Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800
Roda4

BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

SyafieBy Syafie23/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW Group Malaysia memperkukuhkan penawaran model pemasangan tempatan (CKD) menerusi pelancaran BMW 218 Gran Coupe M Sport Baharu, menggantikan varian Sport yang diperkenalkan pada Jun tahun lalu.

Ditawarkan dalam jumlah terhad sebanyak 50 unit bagi kumpulan pertama, sedan premium kompak ini tampil dengan pakej M Sport yang lebih lengkap, sistem bantuan pemanduan lebih canggih serta talaan casis yang dipertingkatkan.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, BMW 2 Series Gran Coupé sentiasa menjadi model pengenalan kepada dunia BMW, khususnya bagi generasi baharu pemandu urban yang menginginkan pengalaman Sheer Driving Pleasure.

Varian M Sport ini pula menawarkan karakter pemanduan lebih sporty menerusi penambahan elemen prestasi dan teknologi terkini.

Rekaan Lebih Sporty – Pakej M Sport

BMW 218 Gran Coupe M Sport tampil lebih garang berbanding model terdahulu menerusi penggunaan BMW Kidney Iconic Glow bersama gril baharu, lampu utama Adaptive LED serta bampar hadapan yang direka lebih agresif.

Profil sisi pula diserlahkan dengan rim aloi ringan M 18 inci Style 975M Bicolour, kemasan Individual High-Gloss Shadowline serta Hofmeister Kink yang menampilkan ukiran nombor “2”.

Di belakang, diffuser M Sport baharu dan lampu LED penuh melengkapkan penampilan sedan empat pintu ini.

Kabin digital – BMW Operating System 9

Di ruang kabin, BMW menampilkan konsep kokpit moden yang berorientasikan pemandu menerusi BMW Curved Display, menggabungkan paparan instrumen digital 10.25 inci bersama skrin infotainmen 10.7 inci dalam satu paparan melengkung.

Sistem ini dipacu oleh BMW Operating System 9 bersama BMW Live Cockpit Professional dan fungsi QuickSelect, membolehkan kawalan dilakukan melalui skrin sentuh atau arahan suara.

Antara kelengkapan standard yang ditawarkan termasuk:

  • Stereng kulit M
  • Paparan dongak (HUD)
  • Harman Kardon HiFi dengan 12 pembesar suara (205W)
  • Kerusi sport hadapan dengan pelarasan elektrik dan fungsi memori
  • Upholsteri Veganza Perforated
  • Comfort Access
  • Pengecas telefon pintar wayarless
  • Penyaman udara automatik
  • Ruang bagasi 430 liter

Enjin 1.5 Turbo, 156hp

Dari segi prestasi, BMW 218 Gran Coupe M Sport masih menggunakan enjin petrol tiga silinder 1.5 liter turbo dengan kitaran Miller yang menghasilkan:

  • Kuasa maksimum 156hp (115kW)
  • Tork maksimum 230Nm
  • Transmisi Steptronic klac berkembar 7-kelajuan
  • Sistem pacuan roda hadapan (FWD)

Sedan ini mampu memecut dari 0-100 kmj dalam masa 8.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 230 kmj.

Adaptive M Suspension Jadi Tarikan Utama

Perbezaan terbesar berbanding varian Sport adalah penggunaan Adaptive M Suspension, yang menawarkan pengendalian lebih tajam tanpa mengorbankan keselesaan pemanduan harian.

BMW turut menambah baik sistem casis menerusi suspensi hadapan MacPherson, suspensi belakang multi-link tiga pautan, sistem kawalan gelinciran roda (ARB) serta geometri gandar yang dioptimumkan bagi meningkatkan kestabilan, ketepatan stereng dan keyakinan ketika mengambil selekoh.

Driving Assistant Plus, Parking Assistant Plus

Dari aspek keselamatan dan bantuan pemanduan, BMW 218 Gran Coupe M Sport menerima Driving Assistant Plus, yang merangkumi:

  • Active Cruise Control dengan Stop & Go
  • Steering & Lane Control Assistant
  • Lane Change Warning
  • Front Collision Warning
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Safe Exit Warning
  • Speed Limit Assist

Turut ditawarkan adalah Parking Assistant Plus yang dilengkapi fungsi Surround View, Remote 3D View, BMW Drive Recorder, Active Park Distance Control dan Reversing Assistant yang mampu mengundur semula laluan sehingga 50 meter secara automatik.

Lebih Pintar – BMW Digital Key Plus

BMW turut melengkapkan model ini dengan pelbagai ciri digital seperti BMW Intelligent Personal Assistant bersama integrasi Amazon Alexa, BMW Digital Premium, Personal eSIM, Remote Software Upgrades dan BMW Digital Key Plus yang membolehkan telefon pintar digunakan sebagai kunci kenderaan.

Harga BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD

BMW 218 Gran Coupé M Sport Baharu Pemasangan Tempatan ditawarkan pada harga RM192,800 (RRP).

Model ini hadir dalam empat pilihan warna luaran iaitu Alpine White, Black Sapphire, Brooklyn Grey dan Portimao Blue, dipadankan dengan upholsteri Veganza Perforated Black, manakala pilihan Coral Red ditawarkan secara eksklusif bersama warna Black Sapphire.

Dengan hanya 50 unit diperuntukkan bagi pengambilan pertama, BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD menyasarkan pelanggan yang mahukan sebuah sedan premium kompak dengan penampilan lebih sporty, teknologi terkini dan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.

Auto Terkini BMW 218 Gran Coupe M Sport BMW Group Malaysia M Sport Sedan Sporty
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Range Rover GT – Model Paling Senyap, Rekaan Lebih Rendah

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Auto Terkini

    OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

    23/07/2026
    Roda4

    Kia EV3 – SUV Elektrik Kompak Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 603km

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.