Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini
MotoGP

#MotoGP2026: Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Marc Marquez | GP Jerman 2026

PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez membuktikan Sachsenring masih ‘miliknya’ apabila meraih kemenangan bergaya di MotoGP Jerman 2026, sekali gus melengkapkan hujung minggu sempurna selepas turut menjuarai perlumbaan Sprint.

Kemenangan itu adalah yang ke-10 Marquez di Sachsenring dalam kelas premier MotoGP, menyamai rekod legenda Giacomo Agostini, selain menjadi kemenangan ke-102 sepanjang karier.

Lebih penting, keputusan tersebut melonjakkan pelumba Ducati Lenovo itu ke ranking ketiga keseluruhan kejuaraan selepas sebelum ini ketinggalan lebih 100 mata.

Marquez Kuasai Perlumbaan Sejak Awal

GP Jerman 2026 Marc Marquex di depan

Bermula grid utama, Marquez mempertahankan kedudukan pendahulu sebaik saja lampu hijau menyala, manakala adiknya, Alex Marquez (Gresini Ducati), mengekori di tempat kedua di depan pasangan SuperFile Trackhouse MotoGP, Ai Ogura dan Raul Fernandez.

Sementara itu, pendahulu kejuaraan Jorge Martin (Aprilia Racing), Pedro Acosta (RedBull KTM Factory Racing) dan Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) masing-masing berjaya memintas Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) pada pusingan awal untuk memperbaiki kedudukan.

Nasib Malang Dua Pelumba Ducati

GP Jerman 2026 | Alex Marquez

Perlumbaan mula berubah apabila Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46) mengalami kemalangan ketika mengejar Ogura, sekali gus menamatkan perlumbaannya lebih awal dan menghapuskan peluang merampas kedudukan pendahulu kejuaraan sebelum cuti pertengahan musim ini.

Tidak lama kemudian, Alex turut tersungkur akibat kehilangan cengkaman tayar depan ketika berada di tempat kedua. Insiden itu membuka ruang kepada Marquez melebarkan jurang pendahulu kepada lebih 1 saat.

Ogura Cemerlang, Fernandez Lengkapkan Podium

Podium GP Jerman 2026 | dari kiri: Ai Ogura, Marc Marquez dan Raul Fernandez

Ketika Marquez semakin selesa di depan, tumpuan beralih kepada perebutan tempat kedua antara dua pelumba Trackhouse, Fernandez dan Ogura.

Ogura akhirnya memintas rakan sepasukannya itu sebelum terus menjarakkan diri untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Fernandez pula memastikan Trackhouse meraikan dua pelumbanya di podium buat perlumbaan kedua berturut-turut dengan menamatkan aksi di tempat ketiga.

Perebutan Gelaran Semakin Sengit

GP Sachsenring 2026

Kemenangan itu memberikan Marquez kutipan maksimum sepanjang hujung minggu dan kini hanya dipisahkan beberapa mata dari kelompok pendahulu, sekali gus menghidupkan semula persaingan memburu kejuaraan dunia.

Pada masa sama, Ogura terus menyerlah apabila meraih podium ketiga berturut-turut dan kini menghuni tangga kedua keseluruhan, hanya 14 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Martin.

Acosta Kembali Cemerlang, Martin Kekal Pendahulu

GP Sachsenring 2026

Pedro Acosta menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam aksi pertama selepas menjalani pembedahan carpal tunnel, manakala Martin mempertahankan kedudukan kelima selepas bersaing dengan rakan senegaranya.  Bagnaia berjaya meraih tempat keenam.

Quartararo menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, disusuli Luca Marini (Honda HRC Castrol) , Enea Bastianini (RedBull KTM Tech3) dan Brad Binder (RedBull KTM Factory Racing) melengkapkan kelompok 10 terbaik.

MotoGP Rehat Sebelum Bersambung di Silverstone

GP Sachsenring 2026

Turut mengutip mata di Sachsenring ialah Diogo Moreira (Pro Honda LCR), Jack Miller (Prima Pramac Yamaha), Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46), Alex Rins (Monster Energy Yamaha) dan Toprak Razgatlioglu (Prima Pramac Yamaha), manakala Cal Crutchlow (Castrol Honda LCR), Maverick Vinales (RedBull KTM Tech3) dan Joan Mir (Honda HRC Castrol) gagal menamatkan perlumbaan.

Saingan MotoGP kini memasuki cuti musim panas tiga minggu sebelum kembali bersambung di Litar Silverstone, Britain.

Martin masih mendahului kedudukan keseluruhan dengan kelebihan 14 mata ke atas Ai Ogura, tetapi kebangkitan Marquez dijangka menjadikan perebutan gelaran dunia semakin sengit pada baki musim 2026.

SUMBER: MotoGP

GP Jerman 2026 | Fabio Quartararo
Podium GP Jerman 2026 | dari kiri: Ai Ogura, Marc Marquez dan Raul Fernandez
GP Jerman 2026
Marc Marquez | GP Jerman 2026
Marc Marquez | GP Jerman 2026
GP Jerman 2026
GP Jerman 2026 | Alex Marquez
Marc Marquez | GP Jerman 2026
GP Jerman 2026 Marc Marquex di depan
Ai Ogura Alex Marquez Ducati Lenovo Francesco Bagnaia GP Jerman 2026 GP Sachsenring 2026 Grand Prix Jerman Gresini Ducati jorge martin Marc Marquez MotoGP2026 Pedro Acosta raul fernandez Sachsenring
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Viper Niza Racing di 24H Nurburgring
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Raih Podium Keseluruhan Pertama Michelin 24H Series di Nürburgring

    07/07/2026
    World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions
    Sukan Permotoran

    Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara

    07/07/2026
    F1 GP Britain 2026
    Formula Satu

    #F12026: Scuderia Ferrari Juara 1-3 di GP Britain yang Penuh Drama

    07/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.