Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara
Sukan Permotoran

Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam07/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan Lenovo Race of Champions di kedudukan ke-10 dalam acara World Ducati Week (WDW) 2026 yang berlangsung di Litar Misano Marco Simoncelli, Itali.

Keputusan itu membolehkan Hafizh berada dalam kelompok 10 terbaik walaupun berdepan saingan sengit ] barisan pelumba MotoGP, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Kejuaraan Supersport Dunia (WorldSSP) dan beberapa kejuaraan kebangsaan yang semua menggunakan jentera sama, iaitu Ducati Panigale V4 Tricolore.

Hafizh Bersaing Nama Besar Ducati

World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions
World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions

Lenovo Race of Champions menjadi antara acara paling dinantikan pada WDW 2026 kerana menghimpunkan semua pelumba di bawah famili Ducati dalam satu perlumbaan khas menggunakan motosikal yang mempunyai spesifikasi seragam.

Hafizh menamatkan perlumbaan di depan beberapa pelumba profil tinggi seperti juara dunia MotoGP lapan kali, Marc Marquez, selain Tarran Mackenzie, PJ Jacobsen dan Josh Waters.

Keputusan itu sekali lagi membuktikan kemampuan bekas pelumba MotoGP negara itu dalam bersaing dengan pelumba bertaraf dunia.

Bulega Teruskan Rentak Cemerlang

World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions

Di depan, pelumba WorldSBK, Nicolo Bulega mempamerkan aksi dominan apabila menguasai perlumbaan sejauh 10 pusingan sejak awal hingga garisan penamat untuk muncul juara Lenovo Race of Champions 2026.

Alberto Surra menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas pertarungan sengit, manakala Lorenzo Baldassarri melengkapkan podium di tempat ketiga.

Bagnaia Kelima, Marquez Sekadar Tempat ke-12

World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions

Pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kelima, manakala rakan sepasukan, Marc Marquez sekadar di kedudukan ke-12.

Turut menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik ialah Yari Montella (keempat), Tommy Bridewell (keenam), Franco Morbidelli (ketujuh), Fabio Di Giannantonio (kelapan) dan Lukas Tulovic (kesembilan).

Dua Pelumba Gagal Tamat Perlumbaan

World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions

Michele Pirro dan Alvaro Bautista menjadi dua pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan selepas berdepan masalah ketika perlumbaan berlangsung.

Perlumbaan itu terus menjadi kemuncak World Ducati Week kerana semua pelumba menggunakan jentera sama, sekali gus menjadikan bakat dan kemahiran pelumba sebagai faktor utama penentu keputusan di litar Misano.

Keputusan Lenovo Race of Champions 2026

World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions

  1. Nicolo Bulega
  2. Alberto Surra
  3. Lorenzo Baldassarri
  4. Yari Montella
  5. Francesco Bagnaia
  6. Tommy Bridewell
  7. Franco Morbidelli
  8. Fabio Di Giannantonio
  9. Lukas Tulovic
  10. Hafizh Syahrin Abdullah
  11. Tarran Mackenzie
  12. Marc Marquez
  13. PJ Jacobsen
  14. Josh Waters

DNF: Michele Pirro, Alvaro Bautista.

SUMBER: Ducati Corse | JDT Racing Team

Ducati Ducati Corse Hafizh Syahrin Abdullah Litar Misano Marco Simoncelli Pescao55 World Ducati Week
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Marc Marquez | GP Jerman 2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

    16/07/2026
    Viper Niza Racing di 24H Nurburgring
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Raih Podium Keseluruhan Pertama Michelin 24H Series di Nürburgring

    07/07/2026
    F1 GP Britain 2026
    Formula Satu

    #F12026: Scuderia Ferrari Juara 1-3 di GP Britain yang Penuh Drama

    07/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.