Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Formula Satu»#F12026: Antonelli Menang Bergaya di Monaco, Tujuh Pelumba Gagal ke Garisan Penamat
Formula Satu

#F12026: Antonelli Menang Bergaya di Monaco, Tujuh Pelumba Gagal ke Garisan Penamat

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Formula One 2026 | GP Monaco

PELUMBA Mercedes-AMG Petronas Formula One (F1), Kimi Antonelli meneruskan musim cemerlang apabila meraih kemenangan kelima musim ini selepas menguasai Grand Prix (GP) Monaco yang penuh drama dan insiden.

Kemenangan itu membolehkan Antonelli terus melebarkan jurang dalam kedudukan kejuaraan pemandu, manakala rakan sepasukannya, George Russell pulang tanpa sebarang mata selepas perlumbaan mengecewakan.

Antonelli Kawal Perlumbaan dari Awal

Formula One 2026 | GP Monaco

Antonelli mengekalkan kedudukan pendahulu sebaik lampu hijau dipadamkan, ketika Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing) mengalami masalah pada permulaan perlumbaan yang menyaksikan beliau tercicir sebelum menjadi pelumba pertama tersingkir.

Sepanjang perlumbaan, Antonelli berjaya mengawal rentak dengan baik sambil membuka jurang selesa dari dua pelumba Scuderia Ferrari HP, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc yang cuba memberikan tekanan.

Safety Car Ubah Corak Perlumbaan

Formula One 2026 | GP Monaco

Kelebihan Antonelli mula terancam apabila Lance Stroll (Aston Martin Aramco) terbabas dan melanggar pengadang di selekoh terakhir, sekali gus memaksa Safety Car dikeluarkan dengan kira-kira 20 pusingan berbaki.

Situasi itu memberi peluang kepada beberapa pasukan melakukan hentian pit kedua selain membolehkan pemandu yang dikenakan penalti ketika pit stop menjalani hukuman tanpa kehilangan terlalu banyak masa.

Leclerc Terkandas, Hadjar Raih Podium Pertama

Formula One 2026 | GP Monaco

Perlumbaan sekali lagi dikejutkan apabila Leclerc mengalami kemalangan hampir sama di lokasi sama, menyebabkan perlumbaan dihentikan sementara bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan terhadap permukaan trek.

Kegagalan Leclerc menamatkan perlumbaan membuka ruang kepada rakan sepasukan Verstappen, Isack Hadjar  untuk meraih podium pertama bersama pasukan itu selepas Pierre Gasly (BWT Alpine) dikenakan dua penalti 5 saat yang menjejaskan keduduka.

Perebutan Mata Sengit Kelompok Tengah

Formula One 2026 | GP Monaco

Oscar Piastri (McLaren Mastercard Formula 1) dan Liam Lawson (Visa Cash App Racing Bulls) masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dan kelima, manakala rakan sepasukan Lawson, Arvid Lindblad melengkapkan hari cemerlang pasukan itu dengan keputusan keenam.

Gasly akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh disusuli Alex Albon (Atlassian Williams Racing), Esteban Ocon (MoneyGram Haas F1 Team) dan rakan sepasukan Stroll, Fernando Alonso menghadiahkan keputusan 10 terbaik pertama musim ini buat pasukan.

Russell Gagal Raih Mata, Perez Hilang Peluang

Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco

Gabriel Bortoleto ( Stake F1 Team Kick Sauber) menamatkan perlumbaan di luar kelompok mata, manakala Russell sekadar mengekori di belakang selepas menerima pelbagai penalti yang menjejaskan perlumbaan.

Pasukan Cadillac F1 pada mula menyangka Sergio Perez berjaya menghadiahkan mata pertama pasukan itu, tetapi penalti 10 saat akibat kesalahan ketika permulaan perlumbaan menyebabkan beliau tercorot dalam keputusan akhir.

Tujuh Pelumba Terkandas di Monaco

Formula One 2026 | GP Monaco

Selain Verstappen, antara nama besar yang gagal menamatkan perlumbaan ialah Lando Norris (McLaren Mastercard) yang mengalami masalah kuasa pada jentera sehingga gagal meraih mata buat kali pertama musim ini.

Turut tersingkir ialah rakan sepasukan Ocon, Ollie Bearman, rakan sepasukan Bortoleto, Valtteri Bottas, Stroll, Leclerc dan rakan sepasukan Albon, Carlos Sainz, menjadikan jumlah gagal menamatkan perlumbaan kepada tujuh pelumba.

Antonelli Semakin Kukuh dalam Perebutan Gelaran

Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Barcelona-Catalunya

Selepas perlumbaan, Antonelli menyifatkan kemenangan tersebut sebagai antara hujung minggu terbaik dalam karier setakat ini apabila berjaya memanfaatkan prestasi cemerlang jentera Mercedes sepanjang perlumbaan.

F1 kini akan beralih ke GP Barcelona-Catalunya yang berlangsung minggu depan, dengan Antonelli hadir sebagai pendahulu kejuaraan dan calon utama meneruskan rentak kemenangan.

SUMBER: Formula1.com

Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Barcelona-Catalunya
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Formula One 2026 | GP Monaco
Charles Leclerc george russell Grand Prix Monaco Kimi Antonelli Lewis Hamilton Max Verstappen Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Oracle Red Bull Racing Pierre Gasly Scuderia Ferrari HP
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Formula Satu

    #F12026: Antonelli Kembali Menang, Tewaskan Leclerc Di GP Belgium

    22/07/2026
    Marc Marquez | GP Jerman 2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

    16/07/2026
    Viper Niza Racing di 24H Nurburgring
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Raih Podium Keseluruhan Pertama Michelin 24H Series di Nürburgring

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.