Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Formula Satu»#F12026: Hamilton Raih Kemenangan Sulung Bersama Ferrari Di GP Barcelona 2026
Formula Satu

#F12026: Hamilton Raih Kemenangan Sulung Bersama Ferrari Di GP Barcelona 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA Formula Satu (F1), Lewis Hamilton akhirnya mencipta detik yang dinanti-nantikan apabila meraih kemenangan sulung bersama Scuderia Ferrari HP dalam perlumbaan Formula 1 Grand Prix Barcelona-Catalunya 2026, sekali gus menamatkan dominasi kemenangan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One pada musim ini.

Juara dunia tujuh kali itu menampilkan aksi cemerlang sepanjang perlumbaan untuk menewaskan George Russell dari Mercedes-AMG Petronas dan Lando Norris dari pasukan McLaren Mastercard, selain merapatkan jurang mata kejuaraan selepas pendahulu keseluruhan, Kimi Antonelli, gagal menamatkan perlumbaan.

Strategi Ferrari Jadi Pemisah

Scuderia Ferrari HP membuat keputusan berani apabila memulakan perlumbaan dengan tayar lembut (soft) untuk Hamilton. Walaupun strategi itu tidak membolehkannya mendahului sebaik lampu hijau dipadamkan, pasukan Itali tersebut berjaya memanfaatkan strategi tiga hentian pit yang terbukti sangat berkesan.

Kehadiran Virtual Safety Car turut memberikan kelebihan tambahan kepada Scuderia Ferrari apabila Hamilton memperoleh hentian pit ‘percuma’. Selepas itu, pelumba Britain tersebut konsisten mencatat masa terpantas dan secara beransur-ansur melebarkan jurang di hadapan sehingga menamatkan perlumbaan sebagai pemenang.

Podium Serba Britain Pertama Sejak 1968

Russell terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas gagal mencabar rentak Hamilton pada penghujung perlumbaan, manakala Norris melengkapkan podium di kedudukan ketiga pasukannya.

Keputusan tersebut turut mencipta sejarah tersendiri apabila menyaksikan podium yang diisi sepenuhnya oleh pelumba Britain buat kali pertama sejak tahun 1968.

Antonelli, Leclerc Antara Mangsa DNF

Perlumbaan turut menyaksikan kekecewaan besar buat Mercedes-AMG Petronas apabila Antonelli, yang mendahului kedudukan kejuaraan dunia sebelum perlumbaan ini, mengalami masalah teknikal dan terpaksa menarik diri hanya empat pusingan sebelum tamat.

Nasib sama turut menimpa Charles Leclerc apabila pelumba Scuderia Ferrari HP itu gagal menamatkan perlumbaan. Secara keseluruhan, tujuh pelumba direkodkan sebagai DNF (Did Not Finish) akibat pelbagai masalah mekanikal.

Red Bull, McLaren Dan Alpine Kutip Mata Penting

Oracle Red Bull Racing memperoleh keputusan bercampur apabila Max Verstappen menamatkan perlumbaan di tempat keempat, manakala rakan sepasukan Isack Hadjar berada di kedudukan keenam. Oscar Piastri pula mengumpul mata berharga buat McLaren selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Pierre Gasly menjadi antara pelumba yang menyerlah apabila membawa BWT Alpine menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Rakan sepasukannya, Franco Colapinto, pada asalnya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan sebelum dikenakan penalti masa 10 saat yang menyebabkannya jatuh ke kedudukan ke-10.

Perubahan Kedudukan Akibat Penalti

Susulan penalti tersebut, Liam Lawson dan Arvid Lindblad dari Visa Cash App Racing Bulls masing-masing dinaikkan ke tempat kelapan dan kesembilan.

Gabriel Bortoleto (Audi Revolut) serta Carlos Sainz (Atlassian Williams) menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 dan ke-12, diikuti Esteban Ocon dari MoneyGram Haas dan Sergio Perez dari Cadillac Formula 1 Team. Alex Albon pula tidak diklasifikasikan selepas kehilangan banyak pusingan akibat masalah teknikal yang memerlukan hentian pit tambahan bersama pasukannya.

Aston Martin, Audi Pulang Hampa

Aston Martin Aramco melalui hujung minggu yang mengecewakan apabila kedua-dua pelumbanya, Lance Stroll dan Fernando Alonso, gagal melihat bendera penamat.

Audi Revolut turut berdepan nasib malang apabila Nico Hulkenberg, yang pada satu ketika berada dalam kelompok mata, tidak dapat menamatkan perlumbaan. Ollie Bearman (MoneyGram Haas F1 Team) dan Valtteri Bottas (Cadillac Formula 1 Team) juga antara pelumba yang terpaksa menamatkan saingan lebih awal.

Hamilton Dedikasi Kemenangan Kepada Ferrari

Hamilton meluahkan rasa terharu selepas meraih kemenangan pertamanya bersama Scuderia Ferrari dan mengucapkan penghargaan kepada seluruh pasukan yang tidak pernah berhenti mempercayainya.

Menurut beliau, perpindahan ke Scuderia Ferrari pada tahun lalu kelihatan seperti satu impian yang sukar dicapai, namun kerja keras pasukan serta sokongan peminat menjadi faktor utama yang membantu mereka mencapai kejayaan tersebut.

Aksi Seterusnya Di Austria

Selepas tamat dua perlumbaan berturut-turut, pasukan dan pelumba Formula 1 kini akan menikmati tempoh rehat singkat sebelum kembali beraksi pada Grand Prix Austria.

Perlumbaan seterusnya dijadual berlangsung di Litar Red Bull Ring pada hujung minggu 26 hingga 28 Jun ini, dengan persaingan kejuaraan dijangka semakin sengit selepas keputusan dramatik di Barcelona.

SUMBER: Formula One

Barcelona-Catalunya Formula Satu george russell Lando Norris Lewis Hamilto Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Oracle Red Bull Racing Scuderia Ferrari HP Virtual Safety Car
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Formula One 2026 | GP Monaco
    Formula Satu

    #F12026: Antonelli Menang Bergaya di Monaco, Tujuh Pelumba Gagal ke Garisan Penamat

    08/06/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026
    F1 GP Kanada 2026
    Formula Satu

    #F12026: Enam DNF, Antonelli Menang Empat Kali Berturut-Turut di GP Kanada

    25/05/2026
    Formula Satu

    #F12026: Antonelli Menang Miami GP 2026, Tewaskan Pasukan McLaren

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.