Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Spyshot BMW S 1000 RR 2027

JENAMA motosikal premium, BMW Motorrad dilihat semakin hampir memperkenalkan S 1000 RR generasi baharu 2027 apabila sebuah prototaip model itu dikesan sedang menjalani ujian di Litar Nürburgring, Jerman.

Penemuan itu hadir hanya beberapa hari selepas imej Concept RR muncul dalam dokumen pemfailan tanda dagang, sekali gus menguatkan petanda superbike ikonik tersebut kini dalam fasa akhir pembangunan.

Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Spyshot BMW S 1000 RR 2027

Berdasarkan imej tersebar, motosikal itu kelihatan hampir bersedia memasuki fasa pengeluaran dengan lampu depan, panel suis, panel meter TFT dan komponen lain mirip model pengeluaran, yang menunjukkan pelancaran mungkin tidak lagi mengambil masa lama.

Tiada Lagi ‘Wonder Wheel’, Casis Serba Baharu Jadi Tumpuan

Spyshot BMW S 1000 RR 2027

Antara perubahan paling ketara adalah kehilangan pengawal multifungsi Multi-Function Controller (MFC) atau lebih dikenali sebagai ‘Wonder Wheel’ pada kiri hendal.

Sistem yang mula diperkenalkan BMW sejak 2013 itu sebelum ini menjadi identiti kebanyakan model sportbike, touring dan advencer jenama Jerman berkenaan.

Sebagai ganti, BMW menggunakan suis jenis kayu bedik (joystick) 4-arah dengan beberapa butang kawalan mod tunggang dan tetapan.

Selain itu, casis utama juga dipercayai direka semula sepenuhnya dengan kedudukan subfrem dan peg kaki penunggang dipasang menggunakan konfigurasi berbeza berbanding S 1000 RR generasi semasa.

Rekabentuk Lebih Mirip Model Semasa

Spyshot BMW S 1000 RR 2027

Dari segi penampilan, prototaip tersebut dilihat lebih mirip S 1000 RR sedia ada berbanding Concept RR yang diperkenalkan di acara Villa d’Este pada 2025.

Lampu depan lebih besar dan konvensional, dan winglet aerodinamik pada fairing kini menerima rekabentuk baharu dengan tambahan plat hujung di atas dan bawah bagi meningkatkan kecekapan aliran udara.

Spyshot BMW S 1000 RR 2027

Sistem suspensi depan masih menggunakan komponen Marzocchi, manakala perubahan menarik melibatkan sistem brek menerusi pemasangan kaliper brek Brembo Hypure, iaitu spesifikasi premium yang turut digunakan model seperti Ducati Panigale V4, Norton Manx R dan Honda CBR1000RR-R Fireblade.

Berpotensi Debut Rasmi di EICMA 2026

Spyshot BMW S 1000 RR 2027

Setakat ini, BMW Motorrad masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran S 1000 RR generasi baharu tersebut.

Namun, melihat tahap kesediaan prototaip yang sudah hampir mirip model pengeluaran, ramai menjangka ia bakal membuat debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2026 di Milan, Itali sekitar November tahun ini.

Jika benar, model baharu itu dijangka membawa peningkatan bukan saja dari aspek aerodinamik dan ergonomik, tetapi turut menerima penambahbaikan teknologi elektronik serta prestasi bagi memastikan BMW S 1000 RR terus kekal sebagai antara penanda aras dalam segmen superbike satu liter.

SUMBER: VisorDown

Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
BMW Motorrad BMW S1000 RR 2027 EICMA 2026 Foto Intip Litar Nurburgring roda2 Spyshot Spyshot BMW S 1000 RR 2027 superbike winglet Wonder Wheel
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.