Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad
Auto Terkini

Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

SyafieBy Syafie08/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KETIKA demam bola sepak kembali memuncak di seluruh dunia, Chery Malaysia bersama Duta Jenama Globalnya, Robert Lewandowski tampil meraikan semangat dedikasi, perpaduan dan kekeluargaan menerusi kempen yang membawa mesej ‘For Family, For Champion’.

Kerjasama ini menghimpunkan salah seorang pemain bola sepak paling terkenal dunia dengan falsafah ‘For Family’ Chery, yang memberi fokus kepada penyelesaian mobiliti inovatif untuk keluarga moden.

Tempah Mana-Mana Model Chery, Tebus Jersi Edisi Terhad

Menariknya untuk peminat di Malaysia, orang ramai berpeluang menebus t-shirt jersi eksklusif edisi terhad Chery x Robert Lewandowski apabila membuat tempahan bagi mana-mana model kenderaan Chery.

Tawaran khas itu tersedia sepanjang acara Chery Super Hybrid Tour yang berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid, dari 8 hingga 12 Julai 2026, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ini memberi peluang kepada pengunjung bukan sahaja melihat lebih dekat barisan model Chery, malah membawa pulang koleksi eksklusif khas buat peminat bola sepak dan Lewandowski.

Bola Sepak Jadi Medium Satukan Keluarga dan Komuniti

Di peringkat global, Chery bekerjasama dengan subsidiari tempatan, pusat operasi serantau, rakan pengedar dan pelanggan bagi menganjurkan pelbagai acara tontonan bola sepak serta aktiviti libat urus komuniti.

Aktiviti berkenaan dilaksanakan di pelbagai pasaran utama dari Eropah hingga Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin, menghimpunkan keluarga serta peminat bola sepak untuk menikmati keterujaan musim ini bersama-sama.

Menurut Chery, pengalaman tersebut bukan sekadar menonton perlawanan, sebaliknya menjadi detik bermakna untuk mengeratkan hubungan keluarga dan komuniti.

Lewandowski dan Chery Kongsi Nilai Kekeluargaan

Walaupun terkenal dengan pencapaian hebat sepanjang lebih dua dekad beraksi di peringkat tertinggi bola sepak, Lewandowski turut meletakkan keluarga sebagai antara aspek penting dalam kehidupannya.

Pendekatan itu dilihat selari dengan falsafah ‘For Family’ yang dibawa Chery.

Keluarga memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan, termasuk cara kita bergerak dan mengembara.

Keselamatan, keselesaan dan kebolehpercayaan adalah elemen yang sangat penting, dan saya melihat nilai-nilai ini diterapkan dalam Chery serta TIGGO 9,” katanya.

TIGGO 9 Jadi Model Flagship Untuk Keluarga

Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL

Sebagai model flagship jenama itu, Chery TIGGO 9 dibangunkan untuk menawarkan pengalaman kenderaan keluarga yang lebih komprehensif dengan kabin premium serta tahap keselesaan tinggi.

Kedua-dua tempat duduk hadapan dilengkapi fungsi urutan (massage), manakala tempat duduk berventilasi pada barisan pertama dan kedua membantu memberikan keselesaan tambahan, terutama dalam iklim tropika seperti Malaysia.

Dari aspek keselamatan, TIGGO 9 turut dilengkapi:

  • 10 beg udara
  • Sistem bantuan pemanduan pintar ADAS 2.5
  • Sebanyak 23 fungsi bantuan pemanduan
  • Perlindungan keselamatan aktif dan pasif

‘For Family, For Champion’

Menerusi kerjasama ini, Chery dan Lewandowski mahu meraikan nilai keazaman, kerja berpasukan dan kekeluargaan menerusi mesej ‘For Family, For Champion’.

Ia membawa idea bahawa kejayaan mungkin dicapai melalui ketabahan dan dedikasi, tetapi perjalanan paling bermakna adalah yang dikongsi bersama insan tersayang.

Chery kini mempunyai rangkaian global merangkumi lebih 120 negara dan wilayah, disokong lapan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), 36 pangkalan pengeluaran, lebih 2,000 pusat jualan serta lebih 1,800 pusat servis di seluruh dunia.

Auto Terkini Chery Super Hybrid Tour Chery Tiggo 9 Chery x Robert Lewandowski For Champion For Family
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.