Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!
Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

Abang HirataBy Abang Hirata22/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GENAP suku abad sejak kemunculan pertama, Aston Martin tampil dengan Vanquish 25, sebuah edisi terhad eksklusif yang dihasilkan khusus sebagai penghormatan kepada tiga generasi model kereta sport enjin hadapan V12 yang menjadi lambang keagungan jenama British berkenaan.

Direka dan dihasilkan oleh bahagian perkhidmatan rekaan khas, Q by Aston Martin, Vanquish 25 menggabungkan kepakaran seni tangan canggih dengan sentuhan rekaan klasik daripada model asal tahun 2001.

Model penghormatan ini dihadkan kepada 50 unit sahaja di seluruh dunia, iaitu 25 unit gaya badan Coupe dan 25 unit Volante, serta boleh dipilih dalam konfigurasi tempat duduk 2+0 atau 2+2.

Gaya Luaran Khas dan Perincian Eksklusif

Pada bahagian luaran, Vanquish 25 diserlahkan dengan warna cat eksklusif Q Skye Silver. Keunikan diteruskan melalui kemasan logam Q Commission pada ambang sisi dan bilah gril, serta kemasan khas pada tulisan Aston Martin.

Bagi menyempurnakan penampilan luaran yang anggun namun agresif, Aston Martin turut melengkapkan model ini dengan kemasan ekzos Q Commission, sirip sisi keluli tahan karat, serta emblem khas Vanquish 25. Rim aloi tempa 21 inci pula menerima sentuhan kemasan abjad V yang halus tetapi menawan.

Kabin Mewah Dengan Ciri Istimewa

Ruang kabin menyaksikan perincian dalaman yang dikemaskini dengan corak tebukan dan gabungan trim yang unik. Penyandar tempat duduk disulam dengan logo eksklusif Vanquish 25, manakala kemasan panel dalaman menampilkan ukiran laser.

Konsol tengah diserikan dengan butang mula/henti merah terang yang dikelilingi rekaan geometri buatan khas, di samping lapisan bumbung Alcantara berwarna hitam.

Pilihan warna trim dalaman ditawarkan dalam tiga rona mewah iaitu Onyx Black, Oxford Tan, atau Phantom Grey.

Prestasi V12 835 PS, 1,000Nm

Edisi khas ini dibina berasaskan Vanquish generasi 2024, iaitu model flagship paling berkuasa dalam sejarah 113 tahun Aston Martin.

Nadi utama 5.2 Liter V12 dua turbo menghasilkan kuasa 835 PS dan tork gergasi 1,000 Nm. Dipadankan dengan casis binaan khas, teknologi dinamik canggih, serta badan gentian karbon, Vanquish 25 mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 3.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 344 km/j.

Kemunculan Sulung dan Penghantaran

Aston Martin Vanquish 25 dijadualkan membuat kemunculan sulung secara global di California pada Ogos 2026. Penghantaran pertama kepada pelanggan dijangka bermula pada suku keempat 2026.

Aston Martin Aston Martin Vanquish Aston Martin Vanquish 25
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #F12026: Antonelli Kembali Menang, Tewaskan Leclerc Di GP Belgium

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.