian karbon termasuk:
- Penutup but belakang M Carbon
- Spoiler “Ducktail” terbina
- Diffuser M Carbon
- Bumbung M Carbon
Gabungan komponen ini membantu mengurangkan berat keseluruhan sehingga kira-kira 30kg, sekali gus menjadikan M2 CS sebagai BMW M2 paling ringan pernah dihasilkan.
Model ini turut dipadankan dengan rim aloi ringan M bersaiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang dalam kemasan Gold Bronze, bersama tayar khas untuk kegunaan litar.
Kabin Konsep ‘Racing‘
Di bahagian dalaman, BMW M2 CS mengekalkan suasana kokpit yang memfokuskan kepada pemandu menerusi penggunaan pelbagai material ringan.
Antara kelengkapan utama adalah:
- Stereng M Alcantara
- Konsol tengah karbon
- Kerusi M Carbon Bucket
- Upholsteri kulit Merino
- Harman Kardon Surround Sound (14 pembesar suara)
- Pelarasan kerusi elektrik dengan memori
- Penghawa dingin automatik
- Comfort Access
Kerusi bucket karbon bukan sahaja mengurangkan berat, malah direka untuk kegunaan litar dengan sokongan penggunaan abah-abah keselamatan pelbagai titik.
Enjin 3.0L TwinPower Turbo, 530hp

Jantung kepada BMW M2 CS ialah enjin 3.0 liter M TwinPower Turbo enam silinder sebaris (S58) yang mempunyai kaitan rapat dengan enjin perlumbaan BMW GT3.
Spesifikasi utama:
- Enjin 3.0L TwinPower Turbo
- 530hp (390kW)
- 650Nm
- Transmisi M Steptronic Sport 8-kelajuan
- Pacuan roda belakang (RWD)
Prestasi yang ditawarkan:
- 0-100 kmj : 3.8 saat
- Kelajuan maksimum : 302 kmj (dengan M Driver’s Package)
BMW turut menyertakan baucar penyertaan BMW M Intensive Training bagi membantu pemilik mempelajari teknik pemanduan prestasi tinggi secara profesional.
Talaan Khas CS untuk Prestasi Maksimum
BMW M2 CS menerima talaan eksklusif menerusi:
- Adaptive M Suspension direndahkan 8mm
- M Sport Differential
- M Compound Brakes
- M Drive Professional
- M Drift Analyser
- M Traction Control 10 tahap
Kesemua sistem ini dibangunkan bagi memberikan kestabilan maksimum ketika pemanduan di litar tanpa mengabaikan penggunaan di jalan raya.
Harga BMW M2 CS di Malaysia

BMW M2 CS Baharu ditawarkan pada harga:
- RM950,800 (RRP)
- RM993,100 dengan BMW Service and Repair Inclusive
Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black Sapphire, Brooklyn Grey dan Velvet Blue bersama upholsteri Merino Black.





















































