Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#F12026: Antonelli Kembali Menang, Tewaskan Leclerc Di GP Belgium
Auto Terkini

#F12026: Antonelli Kembali Menang, Tewaskan Leclerc Di GP Belgium

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam22/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PEMANDU pasukan Mercedes -AMG PETRONAS Formula Satu (F1), Kimi Antonelli kembali berada di landasan kemenangan apabila muncul juara F1 Grand Prix Belgium 2026, sekali gus melebarkan kedudukannya di puncak carta kejuaraan dunia selepas mengharungi beberapa perlumbaan yang kurang menjadi.

Pelumba Mercedes itu menamatkan perlumbaan di hadapan Charles Leclerc dari Scuderia Ferrari HP dengan kelebihan 1.9 saat, manakala Max Verstappen dari pasukan Oracle Red Bull Racing melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga selepas aksi sengit di Litar Spa-Francorchamps.

Verstappen Cemerlang Di Awal Perlumbaan

Verstappen melakukan permulaan yang cukup baik apabila memintas Antonelli di selekoh Eau Rouge sejurus perlumbaan bermula. Bagaimanapun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila pelumba Itali tersebut berjaya merampas semula kedudukan pendahulu.

Antonelli kemudian mengawal perlumbaan dengan tenang, termasuk ketika perlumbaan disambung semula selepas fasa Safety Car, sebelum menahan asakan Leclerc pada penghujung perlumbaan untuk meraih kemenangan keenam musim ini dan yang pertama sejak GP Monaco.

Russell Terkeluar Selepas Bertembung Dengan Hamilton

Perlumbaan Mercedes pula dicemari insiden membabitkan George Russell yang gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam pelanggaran dengan rakan sepasukan Leclerc, Lewis Hamilton.

Sentuhan itu menyebabkan Russell berpusing ke kawasan gravel sebelum tersingkir, sekali gus memberi tamparan kepada peluangnya dalam perebutan kejuaraan dunia. Hamilton pula dikenakan penalti lima saat dan turut disiasat selepas perlumbaan susulan insiden pelepasan tidak selamat (unsafe release) di pit.

Ferrari Raih Podium

Leclerc gagal mempertahankan momentum kemenangan sebelum ini, namun masih berjaya membawa pulang keputusan tempat kedua untuk Ferrari.

Hamilton pula bangkit menamatkan perlumbaan di tempat keempat meskipun dikenakan penalti masa, diikuti pelumba McLaren, Oscar Piastri, yang melengkapkan kelompok lima terbaik.

Hadjar, Norris Curi Tumpuan

Antara kejutan terbesar perlumbaan hadir menerusi Isack Hadjar (Oracle Red Bull Racing) yang memulakan perlumbaan dari bahagian belakang grid sebelum berjaya melonjak ke tangga keenam.

Lando Norris dari pasukan Mastercard McLaren turut mempamerkan aksi cemerlang apabila memulakan perlumbaan di kedudukan ke-13 sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Gabriel Bortoleto dari pasukan Audi Revolut menghadiahkan mata buat Audi di tempat kelapan, manakala Arvid Lindblad (Visa CashApp Racing Bull) dan Franco Colapinto (BWT Alpine) melengkapkan kelompok 10 terbaik.

Beberapa Pelumba Gagal Menamatkan Perlumbaan

Persaingan merebut mata terakhir turut berlangsung sengit dengan Pierre Gasly (BWT Alpine), Liam Lawson (VisaCashApp Racing Bulls) dan Nico Hulkenberg (Audi Revolut) sekadar terlepas peluang untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik.

Sementara itu, Alex Albon dan Carlos Sainz dari Atlassian Williams masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dan ke-16, diikuti Esteban Ocon (TGR Haas), Valtteri Bottas (Cadillac) serta Fernando Alonso (Aramco Aston Martin Honda). Selain Russell, Lance Stroll (Aramco Aston Martin Honda) dan Sergio Perez (Cadillac) turut gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah jentera.

Antonelli Gembira Kembali Ke Puncak

Antonelli mengakui kemenangan tersebut cukup bermakna selepas beberapa perlumbaan yang sukar dilaluinya.
Menurut beliau, perlumbaan itu bukan mudah kerana perlu merampas semula kedudukan pendahulu selepas fasa Virtual Safety Car selain menahan tekanan berterusan daripada Leclerc sehingga ke garisan penamat.

Formula 1 kini akan meneruskan saingan ke Grand Prix Hungary di Budapest yang dijadual berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026.

SUMBER: Formula 1

F1 F1 Grand Prix Belgium 2026 Ferrari Formula One george russell Lewis Hamilton litar Spa-Francorchamps McLaren Mercedes-AMG Petronas Safety Car
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.