
NISSAN melancarkan Elgrand serba baharu di Jepun selepas model itu diperkenalkan terlebih dahulu pada Japan Mobility Show 2025.
Sebagai model minivan (terma pasaran luar) premium utama Nissan, Elgrand generasi baharu hadir dengan teknologi e-POWER generasi ketiga, sistem pacuan empat roda elektrik e-4ORCE yang dipertingkatkan serta Intelligent Dynamic Suspension.

Gabungan teknologi tersebut dibangunkan untuk memberikan tahap keselesaan lebih tinggi kepada semua penumpang, selain mengekalkan DNA Elgrand sebagai model yang menawarkan pengalaman pemanduan menyeronokkan.
Selain Elgrand standard X dan G, Nissan turut memperkenalkan versi kustom termasuk Autech, Autech Line, VIP dan Step Type untuk pasaran Jepun.
Reka entuk Inspirasi The Private MAGLEV

Elgrand baharu menggunakan konsep reka bentuk “The Private MAGLEV” yang menggabungkan imej kelajuan linear dengan penampilan berprestij sebagai model utama Nissan.
Berbanding model sebelumnya, dimensi badan telah diperbesarkan dengan rekaan luaran yang lebih tajam serta posisi badan lebih tegap. Gril hadapan menggunakan corak diinspirasikan daripada seni kraf tradisional Jepun Kumiko, manakala corak sama turut digunakan pada lampu belakang berbentuk jalur melintang.
Roda pula direka menggunakan kemasan resin bagi menghasilkan perincian yang lebih halus dengan inspirasi daripada seni kraf tradisional Jepun.

Pilihan warna badan termasuk:
- Prism White
- Shigoku
- Dark Metal Gray
- Midnight Black
- Fuji Dawn
- Fuji Dawn dan Shigoku Premium 2-Tone
Kabin Premium Seperti Ruang Tamu Peribadi

Bahagian dalaman direka dengan konsep ruang tamu (lounge) peribadi yang memberikan suasana premium kepada semua penumpang.
Kedudukan kerusi yang lebih tinggi memberikan pandangan yang lebih luas kepada pemandu, manakala panel pintu menerima kemasan jahitan kuilt (quilting) yang selari dengan corak reka bentuk luaran.
Ciri utama kabin termasuk:
- Panel instrumen dengan kemasan corak kayu.
- Suis elektrostatik tanpa sambungan jelas.
- Paparan antara muka bersepadu bersaiz 14.3 inci, pertama kali digunakan untuk model Nissan domestik Jepun.
- Pencahayaan ambien dengan pilihan sehingga 64 warna.

Kerusi menggunakan bahan Taylor Fit™ dengan tiga pilihan kemasan iaitu:
- Dark untuk X e-4ORCE.
- Ginsetsu untuk G e-4ORCE.
- Shitan untuk G e-4ORCE.
e-POWER Generasi Ketiga dan e-4ORCE

Nissan Elgrand dilengkapi dengan sistem e-POWER generasi ketiga yang terdiri daripada enjin khas 1.5 liter turbo tiga silinder (ZR15DDTe) untuk penjanaan kuasa serta unit elektrik 5-dalam-1 yang menggabungkan motor elektrik, generator, inverter, gear pengurangan, dan gear penambahan.
Sistem baharu ini menggunakan teknologi kawalan terkini bagi meningkatkan kesenyapan, kecekapan bahan api, serta memberikan pemanduan lebih lancar melalui kuasa pacuan daripada motor elektrik.
Selain itu, sistem pacuan elektrik empat roda e-4ORCE turut dipertingkatkan dengan kawalan motor dan brek yang lebih baik.

Ia membantu mengurangkan pergerakan badan ketika memulakan perjalanan dan nyahpecutan, selain menggunakan tork motor belakang secara aktif untuk menghasilkan pengendalian selekoh yang lebih mantap.
Penggunaan enjin 1.5 liter turbo tiga silinder ini langsung berbeza daripada Toyota Alphard dan Vellfire yang menggunakan enjin bersaiz lebih besar iaitu 2.4 liter turbo dan 2.5 liter hibrid/petrol.
Suspensi Pintar dan Enam Mod Pemanduan

Elgrand dilengkapi Intelligent Dynamic Suspension yang melaraskan daya redaman pada keempat-empat roda mengikut keadaan pemanduan.
Sistem ini membantu mengurangkan olakan badan dan memberikan perjalanan lebih stabil serta selesa.
Enam mod pemanduan ditawarkan:
- ECO – membantu pemanduan lebih menjimatkan bahan api.
- STANDARD – keseimbangan antara prestasi dan keselesaan.
- SPORT – memberikan tindak balas lebih baik serta pengendalian lebih menyeronokkan.
- COMFORT – mengutamakan keselesaan penumpang.
- SNOW – untuk permukaan jalan licin.
- PERSONAL – tetapan mengikut pilihan pemandu.
Keselesaan Premium Untuk Semua Penumpang

Nissan meningkatkan keselesaan Elgrand melalui pelbagai ciri baharu seperti fungsi Smooth Stop yang membantu mengurangkan pergerakan badan ketika berhenti.
Sistem Active Noise Control pula merupakan fungsi pertama di dunia yang mengurangkan bunyi daripada enjin dan bunyi jalan bagi menghasilkan kabin lebih senyap.
Ruang dalaman turut diperbesarkan dengan susunan tempat duduk berbentuk teater, di mana kedudukan pandangan meningkat dari barisan pertama hingga ketiga.

Semua tempat duduk menggunakan konsep Zero Gravity Seat, manakala tempat duduk barisan kedua menawarkan ruang lebih luas dengan fungsi dual reclining.
Kerusi penumpang hadapan serta kedua-dua tempat duduk barisan kedua turut boleh menggunakan otoman secara serentak.
Sistem audio premium BOSE 22 pembesar suara dengan sokongan bunyi 3D surround turut ditawarkan bagi menghasilkan pengalaman audio seperti berada dalam pawagam.

Ruang kabin Praktikal dan Kapasiti Kargo Besar
Untuk kegunaan harian, Elgrand dilengkapi pengecas tanpa wayar pantas wayarles yang menyokong standard Qi2.0 dan boleh mengecas dua telefon pintar serentak.
Ia turut menerima:
- Kotak simpanan belakang dengan ruang besar untuk menyimpan kotak tisu.
- Tiga soket kuasa AC 100V dengan kapasiti 1,500W.
- Pemegang bantuan masuk yang besar.
- Fungsi pintu gelongsor separuh terbuka (Half Open) untuk mengurangkan kemasukan hujan ketika mengambil barang atau keluar masuk kenderaan.

Tempat duduk barisan ketiga menggunakan sistem lipatan pelbagai posisi yang boleh dilipat ke hadapan atau belakang bagi mengimbangi ruang penumpang dan ruang kargo.
Ruang bagasi pula mempunyai bukaan lebih besar dengan ketinggian lantai lebih rendah. Dalam konfigurasi tujuh tempat duduk, Elgrand mampu membawa sehingga tujuh beg bersaiz kabin pesawat.
Sistem Bantuan Pemandu ProPILOT dan NissanConnect

Elgrand dilengkapi sistem bantuan pemanduan ProPILOT.
Varian X e-4ORCE menerima ProPILOT sebagai kelengkapan standard, manakala varian G e-4ORCE menerima ProPILOT dengan fungsi tambahan seperti:
- Fungsi pautan navigasi.
- Mod pandu tanpa tangan ketika kesesakan.
- Bantuan pertukaran lorong.
Fungsi tersebut membolehkan pemanduan tanpa tangan ketika kesesakan pada kelajuan bawah 50 km/j serta bantuan pertukaran lorong melalui operasi lampu isyarat pada kelajuan 60 km/j ke atas.

Sistem ProPILOT 2.0 turut ditawarkan sebagai pilihan untuk varian G e-4ORCE.
Selain itu, fungsi ProPILOT Parking dengan memori lokasi parkir mampu mengawal stereng, pedal minyak, brek, penukaran gear dan brek parkir secara automatik.
Sistem Intelligent Around View Monitor pula menerima fungsi tambahan:
- Front Wide View.
- Mirror Close View.
- Paparan 3D View.
Sistem infotainmen NissanConnect kini menggunakan Google terbina dalam dengan Google Maps, Google Assistant dan Google Play.

Ia turut menawarkan ciri seperti:
- Amaran terlupa mengunci pintu, lampu kecemasan dan tingkap.
- Remote Photo Shot yang mengambil gambar sekitar kenderaan apabila mengesan kejadian luar biasa.
- Fungsi baharu Mimamori Drive untuk memantau keadaan pemanduan melalui telefon pintar.
Spesifikasi Nissan Elgrand 2026 (Jepun)
Trenkuasa & Motor Elektrik:
- Enjin Pengecas (ZR15DDTe): 1.498L Turbo 3-silinder | 140PS (103kW) @ 5000rpm | 228Nm @ 3600rpm
- Motor Elektrik Depan (YM52): 205PS (151kW) @ 4400-8500rpm | 330Nm @ 0-4300rpm
- Motor Elektrik Belakang (MM45): 136PS (100kW) @ 5500-10900rpm | 195Nm @ 0-3000rpm
- Bekalan Kuasa: Bateri Lithium-ion
Dimensi & Berat:
- Panjang & Lebar: 4,995mm | 1,895mm
- Tinggi: 1,975mm (X e-4ORCE) | 1,970mm (G e-4ORCE)
- Jarak Roda & Kelegaan Tanah: 3,000mm | 165mm (ground clearance)
- Berat Kosong: 2,430kg (X e-4ORCE) | 2,440kg (G e-4ORCE)
- Kapasiti Tempat Duduk: 8 tempat duduk atau 7 tempat duduk dengan konfigurasi kerusi kapten
Prestasi & Pengendalian:
- Sistem Pacuan: e-4ORCE 4WD
- Suspensi: MacPherson Strut bebas (Depan) | Pelbagai pautan bebas (Belakang)
- Sistem Brek: Cakera berventilasi depan dan belakang
- Saiz Tayar: 235/60R18 103H
Kecekapan Bahan Api (WLTC):
- Gabungan (Purata): 16.8km/L
- Mod Pemanduan: 15.2km/L (Bandar) | 17.8km/L (Luar bandar) | 16.9km/L (Lebuh raya)
Harga di Jepun:
- Elgrand X e-4ORCE: ¥6,897,000 (RM173,254.64)
- Elgrand G e-4ORCE: ¥7,579,000 (RM190,384.48)
Nissan Elgrand 2026
Nissan Elgrand Autech
Nissan Elgrand Autech Line
Nissan Elgrand VIP
Nissan Elgrand Step Type



















































