Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BOON Siew Honda (BSH) memperkenalkan pilihan warna baharu iaitu Perak biru, Kelabu Emas dan Matte Hitam untuk Honda Vario 160, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mahukan skuter bergaya dengan penampilan lebih segar.

Kemaskini kali ini hanya melibatkan aspek kosmetik, manakala spesifikasi mekanikal dan kelengkapan kekal sama seperti model sedia ada. Vario 160 terus menjadi antara skuter automatik popular dalam segmen 150cc di Malaysia menerusi gabungan reka bentuk sporty, teknologi moden serta reputasi ketahanan yang sinonim dengan jenama Honda.

Masih Guna Enjin eSP+, Jimat Minyak

Kuasa masih dijana enjin silinder tunggal 157cc eSP+ (Enhanced Smart Power Plus) penyejukan cecair dengan konfigurasi SOHC empat injap, menghasilkan 15.2hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm.

Enjin yang mendapat pengiktirafan Energy Efficient Vehicle (EEV) itu turut menerima penarafan 5 Bintang Malaysia Motorcycle Assessment Programme (MyMAP), sekali gus menawarkan keseimbangan antara prestasi, kecekapan penggunaan bahan api dan aspek keselamatan.

Lengkap ABS, Smart Key dan Ruang Simpanan 18 Liter

Dari aspek kelengkapan, Honda Vario 160 masih hadir dengan pelbagai ciri moden termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan, Honda Smart Key, pencahayaan LED penuh serta panel meter digital LCD yang memaparkan pelbagai maklumat tunggangan.

Turut disediakan ialah ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 18 liter, port pengecas USB serta sistem Idling Stop System (ISS) yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api ketika berhenti di lampu isyarat. Semua komponen itu dipasang pada casis Enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang ringan tetapi kukuh untuk memberikan pengendalian lebih stabil.

Sudah Ditawarkan di Semua Pengedar Honda Impian X

 

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano, pilihan warna baharu ini diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menantikan warna yang lebih sesuai dengan cita rasa masing-masing sebelum membuat keputusan membeli.

Honda Vario 160 dengan warna baharu kini boleh didapati di semua pengedar sah Honda Impian X di seluruh negara. Setiap pembelian disertakan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu), selain pemilik turut boleh mengakses rekod servis, peringatan penyelenggaraan dan maklumat waranti menerusi aplikasi Honda X.

Honda Vario 160 Matte Hitam

Honda Vario 160 Perak Biru

Honda Vario 160 Kelabu Emas

Boon Siew Honda (BSH) Energy Efficient Vehicle (EEV) Enjin eSP+ Honda SMART key honda vario 160
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Yamaha Quality Service Kini Miliki Lebih 300 Pusat Servis, Rangkaian Terbesar di Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.