Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

Abang HirataBy Abang Hirata08/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA Motor Sales Co Ltd memperkenalkan kemas kini warna untuk skuter maksi Yamaha XMAX ABS 2026, yang akan mula dipasarkan di Jepun 7 Julai 2026.

Kemas kini kali ini menumpukan kepada penambahan dua warna baharu: Matt Dark Gray Metallic (kelabu) dan Deep Purplish Blue Metallic (biru), menjadikan jumlah pilihan warna bertambah kepada empat.

Dua Warna Baharu XMAX 2026

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun

Warna baharu Matt Dark Gray Metallic menggunakan kemasan Crystal Graphite dengan tekstur metalik pada badan motosikal. Yamaha turut memadankan warna tersebut dengan kemasan hitam kusam pada beberapa komponen bagi meningkatkan penampilan premium.

Antara bahagian menerima kemasan hitam kusam ialah:

  • Panel sisi
  • Pelindung kaki
  • Bahagian depan
  • Hendal
  • Penutup ekzos
  • Fender depan dan belakang

Menurut Yamaha, gabungan kemasan berkilat dan kusam menghasilkan imej lebih tajam berbanding warna hitam sedia ada.

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun

Sementara itu, Deep Purplish Blue Metallic menjadi warna biru pertama diperkenalkan untuk XMAX. Warna yang sinonim dengan aktiviti perlumbaan Yamaha itu turut dipadankan sulaman biru pada pelana bagi menyerlahkan karakter sport model berkenaan.

Pilihan warna Yamaha XMAX ABS 2026 terdiri daripada:

  • Matt Dark Gray Metallic (baharu)
  • Deep Purplish Blue Metallic (baharu)
  • Bluish Gray Cocktail (kelabu)
  • Black Metallic (hitam)

Enjin Blue Core 249 cc

Yamaha XMAX ABS dikuasakan enjin Blue Core silinder tunggal 4-injap 249cc SOHC penyejukan cecair SOHC empat injap dengan output kuasa 23 ps dan tork 24Nm.

Ekzos Lebih Ringan, Kawalan Cengkaman Dipertingkat

Yamaha turut merekabentuk semula struktur dalaman sistem ekzos bagi mengurangkan berat sebanyak 800 gram berbanding model 2023.

Pengurangan berat tersebut membantu meningkatkan kelincahan pengendalian motosikal.

Selain itu, Sistem Kawalan Traksi (TCS) yang dioptimum membantu memberikan permulaan gerakan dan pecutan lebih lancar atas pelbagai keadaan permukaan jalan.

Casis, Suspensi untuk Pengendalian Lincah

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun

Yamaha XMAX ABS 2026 menggunakan frem ringan yang direka untuk mencapai keseimbangan ketegaran dan kemudahan kawalan.

Walaupun skuter, model itu menggunakan suspensi depan jenis tiub dalaman yang memanjang sehingga bahagian grip hendal.

Gabungan komponen utama berikut membantu menghasilkan karakter pengendalian ringan dan sport:

  • Berat 183kg
  • Frem ringan dengan keseimbangan ketegaran dioptimum
  • Suspensi fork teleskopik di depan
  • Kawalan traksi depan baik ketika membelok
  • Suspensi dwi-absorber boleh laras prabeban 5-tetapan

Brek, Tayar

Yamaha XMAX ABS 2026 menggunakan tayar 120/70 15 (depan) dan 140/70 14 (belakang).

Bagi memastikan kawalan yang baik dalam pelbagai kondisi jalan, Yamaha melengkapkan model itu dengan:

  • Brek cakera hidraulik  depan dan belakang
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan dan belakang

Menurut Yamaha, tuil brek menggunakan titik pangsi (pivot) sepanjang 25mm, sekali gus memudahkan kawalan daya membrek.

Ruang Simpanan, Keselesaan

Pelana Yamaha XMAX ABS 2026 direka sepadan dengan gaya badan motosikal dan menggunakan material yang menawarkan rasa premium dan rintangan gelinciran baik.

Ruang simpanan bawah pelana pula cukup besar untuk memuatkan:

  • Dua helmet
  • Atau satu helmet bersama beg perniagaan saiz A4

Kapasiti sebenar bergantung kepada bentuk dan saiz barangan disimpan.

Panel Meter TFT, LCD Dipertingkat

Yamaha XMAX ABS 2026 menggunakan gabungan panel meter TFT dan LCD yang posisikan bersebelahan bagi meminimumkan pergerakan mata ketika menunggang.

Penambahbaikan dilakukan adalah:

  • Rekabentuk paparan satu panel
  • Lensa gelap untuk kejelasan lebih baik
  • Lampu latar LCD baharu dengan tahap kecerahan setanding TFT berbanding model 2023
  • Indikator yang lebih ringkas dan padat

Y Connect, Navigasi Garmin StreetCross

Model itu dilengkapi Unit Kawalan Komunikasi (CCU) yang membolehkan motosikal dihubungkan dengan telefon pintar melalui aplikasi Yamaha Motorcycle Connect (Y Connect).

Antara fungsi disediakan adalah:

  • Paparan maklumat kenderaan
  • Cadangan masa penyelenggaraan
  • Paparan panggilan masuk
  • Paparan notifikasi telefon pintar

Selain itu, aplikasi Garmin StreetCross membolehkan fungsi navigasi dipaparkan terus pada skrin motosikal. Maklumat yang boleh dipaparkan adalah:

  • Peta navigasi
  • Anggaran masa ketibaan
  • Maklumat cuaca di destinasi

Visor Angin Elektrik, Kunci Pintar

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun

Bagi meningkatkan keselesaan pemanduan jarak jauh, Yamaha XMAX ABS dilengkapi visor angin elektrik yang boleh dilaras melalui suis pada hendal.

Ciri utama sistem itu adalah:

  • Julat pelarasan sehingga 100mm
  • Rekabentuk yang meningkatkan perlindungan angin
  • Spoiler khas yang membantu mengurangkan aliran angin ke arah kepala penunggang

Yamaha XMAX ABS 2026 turut menggunakan sistem kunci pintar (Smart Key) yang membolehkan operasi motosikal dilakukan tanpa mengeluarkan kunci dari poket.

Melalui sistem tersebut, pengguna boleh:

  • Menghidupkan motosikal
  • Membuka kunci hendal
  • Membuka ruang simpanan bawah pelana
  • Membuka ruang simpanan depan sebelah kiri
  • Membuka penutup tangki bahan api

Kelengkapan Tambahan

Yamaha logo

Turut melengkapkan Yamaha XMAX ABS 2026 adalah beberapa ciri kemudahan dan keselamatan seperti:

  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Soket pengecas USB Type-C
  • Ruang simpanan depan untuk barangan kecil
  • Peg kaki pembonceng boleh lipat
  • Pelana dengan kusyen ketumpatan tinggi

Apabila sistem mengesan situasi nyah pecut mendadak, ESS akan mengaktifkan lampu signal belok depan dan belakang secara berkelip untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain.

Aksesori Rasmi Yamaha

Yamaha turut menawarkan beberapa aksesori rasmi untuk Yamaha XMAX ABS 2026, seperti:

  • Pemanas grip yang dikawal melalui suis pada hendal
  • Kotak belakang 45 liter Euro Top Case yang boleh berfungsi bersama Smart Key
  • Pelana dengan fungsi pemanas 3-tetapan

Pelana dengan pemanas tersebut direka untuk meningkatkan keselesaan penunggang ketika cuaca sejuk dan tahap suhu boleh dipilih menerusi suis pada hendal.

Harga, Jualan

Yamaha XMAX ABS 2026 akan mula dijual di Jepun pada 7 Julai 2026 pada harga 737,000 yen (RM18,480) dengan sasaran jualan 1,600 unit setahun bagi pasaran domestik Negara Matahari Terbit itu.

Spesifikasi Ringkas Yamaha XMAX ABS 2026

Yamaha XMAX logo

  • Enjin 4-lejang 4-injap silinder tinggal 249cc SOHC penyejukan cecair
  • Output kuasa 23ps @ 7,000rpm, dan tork 24Nm @ 5,500rpm
  • Transmisi automatik CVT jenis tali sawat V
  • Penggunaan bahan api 33.5km per liter (WMTC)
  • Tangki bahan api 13 liter
  • Berat 183kg
  • Tinggi pelana 795mm
  • Jarak tinggi bumi 135mm
  • Dimensi panjang 2,180mm, lebar 795mm, dan tinggi 1,410mm – 1,505mm
  • Tayar 120/70 15 (depan), dan 140/70 14 (belakang)
  • Brek cakera hidraulik dengan ABS (depan dan belakang)
  • Suspensi teleskopik (depan), dwi-absorber (belakang)
  • Lampu utama LED
  • Harga di Jepun 737,000 yen (RM18,480)
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
roda2 skuter maksi skuter sport Yamaha Yamaha Japan Yamaha XMAX Yamaha XMAX ABS Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.