Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Formula Satu»#F12026: Scuderia Ferrari Juara 1-3 di GP Britain yang Penuh Drama
Formula Satu

#F12026: Scuderia Ferrari Juara 1-3 di GP Britain yang Penuh Drama

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam07/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

F1 GP Britain 2026

PELUMBA Scuderia Ferrari HP, Charles Leclerc menghadiahkan kemenangan besar buat pasukan selepas muncul juara Grand Prix (GP) Britain 2026 di Litar Silverstone dalam perlumbaan penuh drama dan insiden.

Pelumba Monaco itu bermula sangat pantas dengan memintas pelumba Mercedes-AMG Petronas, Kimi Antonelli sebaik saja lampu hijau dipadamkan, sebelum mengawal rentak perlumbaan dengan tenang untuk meraih kemenangan kesembilan dalam karier Formula Satu (F1).

Logo F1

Rakan sepasukan Leclerc, Lewis Hamilton turut memperbaiki kedudukan pada awal perlumbaan, tetapi Leclerc kekal berada di depan hampir sepanjang aksi.

Beliau hanya kehilangan kedudukan buat seketika apabila memasuki pit untuk strategi pertukaran tayar Ferrari, sebelum kembali berada dalam perebutan kemenangan apabila saingan mula memasuki fasa akhir.

Antonelli Mendahului Sebentar, Nasib Tidak Menyebelahi

F1 GP Britain 2026

Selepas Leclerc membuat hentian pit, Antonelli mengambil alih kedudukan pendahulu dan memanjangkan giliran stint pertama sebelum memasuki pit pada pusingan ke-36.

Strategi itu seakan membuka peluang buat pelumba muda Itali tersebut untuk kembali mencabar kemenangan apabila beliau mula mengejar Leclerc yang sudah kembali mendahului perlumbaan. Namun, harapan Antonelli musnah apabila jenteranya mengalami masalah pada pusingan ke-41.

Pasukan Mercedes mengesyaki kerosakan pada pelindung roda kiri depan menyebabkan prestasi merosot dengan ketara, dan selepas dua lagi hentian pit, beliau kembali ke litar tetapi sudah jatuh jauh ke belakang serta dikenakan penalti 5 saat kerana melanggar had trek.

Kemalangan Verstappen Cetus Safety Car Hingga Penamat

F1 GP Britain 2026

Drama perlumbaan bertambah panas apabila Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing Ford) terbabas ke kawasan kerikil pada pusingan ke-48, sekali gus memaksa kereta keselamatan (Safety Car) dikeluarkan sehingga tamat perlumbaan.

Situasi itu mengubah strategi beberapa pelumba di depan dan membuka ruang kepada pertukaran kedudukan di saat akhir.

Pelumba kedua Mercedes-AMG Petronas, George Russell mengambil kesempatan dengan kekal di litar ketika beberapa pencabar lain memasuki pit pada fasa Safety Car, dan keputusan itu membolehkan beliau memintas Hamilton untuk meraih tempat kedua.

Hamilton pula menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, dan walaupun disiasat selepas perlumbaan kerana pelanggaran bendera kuning, juara dunia tujuh kali itu hanya menerima amaran rasmi tanpa penalti masa.

Hadjar, Lawson dan Lindblad Lengkapkan Kelompok Depan

F1 GP Britain 2026

Isack Hadjar menamatkan perlumbaan di tempat kelima buat Oracle Red Bull Racing Ford, manakala dua pelumba Visa CashApp Racing Bulls, Liam Lawson dan Arvid Lindblad, masing-masing berada di kedudukan keenam dan ketujuh.

Gabriel Bortoleto (Audi Revolut) pula menghadiahkan mata penting buat pasukan itu apabila menamatkan aksi di tempat kelapan.

Dua pelumba BWT Alpine, Franco Colapinto dan Pierre Gasly, melengkapkan kelompok 10 terbaik di tempat kesembilan dan ke-10.

Oscar Piastri (McLaren Mastercard) pula sekadar di tempat ke-11 selepas perlumbaan terganggu awal akibat kerosakan jentera yang memaksanya masuk pit seawal penghujung pusingan pertama.

Tiga Pelumba Tidak Tamat Perlumbaan

F1 GP Britain 2026

Carlos Sainz menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 walaupun beraksi baik bersama Atlassian Williams, manakala dua pelumba TGR Haas, Ollie Bearman dan Esteban Ocon, masing-masing di tempat ke-13 dan ke-14.

Sergio Perez pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 untuk Cadillac, sementara Antonelli diklasifikasikan di tempat ke-16 selepas penalti 5 saat dikenakan.

Tiga pelumba gagal melihat bendera penamat apabila Verstappen tersingkir selepas kemalangan lewat perlumbaan, Alex Albon (Atlassian Williams) pula menarik diri selepas insiden awal dengan Bearman (TGR Haas) menyebabkan Williams memilih menghentikan jentera, manakala Nico Hulkenberg (Audi Revolut) turut berhenti di tepi litar selepas Audi mengesan masalah pada jentera.

Valtteri Bottas (Cadillac), Fernando Alonso dan Lance Stroll (Aramco Aston Martin Honda) kemudian melengkapkan kedudukan keseluruhan perlumbaan.

Leclerc Puas Ferrari Kembali Temui Rentak

F1 GP Britain 2026

Leclerc mengakui kemenangan di Silverstone amat bermakna selepas pasukan itu melalui beberapa perlumbaan sukar sebelum ini.

Menurutnya, pasukan akhirnya berjaya mendapatkan semula keseimbangan jentera yang dicari selama ini, dan perubahan ditemui antara sesi Sprint serta kelayakan berjaya diterjemahkan kepada prestasi lebih meyakinkan pada hari perlumbaan.

Aku sangat gembira. Beberapa perlumbaan sebelum ini memang mencabar, tetapi kami akhirnya jumpa balik rasa yang kami nak dalam kereta.

“Aku rasa kami dah berada kat landasan yang betul sejak semalam, dan hari ini aku dapat sahkan. Aku benar-benar puas dengan kemenangan ini,” katanya.

F1 Berehat Sebelum Bersambung di GP Belgium

F1 GP Britain 2026

Selepas aksi penuh dramatik di Silverstone, saingan F1 akan berehat seminggu sebelum kembali bersambung di GP Belgium. Perlumbaan seterusnya dijadual berlangsung di Litar Spa-Francorchamps pada 17 – 19 Julai ini.

Rehat singkat itu dijangka memberi ruang kepada pasukan untuk menilai semula strategi dan memperkemas persiapan selepas perlumbaan yang penuh insiden.

Dengan momentum kemenangan kini memihak kepada Leclerc dan Ferrari, tumpuan seterusnya pasti terarah kepada sama ada mereka mampu mengekalkan prestasi di Spa.

SUMBER: Formula1.com

F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
F1 GP Britain 2026
Charles Leclerc Formula Satu Lewis Hamilton Litar Silverstone Max Verstappen Mercedes-AMG Petronas Oracle Red Bull Racing Ford Safety Car Scuderia Ferrari HP Visa CashApp Racing Bulls
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Marc Marquez | GP Jerman 2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

    16/07/2026
    Viper Niza Racing di 24H Nurburgring
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Raih Podium Keseluruhan Pertama Michelin 24H Series di Nürburgring

    07/07/2026
    World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions
    Sukan Permotoran

    Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara

    07/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.