Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP: Marquez Menang Bergaya di GP Brno, Gelaran Juara Dunia 2026 Kembali Terbuka
MotoGP

#MotoGP: Marquez Menang Bergaya di GP Brno, Gelaran Juara Dunia 2026 Kembali Terbuka

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA kilang Ducati Lenovo, Marc Marquez membuktikan diri masih antara pelumba terbaik dalam sejarah MotoGP apabila mempamerkan tunggangan penuh kelas untuk memenangi Grand Prix (GP) Republik Czech 2026 di Litar Brno.

Marquez menewaskan Ai Ogura (Superfile Aprilia Trackhouse) dan rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia, dalam perlumbaan yang dianggap antara aksi terbaik beliau musim ini.

Kemenangan tersebut turut memberi impak besar kepada perebutan gelaran dunia apabila Marquez kini hanya ketinggalan 40 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Marco Bezzecchi (Aprilie Racing) yang tidak beraksi di Brno.

Bagnaia Menyerlah Awal Perlumbaan

Ogura melakukan permulaan cemerlang untuk mendahului perlumbaan sebaik lampu hijau dipadamkan, tetapi tekanan daripada kelompok Ducati hadir dengan pantas.

Bagnaia memintas Marquez sebelum memberi tekanan berterusan kepada Ogura. Pada pusingan kedua, juara dunia itu akhirnya merampas kedudukan pendahulu dan mula cuba membina jurang di depan.

Tiga Pelumba Utama Mula Tinggalkan Kelompok Lain

Memasuki pertengahan perlumbaan, Bagnaia, Marquez dan Ogura mula mencipta jurang berbanding pelumba lain.

Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) dan Fabio Di Giannantonio (VR46 Racing Team) cuba mengekalkan kelajuan, tetapi trio pendahulu memiliki kelajuan lebih konsisten dan terus menguasai perlumbaan.

Marquez Mula Lancar Serangan

Ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan, Marquez mula menunjukkan kelajuan sebenar yang dimiliki.

Pelumba Sepanyol itu akhirnya melakukan serangan penting ke atas Bagnaia untuk mengambil alih kedudukan pendahulu sebelum terus meningkatkan rentak bagi membuka jurang selamat di depan.

Ogura Beri Tentangan Sengit

Selepas memintas Bagnaia, Ogura menjadi pencabar utama Marquez dalam perebutan kemenangan.

Pelumba Jepun itu juga beberapa kali mencatat masa pusingan kompetitif dan berjaya mengurangkan jurang, tetapi masih gagal untuk benar-benar mengancam kedudukan juara dunia tersebut.

Kemenangan Penting dalam Perebutan Gelaran Dunia

Memasuki pusingan terakhir, Ogura terus memberikan tekanan, tetapi Marquez kekal tenang dan tidak melakukan sebarang kesilapan.

Beliau akhirnya melintasi garisan penamat di tempat pertama untuk meraih kemenangan kedua musim ini, sekali gus menghidupkan semula cabaran kejuaraan dunia 2026. Keputusan itu juga menyaksikan Marquez kini berada hanya enam mata di depas Ogura dalam ranking keseluruhan pelumba.

Ogura Raih Podium Terbaik dalam Karier MotoGP

Walaupun terlepas peluang meraih kemenangan sulung MotoGP, Ogura tetap boleh berbangga dengan pencapaian tempat kedua.

Prestasi cemerlang di Brno menjadi keputusan terbaik beliau setakat ini dalam kelas premier dan mengukuhkan status sebagai antara pencabar baharu yang perlu diberi perhatian.

Bagnaia Bertahan Tempat Ketiga

Bagnaia melengkapkan podium selepas berjaya menahan asakan hebat Di Giannantonio pada penghujung perlumbaan.

Pelumba Itali itu mempamerkan kelajuan luar biasa pada beberapa pusingan terakhir dan turut mencatat masa terpantas perlumbaan, tetapi terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Joan Mir Kembali Menyerlah

Joan Mir (Honda HRC Castrol) menghadiahkan keputusan positif buat Honda apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Fermin Aldeguer (Gresini Racing MotoGP) pula menamatkan saingan di tempat keenam, diikuti Acosta yang berjaya mengatasi masalah kesihatan yang alami sebelum hujung minggu perlumbaan untuk mengutip mata berharga.

Jorge Martin Gagal Curi Tumpuan

Hujung minggu di Brno bukan yang terbaik buat Jorge Martin (Aprilia Racing) apabila pelumba Aprilia Racing itu hanya mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9.

Dua penalti Long Lap yang diterima sejak awal perlumbaan menyukarkan usaha bersaing merebut kelompok depan.

Keputusan 10 Terbaik MotoGP GP Republik Czech 2026

  1. Marc Marquez (Ducati Lenovo Team)
  2. Ai Ogura (Trackhouse MotoGP Team)
  3. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team)
  4. Fabio Di Giannantonio (VR46 Racing Team)
  5. Joan Mir (Honda HRC Castrol)
  6. Fermin Aldeguer (Gresini Racing MotoGP)
  7. Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing)
  8. Luca Marini (Honda HRC Castrol)
  9. Jorge Martin (Aprilia Racing)
  10. Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3)

Dengan kemenangan di Brno, Marquez kini kembali menjadi ancaman utama dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Tumpuan seterusnya beralih ke BGP Assen, Belanda, yang dijangka menyaksikan satu lagi episod menarik dalam pertarungan kejuaraan MotoGP 2026 musim ini.

SUMBER: MotoGP.com

Ai Ogura Francesco Bagnaia Grand Prix Republik Czech Litar Brno Marc Marquez marco bezzecchi MotoGP 2026
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Moto3

    #Moto3: Hakim Danish Juara Di BRNO, Tamatkan Penantian Malaysia Selama Sedekad

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Formula Satu

    #F12026: Hamilton Raih Kemenangan Sulung Bersama Ferrari Di GP Barcelona 2026

    16/06/2026
    Formula One 2026 | GP Monaco
    Formula Satu

    #F12026: Antonelli Menang Bergaya di Monaco, Tujuh Pelumba Gagal ke Garisan Penamat

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.