Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

SyafieBy Syafie08/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KENDERAAN jenis BMW yang dilihat digunakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim baru-baru ini bukan kenderaan rasmi baharu, sebaliknya merupakan aset sedia ada milik kerajaan.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) menjelaskan, kenderaan berkenaan adalah aset di bawah seliaan BIUPA yang dikhususkan bagi kegunaan logistik rasmi negara.

Digunakan Untuk Lawatan Ketua Negara dan Kerajaan Asing

Menurut kenyataan itu, aset berkenaan disediakan bagi memenuhi keperluan protokol dan standard keselamatan antarabangsa sepanjang lawatan rasmi ketua negara serta ketua kerajaan bertaraf presiden atau perdana menteri ke Malaysia.

Ini bermakna kenderaan berkenaan bukan dibeli secara khusus sebagai kenderaan rasmi baharu Perdana Menteri, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada aset kerajaan untuk kegunaan rasmi tertentu.

Mampu Hadapi Ancaman Balistik, Letupan dan Dron

JPM memaklumkan, kenderaan tersebut perlu memenuhi spesifikasi keselamatan khas bagi menghadapi pelbagai bentuk ancaman moden.

Antara tahap perlindungan yang dinyatakan termasuk:

  • Ancaman balistik berkaliber tinggi
  • Ancaman letupan
  • Risiko keselamatan moden
  • Ancaman dron

Spesifikasi sedemikian diperlukan bagi memastikan tahap keselamatan sesuai untuk membawa tetamu kenamaan antarabangsa ketika melakukan lawatan rasmi ke Malaysia.

Anwar Guna BMW Buat Sementara Waktu

Menurut JPM, penggunaan kenderaan berkenaan Perdana Menteri adalah bersifat sementara, berdasarkan nasihat serta penilaian keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertukaran sementara itu dibuat kerana kenderaan rasmi Perdana Menteri yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong kini sedang menjalani proses penyelenggaraan berkala.

JPM Nafi Dakwaan Tular di Media Sosial

Penjelasan tersebut dikeluarkan susulan dakwaan dan spekulasi yang tular di platform media sosial mengenai status pemilikan BMW yang digunakan Perdana Menteri.

JPM menegaskan kenderaan itu merupakan aset sedia ada kerajaan di bawah seliaan BIUPA dan bukannya kenderaan rasmi baharu yang dibeli untuk kegunaan Perdana Menteri.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) BMW 7 Series Protection Jabatan Perdana Menteri (JPM) Perdana Menteri Malaysia PMX
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Roda4

    Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.