Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

Han OthmanBy Han Othman09/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chery Malaysia rai aniversari tiga tahun di Malaysia dengan tawaran menarik

SEDAR tidak sedar, sudah tiga tahun Chery ‘comeback’ di Malaysia. Sempena ulang tahun ketiga, Chery Malaysia melancarkan promosi harga runtuh untuk hampir keseluruhan model jenama itu, sementara stok masih ada.

Ini bukan sekadar diskaun biasa, tetapi memang harga penghabisan stok untuk model terpilih, dan paling menarik, Chery kini jelas ke arah elektrifikasi dengan teknologi Chery Super Hybrid (CSH).

Harga Promosi Ulang Tahun Chery (OTR), Tanpa Insurans

Chery Malaysia rai aniversari tiga tahun di Malaysia dengan tawaran menarik

Berikut harga diumumkan:

  • Chery Tiggo Cross (Turbo) – RM80,800
  • Chery O5 (Omoda 5) – RM99,800
  • Chery Tiggo 7 PRO – RM99,800
  • Chery Tiggo 7 PHEV – RM109,800
  • Chery Tiggo 8 PHEV – RM138,800

Analisis:

  • RM80,800 untuk Chery Tiggo Cross Turbo memang ‘harga bunuh’ pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B. Model ini adalah saingan terus kepada Perodua Ativa dan Proton X50 Standard
  • RM99,800 untuk Omoda 5 dan Chery Tiggo 7 Pro – Dua SUV paling popular Chery kini bawah RM100,000. Harga ini nyata sangat agresif, yang lebih murah berbanding harga pelancaran asal yang mencecah RM108,000-RM118,000
  • PHEV Bawah RM110,000 – Chery Tiggo 7 PHEV pada harga RM109,800 menjadikan model itu antara SUV hibrid plug-in 7-kerusi paling mampu milik di Malaysia sekarang. Jika mahukan ruang lebih, Tiggo 8 PHEV pada harga RM138,800

Fokus Penuh ke Arah Elektrifikasi CSH

Chery Super Hybrid (CSH)

Chery menegaskan sambutan tiga tahun ini menandakan peralihan besar daripada enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada mobiliti elektrifikasi.

Teras kepada strategi itu adalah teknologi Chery Super Hybrid (CSH) yang ada pada model PHEV jenama itu. Bagi menghilangkan kerisauan pembeli mengenai bateri hibrid, Chery menawarkan waranti paling berbaloi.

  • Waranti bateri 10 Tahun atau 200,000km untuk semua model Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV.

Pandu Uji PHEV Dapat Duit Raya RM100

Bilik pameran Chery Seremban

Sempena promosi itu, Chery turut menawarkan insentif tambahan, yang mana setiap pelanggan yang mendaftar dan memandu uji mana-mana model PHEV (Tiggo 7 atau Tiggo 8 PHEV) sepanjang Jun ini berpeluang memenangi PIN tambah nilai eWallet Touch ‘n Go bernilai RM100.

Anda boleh menempah slot pandu uji di semua bilik pameran Chery seluruh negara atau melalui laman web rasmi – https://www.chery.my/contact-us/book-a-test-drive/

Sejak kembali pada 2023 dengan model ICE, Chery berkembang pesat pada 2024 dengan rangkaian pengedar, dan kini pada 2025 – 2026 dilihat serius mahu mendominasi segmen PHEV mampu milik.

Promosi berkenaan untuk model dan tahun pembuatan terpilih sahaja, sementara stok masih ada. Jika anda memang sedang mencari SUV Chery, ini mungkin masa paling tepat untuk membuat pembelian.

Model mana paling berbaloi pada harga tersebut? Chery Tiggo 7 Pro (RM99,000) atau tambah sikit untuk dapatkan PHEV? Cer komen kat bawah! 

Auto Terkini Chery 3 tahun Chery Malaysia Chery PHEV Chery Super Hybrid Omoda 5 RM99800 promosi Chery Tiggo 7 PHEV TIGGO 7 Pro RM99800 TIGGO Cross RM80800
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.